Assalamualaikum kepada administrator yang sangat baik dan sentiasa menerima keluhan dan pengalaman baik buruk kami di luar sini. Juga kepada semua pembaca yang disayangi dirahmati Allah.
Pembaca boleh merujuk kisah saya sekiranya tidak memahami jalan cerita pengalaman hidup saya sebelum ini..
Untuk part I, (https://iiumc.com/lelaki-perasan-bagus/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/lelaki-perasan-bagus-ii/).
Saya bernama Nadia dari Tangkak Johor. Saya sebenarnya bukanlah seorang yang suka merendah-merendahkan orang lain terutama kepada kedua2 bekas suami saya yang tidak berguna dan tidak bertanggungjawab itu.
Mereka berdua sepatutnya bersyukur kerana Allah menghadirkan diri saya ke dalam kehidupan mereka dalam keadaan saya sihat, boleh berdikari sendiri, mempunyai kerja yang baik dan gaji yang banyak daripada mereka.
Saya langsung tidak memandang hina kepada lelaki yang berjawatan rendah dan pekerja bawahan.
Namun, saya berpendapat, tidak ada gunanya seorang lelaki itu mempunyai impian untuk berumahtangga dengan seorang wanita yang telah mempunyai anak sedangkan dirinya tidak mempunyai wang untuk menyara kehidupan dan ke fasa keluarga yang lebih besar.
Saya bukan seorang hamba duit dan memandang kebendaan semata-mata tetapi hakikatnya, sekali lagi ingin saya terangkan bahawa kehidupan kita di zaman ini sangat memerlukan wang untuk hidup.
Sedangkan hendak belajar dan rawatan perubatan juga memerlukan wang, apalagi untuk hidup seharian. Saya langsung tidak peduli dan akan memekakkan telinga apabila ada netizen dan pembaca yang menggelarkan diri saya berlagak dan perasan bagus.
Saya sedar bahawa orang yang judge saya sebegitu tidak memberikan saya beras untuk makan . So, di sini saya tidak perlu tahu kata-kata cacian dari orang sekeliling kerana saya ada wang sendiri untuk saya teruskan kehidupan saya.
Maafkan saya sekiranya ada yang tersinggung dengan kata-kata saya kerana ia lahir dari hati dan berniat ikhlas.
Pengalaman yang saya terima telah banyak mematangkan saya.
Untuk pengetahuan, bekas suami saya yang pertama adalah seorang penagih dadah.Dia adalah sejenis seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab kepada isteri dan anak. Pendapatannya juga tiada dan tidak boleh diharapkan.
SEpanjang hidup dengannya, saya merana kerana kesemua hal saya terpaksa uruskan sendiri. Ibu bapa saya tidak mengetahui hal ini pada mulanya kerana saya merahsiakan daripada mereka.
Setelah bercerai, bermulalah kehidupan baru saya apabila saya mampu membeli sebuah rumah .Saya juga mempunyai kereta. Stelah itu, saya telah bertukar tempat kerja lain untuk mendapat suasana baru.
Di sinilah bermulanya episod duka saya buat kali kedua. Saya bertemu dengan seorang lelaki yang lebih tua dari saya berusia hujung 30-an.
Saya pada mulanya menyangkakan dia baik dan penyayang, rupanya hanyalah lakonan dirinya semata-mata untuk mendapatkan saya.
Sungguh saya tak sangka juga rupanya dia adalah kaki sihir yang gemar melakukan sihir untuk mendapatkan sesuatu. Benarlah apa yang ajaran Islam mengajar kita, hendak memilih pasangan, carilah yang beriman dan lihatlah agamanya. Kedua-dua bekas suami saya tidak bersembahyang.
Jika bersembahyang pun,hanyalah untuk menunjuk-nunjuk di hadapan family saya dan kerana kerana malu jika kami semua mengetahui bahawa dia tidak solat.
Saya ingin fokus kepad suami kedua saya, Iwan, iaitu bekas suami saya yang kedua, tidak tahu mengaji Al-Quran, Saya hanya tahu hal ini setelah mendirikan rumahtangga dengannya dan di situ, saya memerhatikan gerak gerinya dalam diam.
Dia langsung tidak menyentuh Al-Quran walaupun sehari dan yang tidak pernah dia melihat dia membaca pun. Al-quran yang terletak di dalam bilik, berhabuk seolah-olah tidak pernah disentuh.
Dia juga sangat percaya kepada benda tahyul. Di samping itu, Iwan juga tidak pandai menjaga perasaan orang. YAng dia tahu, hanya perassannya sahaja yang mesti dijaga sedangkan orang lain, ditolak ketepi.
Baginya, semua benda yang dia buat adalah betul dan orang lain salah Tidak hairan lah mengapa hidup dia ini tidak seperti orang lain yang gemar melakukan penganiayaan terhadap orang kelilingnya.
NAmun, dia beruntung kerana saya tidak mengganggu kehidupannya selepas bercerai. UNtuk pengetahuan pembaca, Iwan pernah mendirikan rumahtangga dengan dengan seorang wanita.
Saya difahamkan oleh keluarga sebelah Iwan bahawa mereka bercerai adalah kerana sikap Iwan yang gear berpoya-poya dengan wanita lain tidak kira wanita itu anak dara, janda atau berstatus isteri orang.
Kemuncaknya, mereka bercerai kerana Iwan telah berzina dengan seorang wanita bergelar isteri orang selama bertahun2. Namun, apakan daya saya, ia berulang kembali dan terjadi pula kepada saya.
Dia masih tidak serik dan insaf walaupun Allah telah menegur perbuatannya melalui perkahwinan yang pertama. Kerana apa Iwan menjadi begini? Kerana dia terlalu jauh dengan Allah akibat perbuatan tidak solatnya.
Dia juga saya lihat tidak pernah bersembahyang Jumaat kerana setiap kali pada waktu Jumaat, dia sentiasa ada di kawasan ofis saya dengan meneruskan tugas2nya seolah2 bangga dengan kakitangan di sini yang dia tidak menunaikan solat jumaat.
Waktu di awal percintaan, saya sudah melihat keburukannya yang tidak menjaga hubungannya dengan Tuhan, malah saya masih lagi berkawan dengannya kerana sihirnya yang kuat ke atas saya.
Semasa di awal percintaan jua dia tidak menjaga maruah saya dengan baik iaitu mengambil kesempatan dengan tangannya merayap ke tubuh saya menyentuh tempat yang tidak sepatutnya.
Saya waktu itu hanya membiarkan kerana tidak dapat berfikir waras akibat sihir.
Betapa perasan bagusnya Iwan, dia berlagak seolah-olah kaya dan berduit apabila ada hati memasang niat untuk mahu berpoligami dan hal ini diutarakan kepada saya waktu saya dan dia hendak bernikah.
Dia sendiri tahu, dan saya pun tahu kewangannya hanyalah cukup untuk makan pakai dirinya saja dan saya juga baru saja mendpaat tahu (setelah bercerai dengannya) bahawa dengan isteri pertamanya dulu, dia tidak mampu memberikan apa yang diinginkan isterinya kerana tidak berwang.
Bayangkan, lihat keadaan dirinya… masih tidak mampu memiliki rumah sendiri dan kereta. Pekerjaan hanya biasa2 dan rendah, wang yang ada juga hanya layak untu dirinya seorang saja.
Belum lagi dikira perbelanjaan lain. Untuk melancong dan berjalan2 pun, dia sudah mencongak dan terkial-kial kerana tiada lebihan.
Apalagi untuk beristeri dua? Pasti Ketawa besar bagi sesiapa yang mendengarnya. Saya turut mendapat tahu dari sahabat-sahabat saya di ofis saya bahawa dia masih tidak mengahwini kekasihnya kerana tidak mempunyai pendapatan kerana kes PKP ini.
Dia tidak pendapatan untuk menbuat belanja perkahwinan itu.
Ya.saya akan memerhati dan akan terus tunggu dan lihat sampai bila mereka berkahwin.
Saya yakin mereka tak akan berkahwin atas kerana desakan dhidup Iwan kini. Inilah yang dikatakan yang dikendong berciciran. Betapa besarnya kuasa Ilahi dan telah ditunjuk di dunia ini akibat perbuatannya yang suka mempermainkan dan menganiaya hidup insan lain.
Allah sentiasa ada kepada orang yang teraniaya. Saya turut mendengar kekasihnya juga pernah teraniaya akibat perbuatannya semasa mengahwini saya,
Jika dia masih belum insaf lagi, tak tahulah apa yang mahu dikata lagi. Kedua-dua bekas suami saya sama sahaja. Tiada apa yang boleh dibanggakan.
Sebagai rumusannya, ingin saya menasihatkan kepada semua lelaki di luar sana, anda adalah makhluk Allah yang diutuskan untuk menjaga kami para wanita.
Bukan untuk menganiaya kami. Sedarlah bahawa anda punya tanggungjawab yang besar. Jangan hanya ingin berseronok2 di bumi tanpa ada rasa tanggungjawab. Lelaki kebanyakkanya perasan bagus.
Anda fikir anda mampu dan berduit, mampu beristeri lebih tapi habuk pun tiada , kerja pun hanya biasa2, tetapi lagak tak ubah seperti manager semata2 untuk menarik perhatian wanita cantik.
Anda kebanyakan lelaki gemarkan wanita cantik sedangkan tidak cermin diri sendiri adakah anda juga punya wajah tampan untuk menampakkan anda setaraf untuk berpasangankan wanita jelita.
Anda kacak sekiranya anda mempunyai ilmu agama dan solat serta pandai mengaji Al-Quran. Bonus untuk anda sekiranya anda mempunyai perwatakan baik. Tidak perlu wajah menarik pun untuk mendapatkan hati wanita.
Sekian. terima kasih admin kerana menyiarkan kisah saya buat kali terakhir.
Assalamualaikum.
– Nadia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit