Salam. Terima kasih pada admin jika confession ini approve dipublishkan. Saya Rina, dari Selatan, bekerja di syarikat multinasional dengan jawatan setaraf dengan kelayakan degree saya. Cerita saya ni bukan mengenai kerja saya yang sibuk tetapi apa yang saya alami sekarang adalah dilemma yang membuatkan saya buntu. Jika melihat pada tajuk,, ia bukanlah tajuk Novel apalagi cerita sot Akasia jam 7 petang kat tv tu. Ia benar-benar berlaku dan harap ia bukan sesuatu yang cliché dalam confession ni.
Saya ada seorang kawan lelaki, Fiz yang tak pasti mahu saya sifatkan sebagai bff mahu pun kekasih. Tapi sejak mengenalinya 3 ke 4 tahun lalu atas urusan kerja dan projek (dia di syarikat yang lain di negeri yang lain) kami sering bertemu. Mula-mula dulu memang selalu kami berurusan, sama ada saya ke tempatnya atau dia ke tempat saya. Dalam pada tu, kadang-kadang jika urusan kami memakan masa beberapa hari, kami akan ambil masa hang out sama-sama atas alasan mahu berhibur dan release tension. Saya tak ada apa-apa perasaan pun terhadapnya dan saya yakin Fiz juga keluar dengan saya atas dasar rakan sekerja. Kawan-kawan kami tidaklah ambil pusing mengenainya sedangkan jika saya keluar dengan lelaki lain, ada pula yang bergosip. Kenapa ye? Nanti saya cerita.
Fiz tu boleh saya katakan baik dan sopan. Sangat berfikiran terbuka dan tidak pernah ambil kesempatan. Paling bagus, setiap kali keluar, dia akan pastikan kami solat sesegera mungkin jika telah masuk waktunya. Pada kebanyakan wanita, mungkin sedikit sebanyak hati akan terusik dengan penampilan Fiz yang sentiasa smart (tapi dah kerja kami memerlukan kami ni sentiasa menjaga penampilan), tetapi tidak bagi saya. Kenapa ye? Nanti saya cerita.
Tapi sejak tahun ni, Fiz dah bertukar ke department lain membuatkan kami sudah tidak ada apa-apa urusan lagi. Saya pula tak ada masalah sebab pada saya kerja is kerja. Dengan siapa pun saya berurusan, saya tak kisah. Masalah yang muncul, baru-baru ni Fiz ajak keluar bersama-sama dan saya pun kebetulan free masa tu ikut je. Ye lah, lama tak keluar. Tapi saya tak sangka Fiz melamar saya. Memang terkejut. Tak pernah terbayangkan Fiz akan berkata begitu. Tapi saya tak segera menjawab. Sekadar meminta dia berfikir masak-masak dulu sekali pun dia kata dah fikir bantak kali sebelum berjumpa pada hari tu.
Saya tak pernah membayangkan suatu hari nanti Fiz akan melamar saya. Tiada sikit pun perasaan saya untuk dia. Sebenarnya, Fiz ni seorang lelaki lembut. Saya pula, bukanlah garang tapi tidaklah sesopannya. Sebagai anak tunggal perempuan dalam 5 beradik, saya pasti readers tahu saya ni macam mana orangnya. Selama berkawan ni, beberapa kali dia merajuk dengan saya sebab saya ni terkadang-kadang tercakap kasar dengannya bila ada urusan yang melibatkan kami yang kami kurang selari. Berbalik kepada yang tadi, tak pernah saya sangka Fiz seberani itu. Selama berkawan dengan dia, saya pun juga mengenali kehidupan dia serba sedikit. Fiz ni, selain hal-hal kerja, dia ni tak macam lelaki lain (dah dia ni lain kan). Daripada cerita dia yang masih tinggal dengan parentsnya (dia anak bongsu daripada 3 beradik lelaki), dan tentulah manja. Kadang-kadang saya tengok dia ni mengada-ngada. Pernah dia cerita, kalau kereta rosak pun, abang-abangnyalah yang tolong. Kalau di rumah tu kalau kerja-kerja melibatkan pendawaian, dia memang tak berminat nak ambil tahu. Paling kelakar, dia tak suka dengan orang yang obsess denga bola sepak (err, sayalah tu) dan pernah kami keluar makan, tetapi yang dicarinya kedai yang tak tayang siaran bola sepak. Saya memang tak dapat bayangkan bagaimana nanti jika saya berkahwin dengannya. Hal-hal remeh macam ni pun dia ambil kira.
Memang patutlah kawan-kawan di office tidak pernah bergossip tentang kami. Saya tahu, mesti ada pembaca yang marahkan saya bila saya mempersoalkan yang Fiz tu begitu. Tapi jauh di sudut hati, saya sebenarnya menipu diri sendiri. Memang ada sedikit rasa sayang saya kepada Fiz apabila mengingatkan tentang kebaikan dia. Tapi saya buntu, abang-abang saya tdak sukakan dia sekali pun ibu ayah saya tidak ada masalah. Keluarga saya tidak pernah bertemu Fiz, tapi saya ceritakan Fiz tu orangnya bagaimana. Tapi saya memang keliru. Setakat ni saya tidak terdeasak untuk berkahwin sebab sangat-sangat terikat dengan komitmen kerja. Umur pun belum lagi 30 dan saya masih ada perkara yang mahu dicapai dalam hidup. Sampai kini saya tidak lagi memberi keputusan untuk menerimanya atau tidak. Saya memang perlukan pendapat orang lain sebelum memberikan kata putus. Hati Fiz tu lembut. Kalau saya tersalah respon, entah apa pula jadinya. Sekian.
m
– Rina
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit