Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau karangan spm aku ni tersiar.
Okay. Sebenarnya nak cerita pasal lelaki zaman sekarang yang extreme gedikakugedik sekarang ni bila nampak perempuan. Erghh sungguh menyakitkan hati dan mata. Cerita dia macam ni.. Aku ni kira ada rupa jugak lah. Kira kategori cantik. Bukan nak perasan tp orang cakap la. Aku tak rasa mcm tu pon. Okay tu bukan point dia. Cerita dia masa aku balik cuti sem hari tu (aku blaja oversea) setiap kali jalan2 ke hatta ke kedai runcit, reaksi lelaki tengok aku macam tak pernah tengok perempuan. Ade sorang pakcik ni stopbinistop nak tengok aku dari tempat parking sampai la aku masuk mall. Padahal bini dekat sebelah. Seriously, nak aje aku tegur “lower your gaze pakcik, bini sebelah tu muka dah rupa gorilla nak tikam”.
Then ada satu masa tu aku tengah drive. Mak aku kat sebelah. Berhenti la kat traffic light. Banyak gila motor kat depan. Biasa la bila kt depan sekali kan. Semua berpaling tengok aku. (ni bukan aku poyo, mak aku yg cakap). Jadi perlu ke nak mengintai sampai macam tu sekali? takkan semua perempuan depan sekali kau nak tengok mcm alien bwk kereta mcmtu?
Okay aku bukan nak kata aku cantik gila. Jangan nak kata aku mcm2. Aku just cerita part aku. Kawan² aku pon ada yg kena. Then aku tengok orang lain pon ada gak kena mcm tu. Masa tu aku gi kat pejabat pos. Sebelom aku masuk, aku lepak kat dalam kereta minum² air dulu kan. Then aku duk tengok ada seorang bro la dalam 30an la rupa tu. Annoying gila. Tenung awek tu mcm miang sangat la rupa dia. Tak reti nak describe la. Ade lg 2,3 laki yang sama jenis yang buat menda yang sama kat akak tu masa aku masuk ke dalam. Sekali ngan aku² pon kena gak. Mamat tu gi duduk kerusi menunggu sama baris ngan aku pastu duk senyum² pandang. Eh sumpah geli. Be it kau hensem or not. Aku tak tau perempuan lain but aku seriously percaya perempuan yang react mesra layan laki buat mcm tu tu gedik. Serious ape yang lelaki² ni buat tak hormat perempuan langsung!
Aku bukannya pakai seksi. Aku pakai jubah, kadang baju kurung, baju seluar biasa² je. Mekap tak reti. Jadi seriously kalau laki still lagak murahan mcm tu, aku nak kena buat mcmna lagi? Takkan nak suruh toreh muka then pakai kelambu? Okay nanti ada yang suggest pakai la niqab. Tak boleh. Doc aku tak bagi. Tu pon tak memjamin. Aku pergi bus stop belikan tiket utk kakak aku. Nampak awek purdah tengah duduk tggu bas and lelaki kat situ boleh lagi mamat tu kacau dia. Siap nak mintak number ajak couple. Aku ingat dah niqab mcm tu, hormat tu ada byk sket berbanding yang lain. Ape kah?? Gersang sangat ke lelaki sekarang?
So lelaki, please la jangan merimaskan. Jaga pandangan. Jaga diri jaga iman. aku paham fitrah dah lelaki nak tengok perempuan ni tapinya biar berbatas la. Kawal diri. Jangan jadi murah sangat. Try your very best la wey. Jangan nak guna alasan sebab perempuan pakai seksi tak tutup aurat ke hape dah bila tutup elok kau perangai mcm tu jgk
Sedih aku tengok tau. Sampai kadang aku rasa kalau mcm ni lagak lelaki sekarang punya gatal, mcmna la aku nak kawen ngan harapan dpt suami yang baik. And kau yg duk menggedik buat mcm tu, kesian tau nanti bakal bini masing². Tolonglah hormat diri sendiri sekalipon kau tak boleh hormat kami. Mahalkan sikit diri tu.
Mintak maaf kalau ada yang sentap. Aku bukan saja nak marah. Adik laki aku, arwah ayah aku tak suka tau tengok apa yang jadi kat aku or mana² perempuan yg kena. So kau tolonglah imagine family kau bila orang buat kat mereka. Dorang pon tak suka aku percaya.
Okay. Takat tu jela. Sama² la muhasabah dan mengislahkan diri ye. Aku tak sempurna tapi aku cuba dan terus cuba jugak buat ape² boleh utk sama² tlg kaum laki ni jaga diri. So sila berhenti merimaskan ye.
Wassalam.
– Youja
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit