Lelaki Malas Nak Bekerja

Saya menulis part ke 2 ini disebabkan ada permintaan daripada para pembaca IIUM mengenai persoalan yang tak terjawab dan ingin menambah jalan cerita kenapa lelaki itu boleh jadi pemalas. Bagi sesiapa yang terlepas confession pertama boleh baca confession pertama di bawah ini.

https://iiumc.com/lelaki-malas-nak-kerja/

Ok ada yang pelik antara umur aku dan abang aku sebab aku tulis umur aku 22 dan peristiwa lepas ketika berumur 15 tahun. Umur sebenar aku tahun ni adalah 23 dan aku mengatakan 22 sebab birthday aku belum sampai lagi. So im still 22 kan?

Sebenarnya lelaki itu menjadi pemalas disebabkan hilang rasa tanggungjawab dalam diri. Macam mana aku tahu? Sebab aku pernah rasa hilang tanggungjawab atau orang putih panggil responsibility. Ceritanya bermula selepas aku tamat belajar STPM dan aku cuba apply kerja seperti orang lain, tapi walaupun bekerja setiap gaji yang aku dapat tu hanya untuk poket aku sahaja sesen pun aku tak bagi family aku. Duit gaji semua aku enjoy, pergi cyber cafe main PUBG dan sebagainya (kiranya aku ni budak nakal lah).

Tapi aku berubah selepas mak aku menangis dihadapan aku dan juga kakak aku cakap, korang lelaki memang tak boleh harap. Perempuan je yang sara korang semua ini, nanti bila dah kahwin kau pukul bini kau paksa dia kerja cari rezeki untuk perut kau. Serius wei meremang bila dengar kakak aku cakap macam tu dan semenjak daripada itu aku cuba muhasabah balik apa yang aku dah buat pada family.

Aku teringat balik dosa dan aku teringat balik salah silap pada mereka. Aku nekad nak jadi anak yang baik dan aku janji pada diri aku (aku tak nak kahwin selagi mak ayah aku tak pergi mekah) tapi sekarang mak ayah dah pergi hujung tahun yang lepas (Alhamdulillah). Berkat kongsi duit adik beradik akhirnya mak ayah aku dapat pergi mekah. Gembira wei bila aku tengok mak ayah aku happy, bila aku hulur duit mereka tersenyum. Siapa tak gembira bila tengok mak ayah senyum kan?

Ada yang tanya kalau dapat abang macam kau dah lama aku bertumbuk!! I swear ive done more than that, aku pernah bertumbuk dengan dia, perang besar sampai maki memaki. Tapi itu dulu lah sekarang ni aku perli je dia.

Sekarang kan aku dah tolong family aku bagi duit, buat kerja rumah, cuci pinggan dan kemas rumah. Aku tak tahulah apa kena dengan dia, dia jealous dengan aku dan selalu mencebik atau orang panggil bickering to me. Contoh aku bagi mak aku RM 400 dia akan cakap “Ala RM400 je aku bagi dulu RM 2000 tak kecoh pun macam kau” dan bila aku tengah busy buat kerja dan mak aku suruh dia buat sesuatu lets say buang sampah di dapur dia akan cakap “tu budak sekor tu duduk je depan laptop main game”. Aku ” What, aku tengah buat iklan nak jual product aku kau senyap jelah shaitonnn”

Apa yang aku perasan, aku rasa dia akan berubah nak bekerja jika aku yang umur 23 ni kahwin dulu daripada dia. Sebab dia kalau nampak perempuan cantik jadi anak dara. Kunci pintu bilik malu nak keluar pandang anak dara tu siap muka bertutup dengan bantal. Sebab tu aku tengah cadang aku nak kahwin awal cari calon isteri yang cantik macam mira filzah inshaAllah.

Dia sebagai yang lebih tua tak akan lah tak tercabar tengok adik dia yang sorang ni berjaya kahwin perempuan cantik dan aku rasa dia akan tercabar kalau aku beli kereta macam honda dan rumah. Kalau kakak aku yang kerja dia tak rasa apa-apa sangat. Sebab sekarang ni aku tengok dia hanya keluarkan perkataan mengejek pada selepas aku bagi duit kat mak aku.

Ok sampai disinilah aku nak cerita, tak perlu dah kot confession yang ke 3 sebab yang kedua ni telah menjawab semua persoalan anda kan?

Guys tolong doakan aku jadi abang yang baik, anak yang soleh dan suami yang mithali. Aku tak nak jadi jahat semula dan dayus macam dulu, biarkan adik beradik perempuan cari duit untuk family. Doakan projek aku berjaya juga. Satu lagi doakan abang aku berubah, aku boleh berubah tak akan dia tak boleh berubah kan? Dan doakan planning aku kahwin perempuan cantik macam mira filzah atau kahwin terus dengan mira filzah berjaya. Aminn InshaAllah

– lelaki jugak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *