Lelaki-lelaki Hebat Dalam Hidup Aku

Assalamualaikum.

Ya sebenarnya aku cuma nak counter Baim. Tapi baguslah dah ada yang buat, jadi aku share kan ciri2 lelaki bagus untuk Baim contohi. Dah kena basuh kaw2 kat komen tu aku percaya Baim sekarang dah insaf dan amat memerlukan pedoman. Bukan Baim saja, tapi juga lelaki dan perempuan bujang/berkahwin di luar sana.

Suami-suami hebat tu bukan bukan la suami aku. Tapi atuk dan ayah aku. Aku sniri belum kawen. Aku cerita ttg kehebatan atuk aku dulu. Kau baca elok2 Baim.

Keluarga mak aku ni hijrah dari Palembang sejak belum merdeka lagi. Atuk aku datang ke Malaya ni sebab nak lebih dalami ilmu agama. Sekali tersampai jodoh, kahwin dengan nenek aku. Maklum la orang dagang, atuk aku memang miskin takde berharta sampai keluarga nenek aku pun tak suka dengan diorang. Tapi sebagai seorang gentleman, atuk aku berusaha cari kerja. Kumpul duit sikit-sikit beli tanah, dapat la kat kaki bukit yang selalu dilanda banjir. Di situ mereka duduk bina hidup dengan bertani dan menternak. Bukan itu saja, atuk aku juga BINA SENDIRI rumah dia. Buat seadanya takat mampu. Ada duit lebih, tambah atap dinding. Takde istilah nak suruh nenek aku yg belajar wiring. Haha.

Mak aku cerita, masa kecik dulu rumah mereka tak ada daun tingkap. Penutupnya cuma guni beras. Mak aku adik-beradik la menjaga lembu, kambing kat belakang rumah. Nenek aku isi perut anak dengan pucuk paku, ubi kayu dan kangkung liar bawah rumah. Makan seadanya. Takde kecoh nak ayam percik madu bagai elok je atuk aku setia sampai meninggal.

Kau tahu Baim, adik-beradik mak aku 16 orang. Dah anak 16, kau ingat macam mana body nenek aku? Lu pikir sniri.

Kahwin bukan tentang body dan menyedapkan nafsu sangatlah…. Kau banyak tengok porn ke Baim… Pastu nak kata lelaki takleh jaga mata. Kau sorang je yg tak kuat iman, kata semua laki camtu.

Actually aku tak berapa kenal atuk aku, sebab dia meninggal masa aku kecik. Aku share kat atas ni apa yg aku dengar daripada mak dan keluarga aku. Memang jodoh atuk dan nenek aku berpanjangan sampai mati. Kubur pun bersusun dekat. Senang bila ziarah aku cium nisan dua2.

Then ayah pulak.

Aku aku veteran askar zaman komunis. Hutan Johor, Borneo tu memang tempat main dia. Ayah sangat gagah berani dan serba boleh. Main parang boleh, berenang boleh, dalam kereta dia ada kayu cota dan sentiasa siaga protect mak aku. Setakat lipas longkang tu ayah aku cubit je dah terbelah dua. Aku je yg lari macam histeria kena kejar lipas. Walaupun gagah camtu ayah aku pandai jugak bergurau. Dia tau mak aku penggeli, saje je dia cedok lintah parit dalam mangkuk, suruh aku bagi kat mak aku. Kejap lagi dia gelak la dengar mak aku menjerit dalam rumah.

Kisah dorg bertemu jodoh agak skema. Masa tu ayah aku dah berenti askar dan masuk keje ofis gomen, jadi pegawai penemuduga. Cari bini pun dia buat style temuduga jugak, Sampai calon ke 40 baru betul2 berkenan iaitu mak aku. Seminggu jugak ayah skodeng mak, tunggu tepi jalan tengok mak pergi kerja, balik kerja, perati pergaulan mak. Kata ayah, dia berkenan kat mak sebab mak aku jaga aurat. Era 70-an dulu anak dara rambut kembang2 pakai kebaya gitar, tapi mak aku pakai baju longgar lengan panjang dan skaf rambut. Situ Baim, keberkatan perkahwinan tu patut dititik beratkan. Bukan curve bini kau.

Dah asal mak aku orang miskin, memang mak aku tak pandai sangat la masak lauk special2. Lauk ayam kurma pun, dah berpuluh tahun hidup ni, aku rasa xsampai 3kali mak aku masak. Masa kecik dulu harap kenduri kahwin la baru aku merasa lauk kurma. Masakan mak aku sangat simple dan sama je menu dia. Tapi di situ ayah aku main peranan. Ayah daftarkan mak aku kelas memasak, kelas menjahit sampai mak aku pandai dan boleh buat kek besday dan buat baju raya kami tiap2 tahun. Dari kecik sampai pergi oversea aku cuma pakai baju yg mak buat. Bila dah kerja rasa janggal nak beli sendiri sebab dah biasa tunggu mak ukur badan atau tanya design apa kami nak. Haha. Sekarang buat/alter baju sniri la.

Dari segi nafkah, ayah memang tak berkira dengan mak. Sampai dah tua ni ayah aku memang tolak 1k duit pencen dia untuk mak, tak tanya dah duit tu pergi ke mana. Suka hati mak aku nak buat apa. Bila sempit tu ada jugak la ayah mintak duit, tapi kata mak aku, ayah tak pernah, never ever usik atau sebut2 nak gadai barang kemas mak aku walaupun semua dia yg belikan. Emas2 yg dia dah bagi memang tak mintak balik, bukan macam sesetengah lelaki yg ambik jalan senang gadai emas bini.

Dari segi ilmu agama, ayah aku memang tak mengaji agama. Baca quran pun tak pandai. Tapi dia usaha sangat baiki diri. Masa baru kawen dulu kata mak, ayah sanggup belajar ngaji dengan mak aku. Cuma mak aku yg takde bakat mengajar, end up dorg bertekak. Huhu. Tak… aku nak cerita usaha tu. Ada ke lelaki di luar sana sanggup rendahkan ego belajar ngaji dengan bini? Tanya diri masing2 bro. Sampai sekarang ayah aku masih belajar mengaji. Kat halaqah masjid, dengan CD komputer. Pastu kami semua dihantar belajar agama sampai universiti. Walaupun dia tak pandai tapi dia tak biar anak2 jahil sama dengan dia.

Ayah aku juga bantu jaga anak. Ya. Jangan tak caye. Tangan kasar kematu ayah tu yang pernah pegang machine gun, jugak mandikan kami tiga beradik masa kecik. Aku ingat dulu ayah suka timang dan tiup telinga kami lepas mandi supaya takde air sumbat dalam telinga. Then masa kecik aku ada asma, ayah yg sapu ubat, layan pergi klinik pukul 3-4 pagi, aturkan ubat aku warna-warni tiap waktu makan, merayau sampai kampung orang asli cari madu lebah. Thanks to him aku dah sembuh dari asma walaupun orang kata asma takleh sembuh.

Itu Baim, tanggungjawab suami dan bapa. Bila kita sibuk jalankan tanggungjawab, tak sempat pikir diri sendiri dah, apatah lagi nak sibuk dengan body bini, lauk bermacam jenis. DAPAT MAKAN PUN ALHAMDULILLAH SYUKUR.

Di sebalik cerita di atas, ayah aku bukan la flawless. Dia sangat garang gila babun dan selalu jugak naik tangan. Sampai aku benci nak kawen sebab aku ingat sume laki kat dunia cam ayah aku. Haha. Tapi bila aku baca konfesyen Baim, aku tersedar betapa berkualitinya ayah yg aku benci selama ni. Cuma aku berdoa kalau dapat suami biar la lebih seimbang. Tanggungjawab seimbang, marah dan sayang pun seimbang. Just nice sebagai manusia normal. Tu je.

Orang sekarang, baik laki mahupun perempuan, yg sibuk nilai fizikal dan kualiti luaran pasangan, kita sebenarnya dah tersasar dari matlamat perkahwinan iaitu meramaikan manusia yg menyembah Allah di muka bumi. Harta banyak, bini lawa menggedik merengek, makan sedap hari2 pun kalau bukan Allah matlamatnya, habis gitu je hidup kita takde tilljannah nya. Ingat tu Baim…dan budak wechat semua. Sekian.

Thanks admin kalau sudi approve cerita yg takde tema raya ni.

– Hanin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *