Lelaki Misteri

Hi semua, tujuan aku tulis confession ni sebab nak tanya pendapat korang.

Nama aku Nisa (bukan nama sebenar). Aku ringkaskan cerita. Aku ada berkenalan dengan seorang lelaki sekitar tahun 2022. Aku namakan lelaki ni Lotus (bukan nama sebenar).

Kami berkenalan semasa hendak pergi ke tempat kerja, masa tu kami sama sama naik tren dan dari situ dia cuba untuk berkenalan dengan aku.

Nak jadikan cerita kami pun berkenalan dengan lebih rapat, dan ada juga berbincang untuk kahwin.

Tapi semua tu tak menjadi sebab dia jenis suka menghilangkan diri aku tak faham kenapa, sebab aku bukan kenal pun dia siapa sebelum ni, yela perkenalan kami bermula di tren.

Tapi bila dia dah start hilang tu aku tahu dia jenis lelaki tak serious so aku teruskan je hidup macam biasa tak kesah sangat dia nak hilang ke apa, okay aku ringkaskan cerita je.

Tiba tiba hujung tahun lepas aku dapat tahu dia kahwin! Tapi yang aku pelik sebulan sebelum dia berkahwin dia ada ws aku dan ajak jumpa then aku okay je sebab just anggap kawan masa tu.

Tapi masa tu aku tak tahu dia ada plan nak kahwin, tapi kenapa dia masih nak jumpa aku siap cakap rindu bagai.

Okay aku tak kesah sangat dia nak kahwin ke apa, tapi yang aku pelik kenapa dia kahwin tiba-tiba. Tak kan dari aturan keluarga, sebab dia jenis anak mak dan utamakan keluarga.

Bila aku tahu dia dah kahwin aku terus padam nombor dia sebab aku tak nak ada hubungan dengan laki orang.

Then tiba-tiba lepas berapa bulan dia kahwin, dia masih ws aku cakap rindu la apa, tapi aku malas layan dan aku block dia terus.

Aku tak nak jadi sebab hubungan dia dan isteri dia retak disebabkan hal ni dan yang paling penting aku tak nak jdi isteri kedua.

Tapi aku masih tertanya tanya sejak bila dia ada hubungan dengan isteri dia sekarang?

Maybe masa dia kenal dengan aku sebab tu dia suka hilangkan diri tapi kenapa masih nak cari aku. Entah la tak faham dengan lelaki perangai macam ni.

Aku doakan dia bahagia dengan isteri dan stop cari aku lagi.

Sekian,

Terima kasih yang sudi baca dan komen.

– Nisa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Korang just berkenalan, tak ada declare apa
    Apa kan..dia suka menghilang ? dia bukan serius pun Kalau macam tu, Kenapa lah kau nak serabut kepala dengan laki mcm tu 😂 maksudnya dia dgn isteri dia dah lama kenal la sebelum kau addoi .. dia nak rindu tu, rindu nak chat je kot.. mungkin kau hanya kawan chat bila bosan

    • Setuju dgn Oyen. Patut x perlu kut nk sesakkan kepala pk perangai lelaki gini.

  2. Nak tanya pendapat tentang apa ya? Baguslah dah delete dan block. Jangan layan langsung walaupun reply pendek. Takyah tanya dia kenal sis or isteri dia dulu..takyah tanya dia kenapa cari sis walau dah kawin, jgn langsung dengar luahan or explanation dia. Sebab dia tetap dah jd suami orang lain. Dan kalau apa2 jd, sis yg dipersalahkan.

    Dah terbukti dia tu just cari sis bila dia bosan. Red flag.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *