Assalamualaikum. Tajuk ini adalah persoalan yang sampai sekarang sukar sampaikan. Harap pembaca dapat memberikan komen yang jujur berlandaskan agama masing masing. Saya tidak mahu komen ikut hati.
Lelaki pilih isteri dan perempuan pilih suami. Sebenarnya banyak situasi yang boleh dikaitkan tapi mengenai perempuan yang dinikahi tapi perempuan itu free hair (muslimah), berpakaian tapi menjolok mata, tiada ciri muslimah langsung di pakaian. Tapi dinikahi jua si lelaki.
Berpositif juga. Mungkin si suami mahu mendidik isteri selepas bergelar suami isteri. Namun bertahun tahun isteri masih free hair. Pakaian makin seksi.
Anak ada tapi tidak berubah juga. Suami juga seperti menyokong isteri. Suami berseluar pendek. Berambut merah. Saya bukan mahu menilai dari pakaian tapi tidakkah muslimah wajib menutup aurat.
Adakah suami isteri ini mahu masuk neraka sama sama (ayat agak kasar). Bukan masalah menutup aurat tak semestinya baik, buka aurat tak semestinya tak baik. Tapi persoalanya dosa atau tidak buka aurat? Adakah dengan colour rambut diterima agama?
Perempuan juga masa memilih lelaki. Adakah hanya menilai rupa paras dan dompetnya. Tidakkah terfikir mahu dapat suami yang jaga solat. Selamat dunia dan akhirat.
Kata cinta. Masakan mahu masuk neraka kerana cinta. Saya dah nasihat isteri saya (suruh menutup aurat) tapi dia degil.
Adakah lelaki jadi takut, takut ditinggalkan, takut bini jadi tak lawa bila tutup aurat, lelaki kalau tidak mahu menasihati isteri dosa kamu tanggung. Isteri yang baik akan menurut dirimu. Didik lah dia ke agama allah.
Isteri juga jangan merasa selesa. Kerana jika kamu sendiri masih mahu berpakaian ahli neraka tidak mungkin orang lain yang menanggung dosa kedegilan mu.
Awak ni siapa nak nerakan orang. Awak bukan Tuhan? Itu adalah ayat orang yang tidak tahu agama, sudah dikatakan dalam al quran. Menutup aurat adalah wajib berdosa tidak dilaksanakan.
Selepas ini akan ada komen liberel islam bahawa menutup aurat bukan wajib asalkan baik.
Dalam hati masing masing tahu yang berdosa tapi masih angkuh melawan perintah Tuhan.
Saya menulis bukan kerana saya sempurna. Tapi saya risau bila keadaan sekarang muslimah tenat. Kurang didikan agama, bangga tayang aurat, tayang maksiat, kecantikan yang sementara.
Wahai lelaki jadilah iman yang baik agar dirimu dapat membimbing para isteri dengan solehah.
Mesti akan ada yang panas kerana tidak menutup aurat dan masih mempertahankan tindakan mereka seolah tidak berdosa.
Sudahlah nafikan perkara itu.
Ya ada sahaja orang sangat jahat tapi berpakaian tutup aurat. Tapi ingatlah. Menutup aurat tak semestinya baik. Tapi yang baik semestinya menutup aurat. Dan buka aurat sudah semestinya dosa.
– Anugerahcinta (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit