Lelaki Orang Yang Terciduk

Asalamualaikum reader. Terima kasih admin IIUM Confessions sekiranya sudi menyiarkan tulisan ini.

Nama aku Ieza berusia 32 tahun bekerja sendiri. Pernah berumah tangga dan gagal di pertengahan jalan. Alhamdulillah atas takdir ini. Terjadinya perkara ini mematangkan aku.

Aku selesa hidup sendiri. Tapi, apa yang aku berkongsi disini diharapkan akan dapat dijadikan sempadan bagi yang sedang menghadapi ujian yang pernah aku hadapi dulu.

Apabila wanita umur menginjak ke usia pertengahan 20-an, rata-ratanya hati mula risau apabila jodoh tak kunjung tiba. Kawan lelaki tiada apatah lagi yang mahu berkenalan dan meluah perasaan. Kawan-kawan sebaya ramai dah menamatkan zaman bujang.

Terjadilah soalan, “Aku bila lagi?”. Hati mulai resah gelisah apabila menghampiri penghujung 20-an. Melihat pula kawan-kawan lain berkongsi kegembiraan menimang cahaya mata, ada yang sudah kali ke 3. Soalan sama, “Aku bila lagi?”.

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mencari jodoh. Minta rakan-rakan kenalkan tiada yang lekat, minta ibu bapa carikan tiada yang sesuai. Lalu mengambil keputusan, menggunakan aplikasi online (Baituljannah, MyJodoh, Wechat, Tinder, Omi dll).

Pelbagai jenis lelaki yang ada. Apabila mula scroll/swipe terdetik di hati mungkin ada jodoh ku disini. Mulalah berchatting dengan yang sebelah sana.

Diawal perkenalan semuanya manis. Berjumpa, berkongsi aktiviti dan cerita latar belakang sendiri. Alhamdulillah, masih bujang. Hubungan yang bermula di aplikasi semakin rapat, hati makin berbunga-bunga, sayang semakin mekar, rindu bagai tiada penghujungnya.

Pelbagai harapan dan impian dicipta bersama. Indahnya masa depan ciptaan bersama. Mahukan kediaman begini, mahukan anak sejumlah ini, aktiviti pulang ke kampung dibuat begini, percutian keluarga begitu dan banyak lagi. Hati terus berbunga riang.

Dalam pada itu terlupa untuk disiasat latar belakang orang yang dikenali di aplikasi online ini. Apakah benar bujang atau sekadar bujang di mulut?

Adik-adik, rakan-rakan yang saya hormati, kejadian ini saya pernah alami dan ramai kawan-kawan saya juga alami. Yang dah kahwin mengaku bujang. Terlalu ramai di aplikasi online. Disitu platform buaya mencari mangsa (saya tak mention semua tapi kebayakannya. Tolonglah jadi manusia yang bijak memilih).

Ayat-ayat buaya aka suami orang ni memang manis, amat manis. ‘Saya masih baru menggunakan aplikasi ini’, ‘Awak la satu-satunya yang saya swipe/chat’, ‘Awak je yang reply saya’, ‘Awak je yang sudi bagi no telefon pada saya’, ‘Awak yang terbaik pernah saya jumpa’. INI SEMUA BULLSHIT.

Sebagai tips awal untuk mengenali dia suami orang atau tidak, add SEMUA media sosialnya (IG, FB, Whatsapp, Twitter dll). Check la sekiranya ada yang meragukan.

Kawan saya berhadapan kes, add di IG semuanya clear. Apabila saya bantu buat carian di Facebook, terjumpa gambar kahwin lelaki yang sedang dia kenal di page MUA yang makeup kan isterinya!

Apabila ditanya, alasan lelaki tersebut ‘Saya dah nak bercerai’. BULLSHIT! Berkahwin pada Mac 2019, Terjumpa orang lain Novermber 2019 alasan dah tak serasi? BULLSHIT.

Jangan percaya sekiranya lelaki tersebut mengatakan ‘Sy dah nak bercerai’, ‘Saya akan bercerai’. Dia takkan lepaskan isterinya walau apa sekali pun. Itu yang pasti. Kerana? Jika nak bercerai, cerai sahaja. Tak perlu canangkan NAK/AKAN BERCERAI.

Dari sini pun dah boleh nampak lelaki jenis apa begini. Nanti kalau dia berkahwin dengan awak, dia akan tetap mencari wanita lain untuk mencanangkan bakal ceraikan awak pulak. Nak ke?

Jadi nasihat saya, tolong siasat betul-betul status pasangan yang hendak anda kenal sebelum melangkah ke arah yang lebih serius. Saya yakin kebanyakan wanita sekarang lebih bijak dan tidak akan mudah ditipu. Tetapi, kadang kala perasaan sayang boleh menjadikan seseorang BODOH TANPA SEDAR.

Cinta kan buta dan membutakan. Sebelum buta dan dibutakan, tolong pesan pada hati tak semua orang jujur macam kita. Ye, kita betul single dan mencari pasangan halal. Tetapi lelaki hidung belang mengambil kesempatan untuk memuaskan hati sendiri.

Adik-adik, rakan-rakan yang saya sayangi, sekiranya betul dia sayang takkan ada sebarang rahsia yang dia sembunyikan walaupun status dirinya. Saya sendiri pernah berkenalan melalui aplikasi ini sebelum berkahwin. Melihat akan kejujurannya membuat saya jatuh suka.

Tetapi, Allah tu Maha Pengasih dan Penyayang. Dia bantu saya, Allah gerakkan hati saya. Saya perasan sekiranya dia betul-betul bersama rakan-rakannya bermain bola, keluar dengan mak dan adik beradiknya pasti akan ada gambar yang dia kirim.

Banyak kali yang dia katakan keluar dengan MAK, tiada kiriman gambar bahkan tiada whatsapp, call tidak dijawab (alasan- tak perasan hp, tak tengok hp, bz pegangkan barang mak). INI SEMUA BULLSHIT.

Point seterusnya, apabila sampai waktu cuti, hampir setiap malam tertidur. Tanpa sempat ucap selamat malam. Tanpa sempat call seperti kebiasaan. Alasan? Tertidur, penat. Bukan sekali tapi setiap kali bercuti perkara ini akan terjadi.

Adik-adik, rakan-rakan yang saya hormati lelaki yang bergelar suami orang ini bijak bermain kata-kata. Sangat bijak bermain kata-kata sehingga kadang kala buat kita terleka seperti berada di dunia kita dan dia sahaja.

Mereka bijak mengumpan janji seperti perkahwinan dan kehidupan selepas kahwin yang sempurna (yelah dah berpengalaman handle isteri kan).

Sebelum anda meneruskan hubungan dengan lelaki yang anda kenal melalui aplikasi online atau apa cara sekalipun, kenali keluarganya dahulu.

Lihat caranya melayan keluarganya. Lihat dia bercakap dengan keluarganya. Lihat juga keluarganya bercakap dengan dia. Kenali dia dari ibu dan adik beradiknya. Jangan terlalu cepat membuat keputusan kerana angankan ‘bercinta selepas nikah’.

Selain itu, dengarkan kata-kata yang keluar dari mulutnya. Apakah mudah menyalahkan orang lain?Adakah senang menuduh orang lain? Sekiranya itu terjadi, anda sepatutnya fikir masak-masak. Lelaki yang jenis tak mengaku salah sendiri tapi sering meletakkan salah pada orang lain.

Tambahan point untuk lelaki yang menyatakan ‘akan bercerai/nak bercerai’ tadi dia akan totally salahkan isterinya 100%! Saya pernah berkenalan dengan lelaki yang juga laki orang (terkantoi) apabila ditanya alasannya nak bercerai sebab isteri kuat nafsu, isteri main hp, isteri begini isteri begitu.

Semuanya salah isteri. Saya jawab dengan mudah, isteri adalah corak yang dilukis suami. Isteri kuat nafsu dari awal kahwin? Sekiranya begitu, dalam tempoh ini awak sebenarnya enjoy la kan?

Kenapa sekarang baru katakan ia kelemahan isteri? Isu isteri main hp? Depan mata kenapa tak ditegur? Kenapa isteri main hp sekiranya cukup perhatian yang awak bagi pada dia? Dan itulah soalan terakhir saya sebelum saya akhiri hubungan dengan laki orang yang terciduk.

Adik-adik dan rakan-rakan yang saya kasihi, percayalah sekiranya orang sentiasa bercerita buruk mengenai seseorang di hadapan anda, begitulah yang keluar di mulutnya mengenai anda juga. Ini juga pernah saya alami.

Ex suami saya dulu. Ada sahaja yang tak kena mengenai adik beradiknya. Kerap minta duit membeli barang mahal, kena tanggung majlis perkahwinan kakaknya, downpayment kereta adiknya dan banyak lagi. Konon atas sebab taknak campur tangan hubungan kekeluargaan mereka, saya dengarkan sahaja.

Akhirnya baru saya tahu, di depan adik beradiknya saya pula yang diburukkan! Ya, ada dan wujud lelaki sebegini.

Adik-adik dan rakan-rakan sekalian, Allah sayang anda, Allah sayang kita. Sekiranya belum lagi bertemu jodoh selepas pelbagai usaha dilakukan janganlah putus asa. Tetaplah berusaha untuk menjadi yang lebih baik dari semalam kerana kita takkan tahu apa yang akan jadi hari esok.

Tetaplah positif sayang. Allah uji kerana sayangkan hambaNya. Ujian hadir untuk mematangkan kita, untuk menjadikan kita lebih baik dan kuat dari sebelumnya. Janganlah disalahkan takdir kerana tiada takdir yang buruk dari Allah untuk hambaNya yang bertakwa.

Saya bukanlah siapa-siapa untuk memberi sebarang tips kerana rumah tangga saya juga tidak berjaya. Tetapi, anggaplah tulisan ini sekadar renungan untuk dijadikan pengajaran. Sedih saya baca banyak tulisan yang kecewa dan berendam air mata jodoh tak kesampaian.

Adik-adik dan rakan-rakan semua, janganlah meletakkan pengharapan kepada manusia kerana kita pasti akan kecewa. Letaklah pengharapan pada Allah swt pastinya kita bahagia. Allah tu memegang dan berkuasa di atas setiap hati-hati manusia. Mintalah padaNya bersungguh-sungguh. Dia pasti beri apa yang kita perlu.

Buat yang sedang bersedih, sapu lah air mata mu, teruskan langkah. Kejar lah cita-cita mu, banggakan ibu dan ayah kebahagiaan mereka akan meningkatkan darjat kau di sisi Allah. Pahala bagi mereka yang membahagiakan ibu ayah itu janji Allah!

Salam sayang.

– Ieza Ex Awak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *