Lelaki Predator

Hi… Aku ingin mulakan coretan di laman ini dengan harapan pembaca doakan aku even selepas membaca pengakuan aku ini.

Muktakhir ini, aku perhatikan, lebih banyak mengadu, meminta pendapat atau menyalahkan pasangan berbanding pengakuan di laman ini. Jadi aku ingin kembali semula kepada ‘pengakuan’ yang sebenarnya.

Ya, pengakuan tentang kesalahan dan khilaf dalam diri ini yang aku ingin sangat perbetulkan, tetapi ianya adalah mustahil.

Aku seorang lelaki yang biasa, tidak kacak dan tidak kaya. Sederhana. Tapi aku ada satu kelebihan yang aku gunakan dengan sangat tidak wajar. Aku seorang yang pandai kelihatan baik di depan manusia dan bijak bermulut manis.

Dengan kelebihan aku ini, aku telah banyak melukakan hati wanita- wanita yang baik dan merosakkan maruah mereka.

Sejak aku student di ipta, aku berkenalan dengan ramai wanita dan aku berani katakan, hampir kesemuanya telah aku rosakkan.

Aku tidak mengira sangat, asalkan pada mata aku wanita tersebut menarik dan dia rela, aku akan jadikan mangsa. Modus operandi ku sangat mudah, berkawan, bercinta, beri perhatian, ayat manis, janji akan bersama selamanya.. pasti mahkota wanita tersebut aku akan miliki.

Ya.. aku sangat jijik… Walau sebaik mana pun wanita tersebut, sekuat mana pun dia cuba mengelak, selalunya aku berjaya memujuk ke arah maksiat dengan kelebihan dan modus operandi yang aku sebutkan tadi.

Aku buat kira-kira mudah di dalam kepala, rasanya sejak pertama kali aku merasai maksiat ini, aku telah ‘bersama’ dengan lebih dari 30 orang wanita. Dahsyat kan?

Dan aku tak pasti bagaimana untuk meminta ampun kepada mereka semua. Bayangkan, pernah dalam suatu masa, aku ada 7 orang kekasih dalam suatu masa. Dan kesemuanya pernah aku tiduri.

Aku pun tidak pasti kenapa aku sangat mudah dipercayai dan sangat mudah untuk aku mendapatkan kesucian mereka semua.

Namun ,pada masa itu aku hanya inginkan keseronokan dan aku hanyut dalam kenikmatan. Aku rasa aku lah lelaki yang paling hebat bila mereka semua menjadi mangsa aku.

Aku tidak pernah tinggi suara, aku tidak pernah pukul mereka, tidak pernah memaksa melakukan apa yang mereka tidak mahu dan aku tidak pernah sengaja menyakiti hati mereka. Mungkin ini menyebabkan mereka mudah percaya dan memberikan aku segalanya.

Aku tak pernah kikis harta mereka, aku berikan kasih sayang dan perhatian. Cumanya, apabila aku sudah bosan atau jumpa target baru, aku akan putuskan hubungan dengan tiba- tiba dan sengaja cari alasan untuk berpisah.

Aku lukakan hati mereka dengan sangat dalam (melalui kata-kata dan tindakan) dan aku macam tak kisah. Aku tak peduli pada mereka lagi. Asalkan mereka putus asa dan tidak mencari aku lagi. Hm.. maafkanlah aku..

Cuma ada satu sahaja wanita, yang aku sangat cintai dan aku tidak pernah cuba untuk menyentuh wanita tersebut. Walaupun kalau aku gunakan cara biasa, aku pasti dapat merenggut mahkotanya seperti biasa.

Tapi mungkin benar apa yang telah dijanjikan, lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik dan sebaliknya. Aku tidak dapat bernikah dengan wanita yang tidak kusentuh itu, tapi entah bagaimana aku ternikah dengan bekas orang.

Walaupun begitu, aku amat menyayangi isteriku ini dan aku tidak pernah ungkit kisah silamnya. Aku juga berharap kisah silamku tidak akan dia tanyakan.

Aku juga tidak pernah curang selepas bergelar suami dan aku elakkan sebolehnya jika ada wanita lain yang ingin mula mendekat.

Kini aku dikurniakan dua orang anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Di sinilah aku mulai menjadi sangat risau. Anak perempuan aku.

Bagaimana kalau dia bertemu lelaki seperti aku bila besar nanti? Apakah anakku akan menerima nasib buruk atas kesalahan dan khilaf aku selama ini?

Pesan aku kepada wanita di luar sana agar terhindar dari lelaki predator sepertiku ini.

1. Jangan termakan janji palsu lelaki. Ayat manis dan prihatin seringkali dijadikan modal untuk membuat wanita percaya, lalu diambil kesempatan.

Wajah lelaki predator tidak semestinya tampan, cukup dengan wajah yang nampak baik dan alim, itu sudah cukup untuk menjerat.

2. Walau apa pun yang dikatakan pasangan kekasih anda, tak kira seberapa sayang anda kepada lelaki tersebut, jangan berikan mahkota anda selagi belum halal.

3. Lelaki predator sangat pandai memujuk. Dia tidak memaksa, pandai ambil hati dan pupuk kepercayaan anda. Sila kuatkan iman dan prinsip anda.

4. Jangan sesekali keluar berdua. Lelaki predator ini banyak akal dan akan sentiasa mencari peluang untuk melakukan maksiat. Di mana pun anda, ketahuilah anda tidak selamat jika keluar berdua-duaan.

5. Kekal tegas. Lelaki jenis ini sangat penyabar. Dia akan betul2 buat kalian rasa selesa sebelum memulakan langkah. Jadi,kekal tegas dengannya dan jangan berlembut agar anda tidak menjadi mangsa.

Entahla, banyak lagi yang aku ingin katakan, tetapi terasa macam kelakar pula lelaki macam aku ini ingin menasihatkan kalian.

Hm.. doakan aku, please? Sebab dosa2 aku pada wanita-wanita itu mungkin tidak terampun (dosa dengan manusia), dosa dengan tuhan telahpun sedaya-upaya aku mohon keampunanNya.

Namun tolong doakan agar anak aku tidak menjadi mangsa lelaki predator jijik seperti bapanya ini.

Sekian…

– Yang jijik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. TIAP PERBUATAN ADA KIFARAHNYA.ZINA TU HUTANG YA.HUTANG KPD WANITA YG KAU DAH RAGUT MARUAH DORANG.

    hidup kau terus terusan dilaknat selagi mangsa tak maafkan ko.

    Ko igt perempuan senang2 nak maafkan ?Tak…luka di dalam hati mrk berbekas walaupun dah kahwin dgn org lain.

    Anak ko next akan terkena KIFARAH.

    Msa tu ko akan faham rasa sakirnya bila lelaki permainkan maruah anak ko kelak.

  2. Kau kena tau sesuatu. Kebanyakan perempuan yang mudah jatuh ke tgn lelaki ni adalah mereka² yg kurang dpt kasih syg bapak diorg sndri. Tak pernah dimanjakan bapak sndri. Tak pernah didengari bapak sndri. Hadirnya bapak diorg hny sbg tukang beri nafkah dan penderma sperma je dlm keluarga setiap perempuan tu. So..kau didik anak kau. Kau manjakan anak kau sebaiknya supaya dia tak haus kasih syg lelaki haprak kat luar nnt. Kau yg kena doakan anak kau. Bkn kami netizen² ni. Mintak pd Allah supaya anak² kau dilindungi. Kau didik anak lelaki kau jgk utk lindung adik/kakak dia. Didik anak lelaki kau supaya x jadi mcm kau masa muda². Kau pun kena taubat. Walau sukar hidup kau lps ni sbb masih ada dosa sesama manusia, tp sekurang²nya kau try la buat yg terbaik utk anak perempuan kau. Aku doakan urusan kau dipermudah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *