Lelaki Perempuan Sampah

Assalamualaikum.. Saya syar (bukan nama sebenar). Terima kasih kepada yg sudi baca jika luahan ini disiarkan. Saya skrg dalam keadaan yg sgt tertekan dan masih dalam proses move on kerana ditinggalkan kekasih. Mungkin ada yang ckp ek eleh tu kekasih je kot bkn bini and so on.

Okay, kika (nama samaran ex) ni seorang yang aku suka lepas dia yg approach kat aku. Aku seorg yg pemalu dengan prmpuan. Sblm berkenalan ngn dia aku tk pernah brcinta dengan mana2 perempuan. Berbeza dgn dia yg mana menukar pakwa ibarat menukar pakaian. Pada awal perkenalan kawan2 aku ramai yg larang utk aku meneruskan hubungan dengan dia. Tapi aku keras hati tanpa menerima pendapat kawan2 terus meneruskan hubungan dgn dia. Pada awal percintaan kan semuanya indah sahaja. Aku pulak pada waktu tu nk juga rasa mcm mana bercinta. Yela kan tak pernah bercinta kan dah tu masa tu aku plk dalam kesunyian kan.

Selepas 6 bulan bercinta, aku mengajak untuk berkahwin sbb aku tknk perkenalan aku ngn dia hanya sia2. Tapi hajat aku untuk berkahwin dihalang oleh mak dia. Dengan alasan supaya habis belajar dahulu. Aku menerima dengan hati yang terbuka dan aku rasa aku tk perlu terburu buru dalam hal ini. Selepas drpd tu hubungan kami terjalin seperti biasa. Masa cuti sem, kami terpisah jauh kerana kampungnya di seberang laut china selatan dan kampungku di semenanjung je.

Masa cuti ni aku buat la keje sampaikan aku tkde masa untuk menghubungi dia. Aku kerja mcm lembu sbb nk kumpul duit untuk dia jgk. Masa aku bekerja dia contact aku untuk putuskan hubungan dengan alasan aku tiada masa untuk dia dan hubungan ni tidak direstui keluarganya. Masa tu aku down teruk dan masih memujuk dia sbb aku tahu masih ade harapan untuk mengejar cintanya kembali bila naik sem nnti.

Bila masuk awal sem aku jumpa dia dan pujuk dia elok2. Akhirnya dia terima aku semula dan mengakui kesalahannya. Aku terima dia seadanya. Selang beberapa hari kami kembali bersama, aku sengaja melihat phone dia dan aku nmpak dia bermesej sayang2 dengan ex kekasihnya. Masa tu tangan aku terketar ketar bila baca. Aku amik masa untuk aku tenangkan fikiran dan dia merayu supaya aku memaafkannya. Akhirnya aku kalah dengan rayuannya kerana aku terlalu menyayanginya.

Semasa zaman kami belajar, kami bnyk luangkan masa bersama dan macam2 pengorbanan yang aku lakukakn untuk dia. Nak tulis pon tak hbis. Kawan2 aku nmpak aku bodoh sbb terlampau bnyk tolong dia. Tapi masa tengah angau kan, lautan api pon snggup ku redahi.

Akhirnya kami tamat belajar bersama sama. Kami kembali pjj seperti sedia kala. Lepas dua minggu pjj aku nmpak perubahan dia. Tak lama lepastu dia menyatakan hasrat untuk putus lagi buat kali kedua. Alasan yang sama sbb keluarga tidak direstui dan sbb dia tak suka aku yang selalu tegur dia demi kebaikan dia. Dia ni seorg yg social life tinggi berbeza dengan aku. Aku didik dia slow2 masa dia dgn aku. Aku pon jatuh di tempat yang sama buat kali kedua. Pada hari dia putuskan aku, dia terus ckp kat aku yg dia dh get back ngn ex pakwe dia.

Aku tak tahu selama aku kat U aku ni hanya seorang hamba dia atau aku ni dia betul2 syg. Dia janji mcm2 untuk kami kekal bersama tapi akhirnya dia masih lagi dengan ex dia. Dah berbulan bulan kami putus tapi dia masih berlegar legar dalam ingatan aku. Aku sgt lemah dalam bercinta kerana aku sgt setia kepadanya. Entahla, kat dunia ni jika kita terlampau baik kita akan dipijak. Jika buat jahat dipandang hina. Sampai skrg aku masih takleh move on tapi masih berusaha untuk move on. Salah satu faktor yang aku beria untuk taknak putus krn untuk mempertahankan maruah dia. Aku seorg yg bertanggngjawab.

Okay dah la. Nnti kalau luahan aku ni dapat sambutan aku akan sambung plk part ni. Doakan aku dpt move on dengan jayanya.. Thanks kerana sudi membaca.

– Syar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *