Lelaki Perasan Bagus

Assalamualaikum admin yang baik hati dan sudi melayan masalah kami semua… Hello gais.. Nama saya Nadia dari Tangkak, Johor.

Saya adalah seorang wanita muda yang berumur dalam lingkungan 20 an. Merupakan Seorang janda beranak satu.

Saya seorang yang pandai berdikari dan gemar melakukan hal2 secara bersendirian. Ini adalah kerana Saya seorang yang pendiam dan sangat perahsia.

Seboleh2nya, saya tidak mahu tahu sesiapa pun tahu hal2 peribadi dan kegiatan saya di luar terutama family dan rakan terdekat saya.

Untuk pengetahuan admin, perkahwinan saya yang terdahulu telah terlerai setelah saya mendapat tahu suami saya seorang penagih dadah tegar.

Saya membuat permohonan fasakh secara bersendirian tanpa diketahui oleh family saya.

Setelah bercerai, baru saya mengumumkannya kepada kedua ibu bapa saya kerana tidak mahu menyusahkan hati mereka. Kedua orang tua saya sedang sakit. Ibu saya pula telah disihir oleh nenek saya sendiri atas sebab masalah peribadi.

Setelah beberapa tahun menjanda, saya dipertemukan dengan seorang lelaki pekerja bawahan di tempat kerja saya. Namanya Iwan.

Masa mula2 kenal, saya tidak menyukainya kerana dia hanya saya anggap sebagai rakan sekerja sahaja dan dia bukanlah citarasa saya kerana dirinya yang tiada pendapatan tetap dan tidak mempunyai harta termasuk rumah.

Kenderaan yang digunakannya sehari-hari juga hanyalah pinjaman dan kepunyaan orang. Bukan hak miliknya.

Di samping itu, saya turut tidak meminatinya kerana penampilannya yang agak selekeh dan berbau busuk kerana kerjanya itu. Sudahlah tiada rupa dan tidak kacak, dia juga sentiasa tiada wang dan selalu menyatakan dirinya orang susah.

Setiap hari, Iwan selalu terhegeh-hegeh pada saya dan gemar mengorat saya dengan kata2 manisnya. Lama- lama, saya menerima cintanya walaupun dia bukanlah taste saya.

Menerima kerana Hanya kasihan melihat dan mendengar cerita dia bahawa tiada sesiapa di sisi. Kami akhirnya berkahwin dalam tempoh perkenalan singkat.

Namun, tidak sampai sebulan kami mendirikan rumahtangga, tidak disangka2 badai datang secara tiba2 meranapkan mahligai kami.

Iwan tidak pulang ke rumah.dia juga membenci saya secara tiba2 tanpa ada apa2 kesalahan dari saya. Saya hanya membiarkannya tidak pulang ke rumah tanpa memujuknya kerana hati saya belum sepenuhnya mencintainya.

Dia balik atau tak, itu urusan dia. Saya tahu dia tidak pulang ke rumah kerana sibuk berskandal dengan janda tua lain yang juga punya anak ramai. Setiap hari mereka berkepit ke sana ke mari.

Saya langsung tidak ambil peduli hal mereka. Urusan maksiat mereka, biar Allah yang urus. Mereka berdua belum tahu pembalasan Allah itu maha dasyat.

Nafkah zahir dan batin saya langsung tidak dipedulikan Iwan. Balik rumah pun tidak.

Saya pula bertindak keluar dari rumah dan menetap bersama keluarga saya di kampung. Ibu bapa saya mula hairan bertanya saya di mana Iwan. Saya hanya mampu mengatakan dia sudah tidak sayangkan saya lagi kerana sibuk dengan kekasih jandanya itu.

AKhirnya, setelah tamat PKP baru2 ini, saya membuat permohonan cerai di mahkamah dan kami akhirnya bercerai dengan talak satu.

Saya langsung tidak sedih dengan perceraian ini kerana beranggapan saya tidak perlu lagi hidup bersama seorang lelaki yang tiada tanggungjawab dan seperti biawak hidup yang tak punya apa2.

Sebelum kahwin, saya tidak tahu seteruk itu kritikalnya masalah kewangan yang dihadapi.

Saya benar2 menyesal bernikah dengannya secara terburu2 kerana tidak menyiasat latar belakangnya terlebih dahulu baik buruk salasilah keturunannya dan imannya. Solat pun tunggang langgang entah ke mana. Saya bukan tidak perhati kelakuannya.hanya dia saja yang tidak tahu.

Saya sangkakan setelah bercerai, hidup saya akan aman.

Rupanya tidak. Dia kerap menganggu emosi saya dengan memerli saya secara memuat naik status berkaitan hal2 yang gila seperti sihir dan hantu syaitan.

Saya lihat dia seolah2 gila talak kepada saya meneyebabkan saya tidak melayan setiap statusnya.

Oh ya.. setelah apa yang dia lakukan kepada saya sepanjang saya menjadi isterinya yang sah, saya selalu mengadu pada Allah agar memberi pengajaran dan kesedaran kepada Iwan dan kekasih maksiatnya agar tidak terus melakukan penganiayaan batin kepada saya.

Saya mohon Allah tunjukkan Kuasanya agar Iwan bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. Dia sudah tersesat jauh. Dia turut menuduh saya menyihirnya menyebabkan dia suka pada saya sedangkan hakikatnya, dialah yang sebenarnya menyihir saya.

Saya sebenarnya sudah mempunyai pilihan hati yang jauh lebih baik dan kaya darinya tetapi dia juga yang saya pilih. Saya dibawa oleh orang tua saya berubat ke sana ke ke mari.

Baru saya tahu bahawa saya telah disihir melalui makanan yang diberinya setiap hari.

Kini, famili saya sudah tahu semuanya dan tembelangnya sudah pecah dan mereka juga tidak ingin lagi bermenantukan lelaki seperti dia. Saya telah pulih sekarang dan tidak mahu lagi ada sebarang urusan dengannya.

Henti2kanlah gangguan meroyannya itu. Saya boleh jadi gila jika terus bersamanya.

Mujur Allah selamatkan saya dari rumahtangga toksik itu. Agaknya hasil dari doa saya, Iwan menjadi seperti orang tidak betul fikiran dan nampak tidak berapa waras kerana sering merepek2 benda2 yang halusinasi.

Apa yang diperkatakan tentang buruk saya kepada orang lain telah berbalik kepada dirinya. Lelaki memang suka perasan bagus..tidak sedar kelemahan diri. Tetapi kelemahan insan lain juga yang dia sibuk2.

Kepada pembaca, doakan saya agar dipertemukan jodoh yang jauh lebih baik daripada kedua2 bekas suami saya ini. Saya hanya mahukan kebahagiaan dalam diri saya.

Tidak mahu perkara ini berulang lagi.

Tak mungkin saya akan kembali padanya. Biarlah dia dengan kekasih maksiatnya.

Sudah tua masih tak punya kesedaran diri untuk insaf.

Saya sentiasa berdoa agar mereka berdua dijodohkan. Sama padan, sama baik, sama2 serasi dengan kelakuan maksiat mereka yang bertimbun. Tepuk dada tanya iman.

Saya bukanlah wanita yang baik tetapi masih mengenal dosa dan pahala. Sekian.

– Nadia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *