Assalamualaikum. Nama aku Nur. Aku nak tanya. Apa yang lelaki nak dari perempuan sebenarnya?
Pertama kali aku kenal lelaki masa aku belajar di universiti. Aku sanggup bersusah payah pinjamkan dia duit untuk dia mulakan hidup kerja di bandar.
Akhirnya, dia tinggalkan aku selepas bermacam2 perangai possesive dia tunjukkan.
Aku seolah2 milik dia secara total. Tiba2 dia ada perempuan lain, dalam masa sama dia masih meminjam duit aku. Ugutan bunuh diri tu biasa sangat keluar dari mulut.
Selepas lebih 10 tahun aku lupakan dia dan aku menerima rawatan psikiatri sebab trauma, dia muncul semula. Menuntut janji sehidup semata bertahun2 dulu.
Dia mula pusing cerita menyalahkan aku yang halau dia dari hidup aku. Dia dibayangi mimpi aku tiap malam.
Dia cuba berkahwin dan dah ada anak, tapi, perkahwinan tak berjaya. Dia salahkan aku sebab tak mampu lupakan aku.
Dalam pada lebih 10 tahun aku berjaya lari dari dia, aku cuba kenal lelaki lain, dalam 2 tahun ni.
Malangnya, lelaki pertama yang aku kenal dan sembang lama mengaku nak gunakan status aku sebagai penjawat awam untuk buat pinjaman. Aku berjaya tinggalkan dia sebelum hubungan lebih dalam.
Lelaki kedua aku kenal, berjaya buat aku bagi pinjam duit simpanan aku. Aku malu nak mengaku, tapi, hakikatnya, aku memang senang simpati.
Sebelum itu, aku ada kenalan seorang kawan perempuan yang aku percaya, juga pinjam wang simpanan aku sampai habis dan tinggalkan aku tanpa membayar hutang.
Kiranya sudah 3 kali aku meminjamkan wang simpanan tanpa dapat sebarang bayaran.
Lelaki yang terakhir ni, dia masih cuba meminjam, tapi, aku berjaya tepis. Aku sendiri tengah sesak nak guna duit.
Dalam masa sama lelaki pertama tu tuntut janji dia, mula2 minta maaf. Lepas tu tuduh aku punca hidup dia tak aman dan bahagia, lepas tu mintak maaf lagi. Lepas tu, ugut aku lagi akan kejar aku sampai mati
Soalan aku, kenapa bila aku baca media sosial, selalu lelaki2 hina orang perempuan kebanyakan gila harta? Tak sanggup bersusah payah dengan lelaki, nak senang je? Tapi, kenapa aku asyik jumpa lelaki yang nak gunakan harta aku?
Aku ikhlas tolong, lepas tu tinggal dan tak bayar hutang. Aku dah sanggup maafkan dan tak mintak bayaran secara lum sum. Aku bagi peluang bayar sikit2.
Yang dah ditinggalkan, dah aku tak ada hati sibuk cari aku balik lepas dah cerai. Dah ada anak seorang masih tak sedar diri. Jadi stalker ikut aku sana sini. Letak makanan kat kenderaan aku, follow kat rumah dan tempat kerja macam orang gila talak.
Yang seorang sanggup suruh aku maafkan lelaki gila tu dan terima je lelaki gila tu.
Dengan kadar jenayah dendam sekarang punya banyak, tak risau pun keselamatan aku.
Mana lelaki2 yang tuduh perempuan tak sanggup susah dengan lelaki tu? Kenapa aku dah sanggup tolong masa lelaki tak ada duit, aku yang jadi mangsa?
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kesian awk, yg slalu diambil kesempatan oleh org lain.. Lepas ni, klaw adalah lg yg nk pinjam dt ke, buat la perjanjian bertulis, samada guna lawyer atau tidak, yg penting ianya dibuat secara bertulis, n klau bole letak skali tempoh atau tarikh org tu nk byr blk.. bkn apa, sya penah ‘ditipu’ oleh kwn sendiri, sehingga kereta sya pon dia ambil (panjang ceritanya), tp bla buat laporan polis, diorang pon x bule nk ambil tindakan, sbb tiada perjanjian bertulis, dan semuanya dibuat atas dasar kawan shj., nasib baik saya ternampak kreta saya tu di rumah lama org tu, dan terus ambil guna kunci spare.. bab duit suma, sampai ke sudah x dpt.. tentang org yg suka ‘kacau’, walau pon sudah tiada hubungan tu, pon kna buat report polis (utk tujuan perlindungan), skrg ni ramai org yg ‘tak betul’ fikirannya, kes bunuh pon bole kta hari2 kita dengar, kerana cemburu, kerana dendam dsb.., senang2 je nk amk nyawa org, klaw rasa x puashati or ada perselisihan fhm ckit, tambah la dgn org pompuan yg lemah ni, lg senang org nk ambil kesempatan.. lastly, awk baca la doa dari qur’an or hadis ke utk mohon perlindungan Allah SWT.. dia dlm bhasa melayu pon bole, Allah faham.. hanya Dia yg maha berkuasa utk melindungi dan memberi ketenangan.. kesihatan diri & mental awk juga kna jaga, klaw sentiasa dlm keadaan ‘diperhatikan’ atau dikacau oleh org2 yg tidak disenangi, apa ertinya kebebasan dan ketenangan kita sebagai seorang manusia yg ‘merdeka’..? Wallahu a’lam bissawab..