Lelaki Palsu

Saya berkenalan dengan seorang lelaki di FB. Saya gelarkan dia R.

Sewaktu berkenalan, dia memang mr perfect. Memahami wanita, selalu menjadi pendengar setia, rajin belanja macam-macam (hantar melalui post) dan banyak lagi. Senang kata dia memang pelindung wanita disamping bonus mempunyai wajah kacak dan badan sasa.

Kami tidak berjumpa walaupun jarak kami terlalu dekat kerana dia selalu memberi pelbagai alasan. Hubungan kami sebagai kawan rapat sahaja kerana R sudah ada kekasih hati, L.

Saya jadi musykil kerana setiap kali saya mengadu nasib dengan dia, saya gunakan voicenote dengan harapan dapat dengar kembali suara dia tapi dia memang akan balas melalui text. Panjang berjela pun tak apa, dia akan text sahaja. Mungkin, bagi saya tak mengapa, dia takut L jealous nanti.

Kerap kali juga saya ajak dia jumpa bawa L sekali yelah, memang niat nak berbaik tapi langsung tidak diendahkan.

Selain saya, dia rajin juga berkawan dengan ramai wanita lain dan kebanyakkan dari mereka adalah golongan surirumah, wanita gemuk maaf saya bunyi seperti menghina tapi bukan maksud saya, wanita yang senang cakap luaran sangat kesian.

Memang dia menjadi pelindung dan harapan kepada wanita-wanita ini dan apa yang mendukacitakan, wanita ini tanpa sebab munasabah, bergaduh dengan saya secara tiba-tiba.

Takde angin ribut, saya dihina dan dicaci oleh mereka hanya kerana saya wanita bekerjaya agak okay berbanding yang lain. R juga tiba-tiba berubah sikap. Bukan setakat R, L juga tiba-tiba hina dan turut memaki hamun saya.

Sudahlah saya dihina, kehidupan saya turut dikacau. Tempat kerja saya, rumah saya turut dihendap dan diintip. R bersama geng surirumah lain siap follow kereta saya dari belakang. Saya tahu kerana geng surirumah itu sendiri mengaku di komen FB.

Sedih, kecewa kerana terasa tiba-tiba dicerca, dikacau, dimalukan tanpa sebab munasabah, saya jadi ingin tahu siapa sebenarnya R. Kenapa tiba-tiba dia dan L jadi pelik.

Saya buat penyiasatan sendiri. Terkejut, rupanya R itu adalah seorang wanita dan berbadan gempal. L pula adalah isteri orang. Segala yang di FB tu semua tipu. Patut sebelum ini dekat FB gambar dia tak pernah sama walaupun hanya and tunjuk sipi-sipi.

Saya siap ada nombor pendaftaran kenderaan dia, sama kereta yang dia tunjuk dekat FB. Rumah dia dekat mana, siapa mak dia, arwah ayah dia, keluarga dia semua saya ada. Segala dia cakap dekat FB memang menipu.

Saya pelik, apa dia dapat buat semua ni? Hanya kerana geng surirumah itu dengki dengan saya, dia sama-sama ikut menganiaya saya?

L pula, saya jadi kesian pada suaminya. Tergamak dia curang dengan kaum sejenis. Dahlah anak dia yang sulung dah besar, sedang belajar di kolej. Saya ada maklumat termasuk nombor telefon suaminya, patutkah saya bagitahu benda betul?

Apa patut saya buat supaya ramai tidak menjadi mangsa dan tolong pembaca lain, jangan jadi enabler kepada benda-benda mungkar. Saya dah move on cuma saya tak nak orang lain jadi mangsa.

Penipuan identiti bukan salah ke disisi undang-undang? Kalau saya tularkan? Saya memang nak bagi pengajaran dekat manusia yang tak sedar diri, nabi tak mengaku umat. Dahlah penipu, ajak pula ramai-ramai hentam malukan saya macam saya pula yang penipu.

– Azita combi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *