Wanita melayu terakhir sangatlah cliche. Mak-mak, makcik-makcik, nenek-nenek semua akan “skodeng” bakal-bakal bini anak/cucu lelaki mereka menggunakan microscope. Baik dari segi kecantikan, keayuan, kelembutan, kepandaian memasak, ketidak-cerewetan-dalam-melakukan-perkara2-harian, kebolehan melayan kanak-kanak, keterpelajaran dan sebagainya. First impression tersangatlah mempengaruhi pass/fail factor seseorang wanita di mata para hakim ini.
Tapi kenapa lelaki jarang diletakkan di bawah microscope? (note: jarang ea, bukan takde)
Merujuk kepada confession yang sebelum2 ni mengenai seorang brother yang menghuraikan pandangan dia mengenai apa itu wanita melayu terakhir, saya nak membalas balik (macam kejam je frasa ni) “confession” brother tersebut.
masa saya sekolah dulu, “dress-up” budak lelaki bergantung kepada geng dia. kalau dia geng-geng skema/hotstuff/pengawas berdedikasi haa rambut akan tersikat rapi, bertempekkan gel brylcreem sampai kalau ribut taufan melanda pun xkan terjejas hairdo dia tu. kalau dia geng-geng care-free, haa ni memang ikut suka dia lah. kadang2 botak, kadang2 serabai mcm tahpape. kalau geng-geng rebel kat sekolah menengah pulak, memang rambut dia………. (isi tempat kosong dengan pandangan masing2). macam sama je dengan bebudak zaman sekarang? *insert emoticon garu dagu*
brother tu kata, perempuan sekarang banyak habiskan duit kat barang kecantikan. saya lihat sekarang, macam musim lelaki sado. kalau tak sado tu tak “cool” la bagi mereka. kawan2 lelaki dulu yg kurus keding sekarang ni tetiba jadi sado. so, tak salah kot kalau saya kata lelaki sekarang banyak habiskan duit beli protein shake tu? dan jugak nak bayar yuran gym yang hebat2? sorry to ask, kalau korang besar-besar tapi xde basic skill martial arts agak-agak boleh ke lindungi kami insan yang lemah ini? setakat boleh angkat dumbell berkilo-kilo tapi reflex kelaut, xde guna jugak, bang. kena ketuk sekali dah out.
ditegur pula pasal kemuslimahan seorang wanita yang pakai jubah dan tudung labuh. trend terkini jugak, lelaki pakai jubah. jubah lelaki originally dipandang sebagai pakaian budak sekolah maahad, tahfiz, geng-geng ustaz, dsb. jubah tu memang selalu la nampak kat UIA tu kan. tapi………. jubah lelaki sekarang saya rasa dah macam nak bersaing dengan jubah perempuan. warna bukan main striking, ketat pun boleh tahan jugak (barangkali sebab sado tapi still nak pakai size kecik). tapi, berapa ramai yang actually menggunakan jubah ni untuk ke masjid? okay mungkin jubah tu ketat susah nak angkat takbir or boleh senak masa sujud. tapi honestly, berapa ramai yang pergi masjid? kalau anda sempat ke gym, kenapa tak sempat ke masjid?
okay. tujuan post ni bukan la nak kata perempuan takde cacat cela, lelaki je salah. tak. cuma, demi masa depan generasi yang akan datang, it’s better if both lelaki dan perempuan bekerjasama dalam memperbaiki diri sendiri.
– -bukan wanita melayu terakhir
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit