Lelaki Perlu Jadi Seorang Yang Bertanggungjawab

Assalamualaikum admin, terima kasih banyak-banyak andai post aku di update, ni kali ketiga aku submit sebab kali pertama & kedua kena reject, aku banyak perbaiki dari segi common sense supaya tak menunjukkan aku ni terlalu biase dengan mana-mana pihak, tujuan aku post ni adalah nak berkongsi separuh daripada kisah hidup keluarga aku supaya dapat dijadikan ikhtibar dan pengajaran, kepada pembaca andai yang mengenali aku, tahu-tahu sendiri lah ya. Ada fakta terpaksa aku ubah supaya tak kelihatan terlalu menonjol kepada keluarga aku.

Untuk kali yang keberapa kali mak aku asyik berleter sebab penat jaga tok wan aku, untuk pengetahuan pembaca, tok wan aku ada penyakit separa amnesia (aku tak sure istilah medic dia apa) tapi amnesia tok wan aku ni lebih kepada ingat peristiwa-peristiwa lama seperti zaman dia hidup waktu pendudukan Jepun dulu dan seangkatan dengannya. Peristiwa yang present tense, dia akan cepat lupa, sekejap-sekejap dia lupa siapa mak aku, dia lupa siapa ayah aku, kadang-kadang aku pun dia tak kenal dan kadang-kadang dia dah makan pun dia lupa. Yang mak aku selalu bising tu sebab tok wan aku ni jenis suka tanya banyak kali soalan tu sedangkan baru sekejap tadi dia dah tanya, maklum lah dia sendiri lupa apa dia tanya. Memang penuh kesabaran untuk jaga, tapi memikirkan tanggungjawab jadi kami sekeluarga jaga.

Tu bukan point penting dekat sini, itu baru mukadimah. Aku nak cerita mengenai bapa saudara aku sebenarnya lebih mesra kami panggil Pak Ngah. Mak aku adalah anak sulung, kemudian diikuti dengan Pak Ngah aku, dan Pak Su aku. Mereka 3 beradik. Secara ringkasnya mak aku guru tapi bersara awal sebab ayah aku buat business, Pak Ngah aku pulak kerja di syarikat gali minyak terkenal di Malaysia dan Pak Su aku seorang jurutera. Antara mereka bertiga, Pak Ngah aku paling kaya dan berjaya berbanding mak dan pak su aku. Pak Ngah aku menetap di ibu kota. Lupa nak bagi tahu, umur mak aku dan Pak Ngah serta Pak Su aku adalah 50+++ an keatas masing-masing, dah nak masuk 60 an.

Pak Ngah aku cerai hidup dengan isteri lama, yang dia dah hidup lebih kurang 30 tahun lebih bersama, hasil daripada perkahwinan dengan Mak Ngah aku yang pertama, dia dikurniakan 3 orang anak. Tetapi ditakdirkan anak bongsu mereka, yang berumur 23 tahun (sama umur aku) ditakdirkan autisma. Tahap autisma sepupu aku boleh dikatakan tahap yang aggresive jugak sebab suka cederakan orang dan susah untuk handle. Jadi sebab Pak Ngah aku seorang yang kaya dan berharta, dia gajikan pengasuh peribadi kepada sepupu aku. Mak Ngah pertama aku seorang yang sangat baik dan penyabar. Tapi sepanjang tempoh perkahwinan, Pak Ngah aku tak pernah nampak, dia leka dengan dunia, sibuk dengan hobi golf dia, sibuk bergaul dengan dato datin dan orang atasan. Secara jujurnya dia memang tak terlibat dengan aktiviti kekeluargaan kami atau keluarga mertua dia, kami cuma nampak batang hidung bila raya, tu pun 1 kali balik 3-4 tahun.

4-5 tahun lepas Pak Ngah aku kantoi kahwin 2, tak dinafikan isteri kedua dia lawa macam model. Umur 30 an, warganegara asing. Perempuan tersebut janda, anak 2 dan hasil perkahwinan dengan Pak Ngah aku, mereka dikurniakan lagi 2 anak. Klimaks cerita terjadi apabila Pak Ngah aku terpaksa diberhentikan kerja dengan pampasan 1 juta. Sekarang dah 2 tahun Pak Ngah aku menggangur dan hidup dengan hasil pampasan serta tabungan dia, memang tabungan dia banyak, tapi komitmen dia juga sebanyak beserta penyelenggaraan isteri dia. Aku bukan nak burukkan isteri dia, tapi isteri dia tak bekerja dan cara hidup melebihi orang yang bekerja. Mungkin ada pembaca akan kata aku dengki, tapi secara lahiriahnya bukan dengki sebab bagi aku Pak Ngah aku ni tak bertanggungjawab atas hal yang wajib seperti lepas tangan daripada jaga anak dia yang autisme dan lepas tangan daripada jaga tok wan aku. Jaga hubungan kekeluargaan jauh sekali.

Berbalik pada tok wan aku, tok wan aku boleh dikatakan hidup seperti bola selepas kematian opah aku. Sebulan duduk dengan Mak aku, sebulan dengan Pak Su aku, sebulan lagi dengan abang aku (memandangkan abang aku cucu sulung dan dulu tok wan aku jaga dia, jadi dia nak balas jasa tok wan aku lah dengan jaga tok wan aku balik). Masa pertama kali opah aku meninggal, 3-4 bulan jugak tok wan aku duduk dengan mak aku sebab sesiapa pun tak nak pikul tanggungjawab jaga tok wan aku. Aku rasa tanggungjawab untuk menjaga ibu bapa adalah tanggungjawab anak lelaki berbanding anak perempuan.

Aku nak masuk bab harta pusaka pulak, disebabkan tok wan aku dah tak duduk rumah dia lagi, jadi semua sepakat untuk jual tanah dan rumah tersebut. Kawasan rumah tok wan aku memang kawasan dah membangun dan boleh capai harga jutaan ringgit jugak walaupun rumah kayu lama shj. Korang boleh bayangkan macam mana perasaan kami sekeluarga bila Pak Ngah aku yang tak pernah datang tunjuk muka, tapi datang semata sebab nak tuntut harta bahagian dia tapi jaga tok wan aku tak nak. Asyik bagi alasan kononya dia nak jaga anak dia autisme, dia kata kami semua tak faham sebab tak ada anak autisme (padahal mak aku sebenarnya ada cucu autisme which is anak kakak aku).

Disebalik cerita Mak Ngah pertama aku, Mak Ngah pertama aku ni rapat jugak dengan mak aku. Dia call mak aku beberapa bulan yang lepas, katanya Pak Ngah aku dah tak mampu nak gajikan pengasuh peribadi untuk sepupu aku yang autisme tu sebab dia perlu biaya komitmen yang lain seperti rumah baru dia, kereta mewah berbiji biji, sekolah swasta anak tiri serta anak dia dan lain-lain lagi. Mak Ngah pertama aku cakap yang Pak Ngah aku nak suruh Mak Ngah aku ambil dan jaga sepupu aku yang autisme tu sebab dia cakap tu anak Mak Ngah aku. Mak Ngah aku bukan tak nak jaga, tapi sepupu aku memang aggresive dan Mak Ngah aku ni pun sakit. Aku rasa Mak Ngah aku dah berpenat lelah lahirkan zuriat bagi Pak Ngah aku, tapi Pak Ngah aku lepas tangan ja nak jaga anak sendiri, tapi anak orang boleh pulak dia jaga.

Secara kesimpulannya, aku tak menentang pun Pak Ngah aku ni kahwin lain, tu hak dia, cuma tindakan dia menyusahkan semua pihak. Ramai orang susah gara-gara dia kahwin dengan perempuan warganegara asing tu. Aku pun tak faham Pak Ngah aku ni, isteri pertama punya lah baik bertudung, tertib, sopan tapi pilihan yang jenis duniawi jugak menjadi pilihan. Tapi aku tak boleh lawan takdir tuhan lah if satu hari nnt isteri dia berubah. Sekadar pengajaran, tolong lah kalau nak berkahwin lain, atau poligami sila faham apa itu erti tanggungjawab dan adil. Kadang-kadang bukan dari isteri-isteri ja, faktor lain seperti kaum kerabat-kerabat pun tolong lah ambil kira. Aku harap sangat admin approve cerita aku ni sebab penat aku karang panjang-panjang dan aku harap lelaki-lelaki di luar sana sedar lah tanggungjawab yang sepatutnya korang pikul bukan lepas tangan. Terima kasih sudi luangkan masa baca confession aku.

– Alia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit