Salam. Terima kasih admin sekiranya confession aku disiarkan. Isu aku kecil saja, tentang lelaki. Aku perempuan, umur biarlah rahsia. Aku bekerja di sebuah cafe. Aku jenis insecure dengan kaum adam ini based on pengalaman kawan-kawan aku, mostly yang aku dengar mesti playboy even kaki masjid. (aku tak cakap semua, aku yakin ada yang baik cuma aku takut) Jadi aku dah set dalam kepala aku, aku perlu berhati-hati terutama yang ada rupa dan berduit.
Aku nak share satu pengalaman aku ini. Ceritanya bermula bila aku ada seorang pelanggan tetap ini, aku namakan dia A. Dia ni boleh dikategorikan ada rupa. (putih dan muka bersih) Muda lagi, aku agak dalam 22 tahun macam tu. Mula-mula aku tak kisah dengan dia. Tapi aku mula insecure bila dia selalu tengok aku. Aku ingatkan perasaan aku je, yelah kot bertembung pandang secara tak sengaja kan tapi lama- lama aku yakin dia memang tengok aku. Aku bukan perasan dia suka aku ke ape tapi aku just tertanya-tanya kenapa kau nak tengok aku sangat, aku cuak la kot psycho ke. Cara dia tengok biasa-biasa je takde la menakutkan. Pernah lepas dia habis makan, dia nak keluar dari cafe. Aku pun tertengok la dia. Dia tak tengok aku pun tapi sampai hujung pintu, aku nampak dia kerling aku dengan ekor mata seolah-olah nak tahu aku tengok dia atau tak. Aku : Apa masalah dia sebenarnya? Aku rasa nak marah betul masa tu.
Sejak tu aku terus doa dijauhkan dari lelaki tak baik. Mungkin Allah jawab doa aku bila Dia tunjukkan lelaki tu datang cafe dengan perempuan lain yang berbeza-beza. Kadang-kadang berpasangan dengan perempuan muda atau berusia sikit dalam 30-an atau kadang-kadang dua orang perempuan yang mana dia seorang je lelaki. Pernah sekali kebetulan aku terserempak dengan dia seorang diri kat sebuah kedai makan, aku perasan lepas masuk. Masa tu aku dengan kawan aku, jadi aku pilih tempat yang jauh dari dia. Kemudian dia bangun dari tempat duduk dia dan tiba-tiba dalam banyak-banyak meja kosong lain, dia pilih meja depan aku tapi tak face to face, dia membelakangkan aku. Balik aku nangis sebab aku takut apa tujuan dia sebenarnya nak test market ke apa. Aku doa lagi semoga aku dijauhkan dari dia dan alhamdulillah hidup aku dah tenteram sekarang tanpa dia. (ada cara Allah elakkan aku dari dia) Aku rasa bersyukur aku bukan jenis perempuan yang cepat perasan dengan pandangan lelaki. Pesanan aku dekat perempuan dekat luar sana:
1.Hati-hatilah agar kita tidak menjadi fitnah kepada lelaki. Jagalah aurat. (dalam kes aku, aku memang tutup aurat pakai stokin dll, jadi aku memang tak faham kenapa dia nak tengok). Jangan jadi penyebab lelaki dapat dosa semata-mata kerana kita.
2.Jangan cepat perasan dengan pandangan lelaki konon-konon dia suka dekat kita.
3.Prinsip aku mudah : Lelaki yang suka usha perempuan bukanlah lelaki yang baik.
4.Doalah selalu kerana Allah sebaik-baik Pelindung.
-gadis insecure
– Gadis insecure
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit