Assalamualaikum, saya Dahlia (bukan nama sebenar) first time nak meluah kat sini and nak mintak pendapat semua pembaca. Maaf kalau ayat tak tersusun sebab tak pernah menulis macam ni..
Saya tak pukul rata semua lelaki, tapi sekarang ni memang lelaki tak puasa tu benda yang biasa ke ye?
Saya kenal dengan suami dari zaman belajar lagi dan memang saya tau dia seorang smoker tapi lepas kawin dia dah berhenti. Bab puasa pun saya tau yang dulu memang ada culas nya.
Tapi bila lepas kawin and wfh, puasa penuh sebab kat rumah je kan. (Saya still pilih dia even tau semua tu sebab konon dengan harapan dia boleh berubah)
Cuma baru baru ni dia start work from office lepas dah bertahun work from home.
Luluh hati saya bila kantoi dia isap pod pulak sekarang. And latest untuk bulan puasa tahun ni saya dapat tau yang dia tak puasa.
Ramai jugak lelaki kat office tu yang tak puasa siap boleh order makanan and ajak lepak isap pod??? Dia tak tau yang saya tau pasal benda ni. Rasa hancur ye hati..
Kami dah ada anak and alhamdulillah start tadika memang dah ajar puasa and alhamdulillah memang anak seronok dapat puasa lagi tahun ni.
Cuma bila dapat tau yang suami saya tak puasa rasa macam lemah sangat ke ye sampai puasa pun tak boleh nak tahan. Kuat sangat ke dugaan rokok and pod ni?
Suami saya alhamdulillah bab lain semua dia okay. Nafkah tiptop memang tak pernah berkira or culas. Cuma bab puasa, pod and rokok ni.
Gaduh tak jalan, cakap elok-elok tak jalan. Apa lagi yang patut saya buat?
Boleh buat report ke pasal benda ni, hahaha saya buntu.
Ada sesiapa yang boleh suggest kan something? Sedih lah..
Thank you ye semua yang sudi baca sampai habis. Assalamualaikum..
– Dahlia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Mungkin dia juga culas menjaga solat. Ramai sahaja di luar sana merokok tetapi tidak pernah ponteng puasa.