Lelaki & Perempuan Pun Ada Sisi Gelap

Kes penceraian melibatkan selebriti atau pempengaruh media sosial bukannya sesuatu isu yang baru. Ianya sudah ada lama. Sebelum kewujudan media sosial lagi. Teringat pulak zaman baca majalah URTV dan berita picisan.

Dan apa yang pasti, lelaki dan perempuan pun ada sisi gelap mereka. Lelaki dan perempuan pun ada masalah seksualiti. Lelaki dan perempuan memang sentiasa ada dalam masalah berkomunikasi.

Lama kelamaan jika dibiarkan akan membawa kepada perhubungan yang berbau toksik dan menggugat kestabilan berfikir dengan waras.

Bukannya lelaki sahaja ada masalah mental. Perempuan pun sama. Berlakon jadi mangsa walhal diri sendiri pemangsa.

Bukannya macam kau, bias tidak sudah-sudah. Apabila golongan perempuan meluahkan rasa tidak puas hati dalam rumah tangga, kau bersimpati dan mengatakan dia memang kena lawan suaminya.

Tapi bila orang lelaki meluahkan rasa tidak puas hati dalam rumahtangganya, kau akan mengecam lelaki tadi dengan kata dia tidak tahan mental. Walhal kau tak tahu betapa lama dan sabarnya lelaki ini menghadapi penderaan mental dan emosi.

Jangan kau ingat orang lelaki tiada perasaan. Jangan kau ingat orang lelaki tak buat perbandingan kehidupannya dengan orang lain dan kawan-kawannya.

Dan jangan kau ingat apabila orang lelaki tidak pandai menangis. Kau salah tu. Persamaan lelaki dan perempuan adalah tubuhnya manusia. Perbezaannya banyak. Salah satu kemaluan.

Tapi nak buat macam mana. Kau memang…

“Bias ! “

Sebab tu kau senang dimanipulasi individu tertentu. Sebab tu kau mudah kasihan dengan orang yang pandai mengalirkan air mata.

Mana aku belajar? Aku belajar daripada menonton filem dan baca cerpen tentang manusiawi. Masing-masing sebenarnya pemilik racun toksik.

Mereka merasakan mereka sebenarnya mangsa. Hakikatnya mereka juga boleh jadi pemangsa pada golongan yang lebih lemah daripada mereka. Cuma mereka lebih suka hidup dalam penafian.

Dan jika perkara ini dibiarkan berlarutan, kita akan membunuh pemikiran generasi yang sihat! Dan pada akhirnya negara kita akan menambahkan lagi golongan penyakit mental.

Barang kali kau terlupa. Mari aku ingatkan mengenai sabdanya yang membawa maksud. Setiap anak yang lahir ke dunia asalnya (fitrah) suci dan bersih. Seperti kain puteh. Ibu bapa (persekitarannya) yang akan mencorakannya.

Jika merah, merahlah jadinya. Jika hitam, hitam jadinya. Jika Ibu bapa ada berpegang pada ajaran mengesakan Allah s.w.t dan mengamalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w, sudah tentu kain tadi akan terpelihara bersih dan puteh.

Terima?

– Kipas Susah Mati Cerpen (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Hidup berumahtangga ni spt mengemudi ‘bahtera’ di lautan, bkn nya cuaca sentiasa ‘tenang’ shj, adakala nya ribut taufan dan gelombang besar juga berlaku.. so, sudah semestinya ‘nakhoda’ lah yg bnyak memainkan peranan.. klaw pandai dia mngemudikn bahtera, insha Allah selamat lah ‘belayar’ ke destinasinya.. tp klaw dari awal nakhoda dah ‘bagi mula’ dan manjakn dan malah ‘buat x tahu’ jika ank2 kapal buat silap, bila badai melanda, mmg jd ‘havoc’ la, sbb ank kapal selama ni x pernah dimarah dan boleh ckp sesuka hatinya, malah bole ‘melawan’ dan ‘memalukan’ nakhoda plak.. bkn nk salahkn sesiapa, tp perkara dah berlaku, so amk pengajaran dan harap kejadian yg sama xkan berulang, jika ada peluang lain nt, x kira la mne2 pihak yg dpt ‘peluang’ itu.. itulah lumrah kehidupan.. yg penting muhasabah (post-mortem) dgn diri sendiri dan apa yg telah berlaku.. msg2 mempunyai kelemahan diri dan boleh diperbaiki dan ditangani dgn baik, jika ada ilmu & pengalaman.. rendahkn hati kita spt kita ‘merendah’ dgn yg lbh tinggi; iaitu Pencipta kita.. Dia pon dah menetapkn siapa yg lbh tinggi dari kita.. yg ada ‘kuasa’ tu plak, jgn salah gunakan kuasa yg ada, berlaku adil dan berbuat baik demi kesejahteraan bersama.. apa2 pon, jdikan lah semua ini pengajaran yg berguna, kita masing2 mempunyai dosa n khilaf, so berjalanlah dgn tenang, krn kita x tahu apa yg menanti kita di hadapan sana, mngkin hamparan yg ‘indah’ atau pon ‘lubang’ yg kita x jangka yg akn ‘membenamkn’ kita.. wallahu a’lam bissawab.. 😔

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *