Aku hampir-hampir menyekutukan dan menduakan Allah yang maha esa. Aku mula-mula google pasal nasib malang. Then aku ter-direct ke satu FB page tentang servis mereka untuk merawat nasib malang. Aku ingatkan page ni macam page rawatan islam. Tapi bila aku scroll, eh lain macam je. Dia boleh pulak jual kain kaabah, minyak pengasih, tongkat rezeki malaikat jibril, rambut puteri santubong, harta bunian dan lain-lain lagi yang mengarut.
Assalammualaikum. Terima kasih kepada admin jika kisah aku ini disiarkan dan aku minta admin please hide-kan identiti aku. Let it be anonymous. Sebab aku taknak korang benci aku. Haha. Dan aku sangat berharap cerita aku ni disiarkan supaya boleh bagi manfaat dan pengajaran kepada ramai org. Satu perkara yang aku nak minta maaf awal2, cerita ni sepenuhnya bukan cerita hantu ataupun cerita seram. Aku cuma nak kongsikan pengalaman aku dan buktikan kebesaran Allah S.W.T.
……….
Aku seorang yang bold, loud, dan ada strong personality. Maknanya aku ni bukan introvert lah dan aku selalu fikir yang aku ni bijak, aku selalu betul dan aku hebat. Just because of aku selalu score academically. Aku rasa aku ni hebat dan aku ada masa depan yang cerah.
MAC 2014
Aku kenal seorang ‘lelaki mulia’ yang bernama Ashraf (bukan nama sebenar). Kenapa aku cakap dia lelaki mulia? Haa jap lagi aku cerita. Waktu ni dia 26 tahun dan aku pula 22 tahun. Kami bercinta. Tapi aku selalu pandang rendah dekat dia. Sebab bagi aku, aku ada Master. Dia cuma ada Degree je dan nak-nak pula dengan attitude aku yang aku rasa aku paling hebat. Padahal dia ada Degree kot. Should be ok. Tapi, sebab aku lebih tinggi daripada dia, so aku rasa aku lagi hebat. Tambahan pula, si Ashraf ni personality dia sangat contra dengan aku. Dia tersangatlah introvert dan lemah lembut dalam pertuturan. Bagi orang-orang di sekeliling aku, Ashraf ni terlalu baik dengan personality dia tu. Tapi bagi aku? Aku rimas! Aku tak boleh dengan orang yang slow macam ni. Dia cakap dah lah slow, tak dengar. Lepastu pendiam. Sepatutnya benda ni shouldn’t be a problem. The issue is, just because Ashraf tu tak sama macam aku, aku tak boleh terima. Dia mesti kena sama macam aku bulat-bulat!
Pernah suatu hari tu, kami makan di kedai mamak. Kedai mamak kan bising. Aku duduk berhadapan dengan dia. Dia nak cakap something dengan muka excited lepastu senyum-senyum. Tapi tanpa belas kasihan, aku tengking dia depan orang ramai sampai meja kat sebelah-sebelah kami pandang kami. Aku marah dia sebab aku tak dengar apa yang dia cakap. Lepastu muka dia merah, mata berair. Tahan malu. Dan aku pula ketika itu teruskan rasa marah dan ego aku. Meminta dia untuk pujuk aku pula. Allah. Sekarang aku rasa bersalah sangat kat dia buat macam tu. Perkara itu berlalu macam tu je. Dan Ashraf tak pernah ungkit pasal tu dan tak pernah complain pasal aku.
Bulan demi bulan berlalu. Kami masih bersama. Dan aku masih rasa diri aku hebat. Tambahan pula dengan pekerjaan Ashraf yang biasa-biasa ni, aku lebih pandang rendah dekat dia. Time 2014 tu dia kerja sebagai supervisor yang aku kira pekerjaan tu hanya layak utk Diploma holder kalau dilihat pada job scope nya. Aku cuba untuk tolong dia. Lama kelamaan, Ashraf dapat masuk kerja di sebuah financial instution (bukan bank) sebagai executive. Kami rasa lega. Kami harap inilah pekerjaan terakhir Ashraf untuk dia build career since dia keep quiting his jobs for several times since he graduated from his Degree studies. Namun, hari pertama dia masuk kerja, dia diterjah dengan soalan “kenapa kau nak masuk sini? Kteorg semua dah nak blah dah”. Kau rasa? Tengah semangat dan motivated nak masuk kerja baru, lepastu dapat negative vibes. Haha.
Aku cuba untuk tolong dia dengan menjadi backbone dia. Bagi dia motivasi. Sebab aku taknak dia berhenti kerja lagi. Apa pula kata keluarga aku nanti bila Ashraf asyik berhenti kerja. Not a good impression for him. Yes, Ashraf selalu mengadu tempat kerja dia yang baru ni tak bagus. Not a good place to develop career, gaji pun ciput gila untuk survive nowadays. Nak kumpul duit kahwin apa tah lagi. Setiap bulan takde savings. Duit gaji habis utk bayar komitmen je. Aku menjadi lelah dengan alasan-alasan dia. Bagi aku, aku dah banyak tolong dia. Nak-nak pula kerja dia yang baru ni aku yang tolong carikan cabel. Ye. Aku masih rasa aku hebat. Aku dah banyak berkorban. Dan dia? Masih loser. Ye. Loser. Perkataan tu yang banyak meracuni minda aku untuk selalu pandang Ashraf sebagai seorang yang loser.
Bergaduh dalam whatsapp perkara biasa. Menggunakan tanda seru (!) dalam perbualan adalah selalu. Sebab aku selalu image-kan Ashraf dalam minda aku sebagai seorang yang loser. “Aku lagi hebat. Aku lagi bagus. Aku dah banyak tolong kau. Kau tak reti nak tolong diri sendiri ke? Loser sangat lah kau ni! Slow! Lembab! Tak reti majukan diri! Miskin! Kau akan jadi ketua keluarga. Dengan loser macam ni, takkan aku yang jadi suami? Cari nafkah kerja kau. Bukan kerja aku”. Itulah perkara yang aku selaku utarakan dalam argument kami. “Kenapa tak sweet macam orang lain? Kenapa tak manjakan I macam bf orang lain manjakan gf dia”. Yes gais. Perkara ni pun selalu berbangkit sebab masa ni aku terlalu nak kejarkan relationship goals. Haha.
Dua bulan lepas, Ashraf beli kereta. Atas desakan aku. Tapi, kereta memang keperluan pun. Kami pun dah plan nak berkahwin. Pada suatu hari, kami bergaduh. Kami bergaduh atas sebab yang aku boleh kata tak munasabah. Aku dengan ego aku, dan dia pula hanya diam membisu tanpa seribu kata. Lelaki. Biasalah. Bila perempuan mengamuk, dorang senyap je and ignore. Tujuan dorang sebab taknak tuang minyak pada api yang tengah marak. Tapi aku? Bila dia ignore, aku semakin mengamuk. Aku harap dia datang malam tu jugak pukul 2 pagi untuk pujuk aku. Yes gais aku merajuk pukul 2 pagi dan rumah dia nak ke tempat aku pun ambil masa 1 jam setengah. Tapi aku langsung tak bagi hint suruh dia datang pujuk ke apa. Yes again, just because of he doesn’t act and think alike like me, aku marah. Aku marah sebab dia tak dapat baca fikiran aku.
Esok tu dia datang. Dengan kereta baru yang dia beli dua bulan lepas. Kami bergaduh dalam kereta. Aku tengking-tengking dia. Dia senyap je. Teruskan pemanduan dia. Dengan sikap dia yang ignore aku tu, aku buat keputusan yang gila tanpa fikir sedikit pun perasaan dia. Aku keluarkan kunci rumah dalam beg aku. Aku scratch dashboard dia. Panjangggggg aku scratch. Yes I scratched his BRAND NEW CAR! Aku nak tunjuk aku tengah mogok! ‘Tolong pujuk aku’. Itu yang aku cuba sampaikan. Reaction Ashraf waktu tu? Demi Allah, he acted cool like nothing happen. Aku pernah tanya dia “kenapa u tak marah I cakar kereta you?” Dia jawab apa tau gais “sebab you tengah marah”.
Allahhhh. Luluh hati aku. Then, he stopped his car by the road. Dia pujuk aku dengan lemah lembut. Sungguhpun ego lelaki itu sehebat naga, namun dia berjaya gugurkan ego dia sebagai seorang lelaki demi memujuk aku yang berperangai setan.
Mesti korang tengah benci kat aku kan? Maaf.
Tiada sekelumit rasa hormat kah aku pada dia? Walaupun dia 4 tahun lagi tua daripada aku?
Waktu demi waktu, sebenarnya aku dah semakin cair dengan sikap Ashraf yang selalu mengalah. Mungkin juga Ashraf selalu menyebut aku dalam doanya supaya aku dilembutkan hati.
Pada suatu hari, aku didatangi sahabat Ashraf yang datang ke area perumahan aku untuk membeli kain di Jakel. Then, kami pun lepak lah minum jap tanpa ada Ashraf di situ. Kawan dia mula bercerita tentangnya. Bertanyakan bila kami mahu bekahwin dan lain-lain. Tiba-tiba masuk topik lain. “Seumur hidup aku, aku tak pernah jumpa kawan yang macam Ashraf tu. Dia tu baik. Tak macam kawan-kawan lelaki aku yang lain. Sifat dan pertuturan dia yang lemah lembut tu macam sifat Nabi Muhammad s.a.w. Kau jaga dia baik-baik. Susah nak jumpa lelaki macam ni lagi.” Allahu. Mendengarkan pengakuan kawan Ashraf tu, hati aku bagaikan dipetik satu suis rasa bersalah yang teramat sangat. Aku percaya pengakuan itu bukan direka ataupun disuruh oleh Ashraf. Dan seperkara lagi, lelaki jarang cakap macam ni pasal kawan lelaki dia kan? It was a very different feeling, I could say. Mungkin juga, Allah sudah sentuh hati aku.
NOVEMBER 2016
Kami bertunang. Bermula fasa baru dalam perhubungan kami.
DISEMBER 2016
Ashraf dah semakin rimas dengan masalah-masalah di pejabatnya. Banyak jugak interview-interview yang dia dah cuba pergi. Tapi gagal. Pada suatu hari, Ashraf dan rakan-rakannya didatangi seorang lelaki yang kelihatan terdesak mahu mencari pekerja di pejabatnya. Benefits di tempat kerja tu bunyinya menarik. Basic 1,500 tapi kalau buat sales banyak, gaji boleh cecah 5,000 sebulan. Kerja flexible. Work environment pun friendly. Setelah Ashraf dan rakan-rakannya pergi melawat tempat kerja orang tu, mereka pun macam positif lah nak masuk situ. Tapiiiii, aku rasa tak sedap hati! Aku cakap dengan Ashraf “you tak payah lah berhenti. U stay je kerja kat tempat lama ni. Kita tengok dulu kawan-kawan you okay tak kerja sana. Kalau ok, u tukar lah masuk sana. Lagipun kerja u yang sekarang company yang dah established. But for now, jangan lah lagi”. Ashraf pun setuju untuk dengar cakap aku.
JANUARI 2017
Ashraf menyampaikan satu berita. “I nak berhenti kerja jugak lah. I nak masuk kerja dengan dorang. Insyaallah okay kot”. Mendengarkan jawapan Ashraf yang sebegitu, aku dah hilang kuasa untuk memujuk “Okay. I sokong semua keputusan you. I doakan yang terbaik”. Resignation letter telah dihantar dan esok juga Ashraf masuk kerja baru. Aku meneruskan kehidupan aku sebagai pelajar. 2 minggu Ashraf bekerja di situ, tiada satu perkara yang murni pun dia pernah sampaikan. Tempat kerja nya penuh dengan budak-budak lepasan SPM yang belum matang, merokok di dalam pejabat adalah dibenarkan, tiada training, tiada bimbingan dan yang paling sadis, tiada official offer letter. Nampaknya company ni pakai petik je budak-budak SPM untuk dikerah bekerja.
Minggu kedua Januari 2017
“You, company ni scam lah”. And he attached a link as evidence.
Betul-betul Ashraf down waktu tu. Dia pertaruhkan karier dan masa depan untuk perkara yang sia-sia dan ditipu hidup-hidup! Aku pun buntu macam mana nak tolong dia. Kesian pun ada. Tapi rasa marah dan ego menyelubungi aku lagi dan lebih menutupi rasa kasihan aku terhadap Ashraf. Lalu, minggu keempat Ashraf pun berhenti kerja. Nak tahu berapa gaji yang dia dapat kerja kat situ? 600 je gais. Banyak betul alasan yang company tu bagi bila ditolak itu ini, tinggal 600 je. Nak saman pun tak boleh. Sebab takde official offer letter. Lagipun malas nak bear with the procedures. Nak bayar duit kereta pun tak cukup. Ye, waktu ni Ashraf memang silap. Dia tidak selidik betul-betul tentang company tu. Bahkan, company tu tiada official website. Cuma ada informal Facebook sahaja. Aku pernah terlihat company tu buat iklan kat Jobstreet nak cari pekerja. Berani betul! Aku harap takde orang lagi terkena dengan company tu.
MAC 2017
Sudah lebih 9 job interview Ashraf pergi. Keputusannya hampa dan yang lain tiada jawapan. Interview untuk cabin crew Air Asia yang aku kira memang tak sesuai langsung dengan jiwa dia pun dia pernah pergi. Haha. Nasib baik dulu Ashraf ada ASBF dan dia bayar kereta menggunakan dividen yang dia dapat.
Ashraf semakin tak terurus. Semakin kurus.
Sementara menunggu keputusan job interview yang lain, Ashraf buat uber. I heard Uber is a good money. But not for Ashraf. Dia cari passenger di hot area juga. Tapi, Ashraf cuma dapat RM 10 sahaja untung nya setiap hari lepas ditolak duit minyak.
JUN 2017
Dah 4 bulan Ashraf menganggur. Interview pun banyak dah pergi. Tenaga banyak dah dibazirkan untuk buat uber yang untungnya ciput. Duit ASB Ashraf dah habis. Duit kereta dan komitmen lain tak terbayar.
“You ni loser! Buat apa-apa pun semua fail! Orang buat uber elok je boleh dapat 3 ribu sebulan. Kita dah nak kahwin tau. Mana sempat nak kumpul duit kalau macam ni. You nak cukup kan sampai setahun ke tak kerja?! You nak I makan telur dengan kicap je ke hari-hari lepas kahwin nanti?! I taknak miskin!”
Ye, aku menjadi baran dan ego semula. Aku lupa, rezeki, ajal dan maut tu di tangan Allah. Allah sahaja yang boleh aturkan bila Ashraf akan dapat kerja. Aku menjadi semakin baran kerana waktu itu aku lah main financial provider untuk dia. Aku lah yang bagi dia duit belanja. Aku lah yang topup kan minyak kereta dia.
“Orang cari kerja baru untuk upgrade. You downgrade pulak!”
Itu sahaja lah point aku untuk argue dengan Ashraf.
Aku semakin penat dengan hubungan ni. Aku percaya ‘I deserve a better man’. Aku taknak hidup susah. Ye, Allah uji aku dengan benda yang aku paling takutkan. Hati dan perasaan aku berbolak-balik. Dan dugaan bertunang isn’t a myth. It’s a reality. Satu dugaan yang aku tak penah bayangkan pun.
Aku nak putus tunang! Aku nak putus tunang! Aku nak putus tunang!
Selain perkataan loser yang ada dalam minda aku terhadap Ashraf ni, aku selalu rasa nak back off daripada hubungan ni. Waktu ni, terlalu banyak air mata yang tumpah. Menangis teresak-esak setiap malam juga pernah. Aku mengenangkan kenapa nasib kami begini. I want a perfect wedding. As perfect as our engagement day. Tapi financial state sekarang? Satu apa pun takkan tercapai. Aku taknak hidup susah. Aku taknak makan telur dan kicap hari-hari.
Aku hilang kepercayaan kepada Allah. Aku tinggalkan solat.
Tapi, aku lupa. Aku hanya sedih dan tertekan. Tapi yang menghadapinya, Ashraf. Yang pikul beban di bahu, Ashraf.
JULAI 2017
Suatu hari ibu tiba-tiba panggil aku nak slow talk. Aku pun dengan perasaan yang bercampur baur sebab nervous memikirkan apa salah aku terus melangkah masuk bilik dengan ibu untuk talk personally. Ye, ibu tegur salah aku kerana terlalu kasar dengan Ashraf. Sebab ibu pernah terdengar aku cakap kasar dengan dia macam tu. Ibu cakap “kau takkan jumpa dah lelaki baik macam tu. Jangan sebab kau ada master kau boleh fikir kau hebat. Ashraf tu bila-bila masa boleh tinggalkan kau. Dia lelaki. Dia mampu. Sekali dia cakap nak lepaskan, boleh jatuh talak!” Ibu tambah lagi “Syafiq cakap kalau dia jumpa perempuan macam kau ni, memang dia tak hingin lah”. Syafiq (bukan nama sebenar) adalah adik aku dan dia berumur 23 tahun. Allahuakbar. Jujur, aku tak pernah sampai terfikir pasal ni. Syurga aku nanti bawah tapak kaki dia. Nak-nak pula adik aku cakap macam tu, aku rasa malu, bersalah. Masa ni aku rasa diri aku sekerdil nya dan hina. Lagi hina daripada Ashraf. Banyak betul dosa aku dengan Ashraf.
OGOS 2017
Hati aku semakin lembut untuk berubah. Waktu ni aku dah bekerja. Dan aku nekad untuk bantu Ashraf. Aku akan tolong setiap apa yang dia perlukan terutamanya duit. Aku fikir, kalau bukan aku yang tolong, siapa lagi? Ye, orang kata don’t spend on guys. Let guys spend on you and love you more. Ni semua words nak kejar relationship goals je. Kali ni, bagi aku takk. Sama-sama kena tolong antara satu sama lain. Win-win situation lah. Sebab aku fikir, dia akan jadi suami aku. Dia lah yang akan spend so much on me tanpa berkira nanti. Sebab apa? Sebab tanggungjawab. Aku percaya, Allah uji aku di sini.
Sebelum ni aku tak pernah cerita kat sesiapa yang Ashraf dah menganggur untuk 5 months. Sebab aku malu. Bagi aku semua ni silap dia. Pergi pandai-pandai buat keputusan macam tu. Tapi, sejak dua menjak ni, aku mula ceritakan benda ni kat kawan rapat aku. Alhamdulillah. Mereka semua tak pernah bagi nasihat yang negatif yang menyokong aku untuk terus putus tunang dengan Ashraf. Dorang semua cakap, ni dugaan bertunang. Ni bahagian kau. Kau sabar je. Allah dah janjikan dia akan bg rezeki untuk orang yang nak bina masjid. Sebenarnya ada baiknya juga kita luahkan pada sahabat-sahabat kita yang baik sebab kita pun kadang-kadang tak boleh nak fikir dengan waras lagi-lagi dengan hasutan syaitan. Tapi, luahkan pada kawan yang betul je tau sebab tak semua kawan kita baik.
Pertengahan Ogos 2017
Disebabkan aku banyak baca page-page seram, aku mula fikir yang bukan-bukan. Aku ingat Ashraf ni bernasib malang ataupun terkena sihir. Yela, who knows ada orang benci kita. Nak jatuhkan kita. Ashraf plan nk majukan diri tapi langkah dia ter-downgrade-kan diri pula. Bayangkan, dia cuma dapat untung RM 10 sahaja untuk buat uber sedangkan uber is a good money, 9 interviews but all fail dan Ashraf juga pernah walk-in di kedai-kedai shopping mall untuk bekerja sementara. Satu pun tak dipanggil.
Allah. Dugaan apakah ini? Teruk sangat ke Ashraf? Apa dosa dia?
Nak tahu apa next?
Aku HAMPIR-HAMPIR menyekutukan dan menduakan Allah yang maha esa. Aku mula-mula google pasal nasib malang. Then aku ter-direct ke satu fb page tentang merawat nasib malang. Aku ingatkan page ni macam page rawatan islam. Tapi bila aku scroll, eh lain macam je. Dia boleh pulak jual kain kaabah, minyak pengasih, tongkat rezeki malaikat jibril, rambut puteri santubong, harta bunian dan lain-lain lagi yang mengarut.
Allahuakbar nasib baik aku masih waras dan punya akal. Meskipun ada insan yang punya semua produk yang dijual di page tu, tentu sangat berharga dan tak berbaloi untuk dijual. Page tu khurafat. Tapi masalahnya kat comment, siap ada orang suruh pm. Haha.
Kat sini, Allah uji aku lagi dan syaitan pula makin menjadi-menjadi bisik ke telinga aku supaya hati aku berbolak-balik.
Aku adukan perkara ini kepada kawan aku dan dia percaya Ashraf bukan terkena buatan orang mahupun bernasib malang. It just a dugaan. Dia kata “kau dekatkan diri dengan Allah. Buat solat dhuha sama-sama. Minta Allah lembutkan hati kau supaya sentiasa hormat Ashraf yang akan jadi suami kau nanti. Kalau nak ikhtiar pun boleh je. Tapi cari yang boleh dipercayai macam Darussyifa”.
17 Ogos 2017
Selesai solat dhuha untuk hari kedua bersama. Ashraf buat di rumahnya. Aku pula buat di pejabat. Ashraf pun dah give up dengan uber. Sekarang dia cuma tunggu mana-mana kedai di shopping mall yang dia walk-in haritu untuk panggil bekerja. Haritu aku mula menyatakan hasrat aku untuk cuba berikhtiar di Darussyifa. Aku buka website Darussyifa. Aku catat nombor telefonnya untuk dihubungi kemudian. Ashraf pula iyakan saja. “Asal kita ikhtiar” katanya.
Petang itu, selepas waktu lunch. Ashraf call aku. “You dah call Darussyifa ke?” “Belum lagi. Sorry I busy sikit. Jap lagi lah”. “Ohh belum call lagi eh. Emmm you tak payah call lah”. “Kenapa?”
“Sebab I dah dapat kerja. Hehehehe”.
Ya Allah. Happy tak terkata aku waktu tu.
“Haa? U dah dapat kerja? Ya Allahhh. You dapat kerja apa? Kat mana?” “Cuba teka. Hehehe”. “Emmm you dapat kerja kat Cotton On? Adidas?” “Salah. Teka lagi”. Hmmm cotton on dan adidas salah. Apa lagi kerja yang Ashraf baru pergi interview baru-baru ni?
“Ala bagi lah tahu. I excited ni”.
“I dapat kerja kat Bank. Assistant Sales Manager. Hehehe”. (Interview bank yang dia pernah pergi 4 bulan lepas baru dapat jawapan).
Allahuakbar! Allah Maha Besar!
Allahhhh. Sungguh, begitu indah percaturanMu Ya Allah. Setiap yang kau rancangkan sangat terperinci. Sangat indah. Dia beri kita lebih daripada apa yang kita harapkan. Dia rewards setiap dugaan kita. Dan setiap usaha kita, Dia kira. Benarlah. Nothing worth comes easy. There’s a beautiful rainbow after the rain.
SEPTEMBER 2017
Alhamdulillah. Allahu rabbi. Terima kasih atas dugaan ini. Terima kasih kerana mematangkan kami dalam perhubungan ini. Terima kasih kerana menjadikan kami lebih sabar. Terima kasih kerana menyedarkan aku darjat, harta dan pencapaian tak boleh membeli syurga dan tak boleh memajukan kita. Terima kasih Allah sebab memberi peluang itu untuk jadikan hati aku lebih lembut. Dan yang terakhir, Allah berkuasa atas setiap sesuatu. Rezeki, jodoh dan ajal di tanganNya.
Harini merupakan minggu kedua Ashraf di tempat kerja baru nya. Alhamdulillah. Semua yang aku dengar adalah positive vibes. Kerja di situ gajinya boleh cecah lima angka jika achieve sales target dan setiap bulan jarang sekali lah staf yang tak achieve sales target.
Say no more, you are way better than me now sayang. I have no point to look down on you anymore. Gaji you dah terlebih-lebih lagi daripada I. Haha. Alhamdulillah.
Sayang, if you are reading this, I sayang you sangat-sangat. Malah, I cinta you. Bukan sebab you are a manager now. I should have left you since before if I get the chance. Tapi I taknak. Sebab I percaya since the first day I knew you, I tak pernah putus harapan yang you, suatu hari nanti akan berjaya. Cuma I bertanggungjawab untuk pimpin tangan you untuk kita sama-sama berjaya. I minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki atas segala kata-kata yang mengguris hati you dan tingkah laku I yang tak matang. Kalau dikira dengan jari, memang tak terkira. I tahu, I tak sempurna. I kurang ajar. Tapi sekarang I cuba untuk berubah. Thank you to Allah atas dugaan ini yang dah mematangkan I, beri I kesabaran dan lebih faham you. Dan yang terakhir, terima kasih banyak-banyak wahai ‘lelaki mulia’, sebab you tak pernah terfikir nak tinggalkan I pun dan masih nak bersama dengan I yang jauh lagi hina daripada you.
10 September 2017
Dugaan bertunang is not a myth. It’s a reality. Kepada yang nak bertunang, jangan takut. Ye, betul. Allah hadirkan dugaan yang menguji benda yang kau paling takut. Tapi, satu benda yang kau kena percaya. Allah ada. Allah ada. Allah ada. Jangan kau pernah lose faith terhadap Allah. Dia hadirkan dugaan, sebab dia nak bagi kau rewards. Nothing worth comes easy. Cepat atau lambat, Dia lebih tahu. Sabar.
P/s: Tajuk ‘Lelaki Mulia’ dalam cerita ini adalah bersifat metafora sebagai perencah rasa kepada penyampaian cerita ini kerana tiada seorang pun yang sempurna dan lebih mulia daripada Nabi Muhammad S.A.W.
P/s: Kami plan nak kahwin November 2018 sebab kena start over balik untuk kumpul duit semua. Aku mohon korang doakan lah yang terbaik buat kami, dimurahkan rezeki dan aku sentiasa hormat bakal suami aku. Ye lambat lagi. Lagi setahun, 2 bulan. Aku sebenarnya dah fobia nak ada dugaan lagi. Haha. Korang tolong kami dengan doa-doa korang ye. Terima kasihhh.
– Naila Talitha
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit