Lelaki Lelaki Itu

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia! Pertamanya, aku ni bukan lah seorang yang pandai berkata-kata, aku memang tak pandai nak susun kata yang cantik-cantik tapi aku cuba. Sebabnya aku jenis yang straightforward.

Dari tajuk tu aku bukan nak cerita pengalaman kisah cinta dan koleksi boyfriend tapi perjalanan aku mencari cinta. Geli pulak.

Untuk mengurangkan perasaan geli aku, aku akan menggunakan sedikit perkataan english di dalam penulisan ni. Harap jangan lah kecam aku, aku hanya nak minta pandangan yang positive untuk setiap post yang aku nak share. Ini part 1 ye.

Aku Bedah, pekerja swasta bahagian pendidikan awal kanak-kanak. Senang cerita, preschool. Okay industry ni memang busy, kerja seawal 7:30am sehingga 7:00pm. Kenapa awal, sebab mak ayah hantar anak awal ke sekolah dan mereka juga bekerja awal.

Aku bahagian management cum operation jadi tiada shift, masa kerja tak flexible dan fix hour, sebab management cum operation jadinya kena datang kerja awal. Sangat meletihkan seharian bekerja jadi hari minggu aku lebih selesa di rumah berehat dan mengemas.

Owh ye, aku masih single, belum pernah berkahwin dan pengalaman bercinta sangat minimum. Sejak dari zaman belajar dulu aku lebih focus kepada belajar dan sekarang focus bekerja. Sehingga satu tahap aku rasa usia semakin bertambah dan masa yang ada sangat suntuk.

Tambahan tempat kerja aku ni semua pekerja perempuan, tiada pekerja lelaki. Lelaki-lelaki yang kami jumpa hanya lah bapa kepada anak-anak murid kami.

Sekarang umur aku 36 tahun. Sehingga 2 tahun lepas aku baru rasa yang aku perlu get involve dengan love life lead to married life. Antara ready dan tak aku tanya rakan sekerja aku macam mana aku nak open to a relationship? Nak start dari mana?

Sebab aku memang takde calon, kalau ada kawan-kawan lelaki semua dah berkahwin dan yang masih single kami rapat macam adik beradik. Susah nak develop feelings.

Kawan-kawan kerja mula cadangkan dating apps. Macam-macam options dan suggestions mereka bagi tapi aku rasa triggered dengan dating apps ni. Mungkin aku jenis susah nak percaya orang.

Trust issue tu takde la cuma mengenali manusia di alam maya ni tak pasti tahap kejujuran nya macam mana. Belum selit love scammer lagi. Bagi side aku, aku akan cuba jujur sejujurnya sebab mind set aku, kalau nak jumpa orang baik, aku kena jadi baik.

Setelah aku pertimbangkan selama hampir 3 minggu, aku start dengan dating apps dating app. Kerana, kawan aku telah berjaya bertemu jodoh di situ. Alhamdulillah baik pasangannya. Bahagia pun dia sekarang.

Dating apps ni mencabar juga, setelah 2 3 minggu aku tapis orang orang yang aku kenal adalah tinggal 2 orang yang aku rasa terbaik.

Yang horny aku block tak perlu banyak bicara. Yang mula-mula baik tapi lepas 2 3 hari jadi horny aku maki dulu baru aku block. Niat aku nak mulakan hubungan dengan sesuatu yang halal dan clean.

Lelaki pertama, pengalaman pertama di dating apps aku kenalkan sebagai F (bukan nama sebenar) bekerja di Petaling Jaya. Perkenalan selama 2 minggu. Dia mulakan perbualan dengan baik sekali.

Seriously, sopan santun dan gentleman sangat. Tak melucah, topic perbualan sangat general tak melibatkan isu politik, agama dan perkara-perkara sentisif.

Aku bukan jenis orang yang akan memulakan perbualan, aku bukan introvert dan bukan extrovert tapi sesiapa yang pandai initiate conversation, aku akan jadi orang yang friendly dan open to any topics.

Setelah hampir 2 minggu kami ber’message’ di dating app, aku perasan sesuatu yang pelik. Dia akan muncul pada jam 8;00am dan perbualan kami akan berhenti pada jam 6:30pm. Malam di hilang jadi perasaan aku kuat mengatakan dia ni mesti laki orang.

Pada hari ke 14 berkenalan (selasa minggu ke 3), dia start message aku pukul 6:45am. Yes, aku tak kira sabtu ahad sebab hari minggu dia hilang. 1 message pun takde. Ini lagi menguatkan tekaan aku yang dia suami orang.

Pagi tu hujan, tiba-tiba dia message cakap dia sejuk. Aku reply, biasa lah bila hari hujan mestilah sejuk. Aku tak nak delay perbualann tu terus aku tanya status dia sama ada bujang, duda, atau suami orang. Tanpa berdalih, dia terus mengaku dia suami orang.

Pang! macam kena tampar wey! Aku tiba-tiba rasa jijik dengan diri sendiri. Kenapa aku ber’message’ dengan suami orang ni? Kenapa aku mudah melayan message suami orang ni? Kenapa aku bodoh tak tanya awal-awal status dia ni? Kenapa? Kenapa? Kenapa?!

Aku rasa bersalah pada isteri F. Aku tanya dia kenapa dia tak setia, kenapa dia perlu join dating apps walaupun dia dah kahwin? Dia cakap dia tak tipu aku, dia jujur dan ikhlas dengan aku.

SHIT! Tak payah nak tunjuk baik. Alasannya, isteri dia tak layan dia emotionally. Dia perlukan seseorang untuk dengar luahan perasaan dia. I’m totally disagree. Perempuan memang suka bercakap, don’t say that perempuan tak layan perasaan tu.

Aku tanya dia ada anak tak? Yes dia ada anak. So, what are the reasons yang dia mesti curang? Isteri ada, anak pun ada. Setiap malam, sabtu dan ahad dia hilang tu aku percaya dia spent quality time dengan family dia.

Akhirnya, di pagi selasa yang sejuk tu aku bagi tahu dia aku tak suka benda ni, aku nasihatkan dia untuk stop dan focus pada isteri dan anak-anak dia. Aku nampak dia typing tapi maaf, aku tak perlu explanation. Aku block dia dan terus uninstall dating app.

Lelaki kedua yang aku kenal tu, tak sempat nak mengenali dia dengan lebih details sebab dating app ni memang betul-betul buat aku turn off. It takes about 2 months untuk aku healing and to start over. Aku tak kecewa, aku rasa geli je.

Setelah dua bulan aku pun try lagi, tapi pengalaman ke dua ni bagi aku lebih menarik. Nanti aku sambung part 2.

– Bedah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *