Sekadar meluahkan. Jika ada pandangan, saya alu2kan.
Saya seorang gadis yang ceria. Mudah terhibur. Suka berkawan dengan sesiapa sahaja.
Berusia 26 tahun dan masih single. Ada master dari universiti tempatan.
Satu hari saya terpandang ig seorang laki2. Berperwatakan menarik dan ada banyak “mutual friends” antara kami. Saya tertanya2. Siapakah dia… banyak kawan2 dia yang saya kenal.
Saya namakan dia Iman, bukan nama sebenar. Begitulah permulaan kisah kami.
Mula2 saya follow IG Iman. Dia terima. Esoknya Iman follow back.
Saya mulakan pertanyaan. Persoalan demi persoalan yang akhirnya merungkai segalanya .
Kami pernah belajar di SBP yang sama. Iman dari tingkatan 1 hingga 3. Saya dari tingkatan 4 hingga 5. Berselisih.
Bila terlalu banyak cerita yang ingin dikongsi, saya cadangkan satu pertemuan.
Pagi itu kami berjanji untuk bertemu di hadapan sebuah restoran fastfood. Iman bagi tahu kereta dia dan saya berjalan kearahnya.
Iman keluar dan membuka pintu keretanya untuk saya. Sebaik saya duduk dia menutupkan pintu. Kemudian dia menghulurkan sejambak kecil bunga. Ada ros merah tiga kuntum dan babys breath.
Saya tahu yang saya terus jatuh cinta.
Kami pergi mall, jalan2 dan makan2. Saya rasa bersalah kerana Iman belanja semua. Nak jer saya tolong bayar tapi Iman tak bagi.
Lewat petang, Iman hantar saya ke kereta. Kami sempat singgah di surau untuk solat magrib.
Bila kereta Iman parking di sebelah kereta saya, berat hatinya untuk melepaskan saya pergi. Saya dapat rasakan apa yang dia rasa.
“Tak apa. Kita boleh jer berbual sampai pukul sembilan baru saya balik. Nanti ibu risau”. Saya cuba meyakinkan Iman.
“Lepas ni adalah orang yang saya nak col sebelum tidur” ringkas sahaja kata2 Iman.
“Col kat ig ke…” saya usik dia. Kami belum bertukar nombor telefon lagi sebenarnya.
Iman lantas mengambil telefon saya dan menaip sesuatu.
“Nah, ini nombor saya. Simpan yer. Nanti buat misscol”. Allahu. Tak pernah saya rasa sebahagia ini. Sumpah.
Malamnya hubungan kami bersambung di telefon. Cerita tentang guru2 atau rakan2 di SBP yang kami sama2 kenal.
Iman kata, “laki2 suka pandang awak seolahnya saya tidak wujud”. Ada nada cemburu di situ. Saya pula rasa sebaliknya. Saya juga cemburu.
Siapa jer yang tak jatuh cinta pada laki2 sehebat Iman.
“Awak ada baca apa2 ke” . Soal Iman pada pertemuan pertama itu.
“Kenapa”. Saya membalas soalannya dengan soalan ringkas.
“Sebab saya dah jatuh cinta pada awak. Entah kenapa, saya sangat sayangkan awak”.
“Saya pun sama” tapi kata2 saya hanya di dalam hati. Tidak terluah. Saya gembira dan bahagia. Sangat2.
Iman pandai memulakan perbualan. Bersamanya saya rasa selesa dan selamat.
Dia tak pernah buat saya rasa curiga. Kalau dia memandu, sayalah yang akan pegang henfon dia sama ada untuk tengok waze atau tukar lagu.
Pernah satu malam, ketika itu saya di rumah sewa. Rasa nak demam dan sakit kepala. Saya col Iman bagi tahu dia yang saya nak pulang ke rumah ibu. Tak jauh pun, dalam satu jam berkereta.
“Awak tunggu saya datang tau. Jangan balik lagi. Saya siap2 jap. Dalam 20 minit saya sampai”. Ada kerisauan di dalam suaranya.
Tak lama kemudian, Iman whatapps “Sayang, saya dah sampai. Ada kat lif ground floor”.
Saya turun ke bawah dan nampak Iman dengan jaga. Kami ke parkir.
“Sayang… mana kereta” saya tanya.
“Naik grab. Akses kad ada dalam kereta yang abang pakai”.
“Ya Allah sayang. Saya menyusahkan awak betul. Kalau tahu tadi, saya tak bagi awak datang”. Ada nada kesal yang tak terluahkan. Rasa bersalah tiba2 menyelinap ke dalam jiwa.
Betul, saya sangat sayangkan dia. Saya sangat perlukan dia tetapi saya tak mahu menyusahkan dia. Bukannya dekat. Lima puluh jugakla dia bayar.
Kami berjalan melintasi pondok jaga terus ke parkir. Macam biasa, Iman bukakan pintu. Kali ini dia baringkan seat.
“Tidur dulu. Sayang kan sakit kepala. Biar saya drive. Dah sampai saya panggil”.
Iman mencari kedai mamak berhampiran kondo dia untuk makan walau pun dah hampir 10 malam.
Selesai makan, saya bagi kad debit pada Iman… “biar saya belanja kali ni. Please..”
Tak lama Iman pergi dia datang semula ke meja.
“Nape tak bayar …” tanya saya.
“I love you”. Eh, itu pulak jawapan dia. Main2 betul lah dia ni. Saya senyum sendiri.
Iman kemudiannya bayar apa yang kami makan dan saya mengekorinya.
“Lawakla sayang ni. Mana boleh guna debit kad kedai mamak”. Iman senyum.
Manalah saya tahu. Malu pulak rasa… tiberr.
Kami berbual seketika, saya hantar Iman pulang. Kemudian saya terus memandu ke rumah ibu.
Setiap malam Iman akan col sehinggalah sampai waktu untuk ‘discord’ (sleep call) dan tidor.
Pernah tengah malam, Iman col saya hanya kerana saya hilang dari ‘discord’. Saya yang dah lena terus terjaga.
“Sayang gi mana. Saya risau tau tiba2 sayang hilang”. Terdengar suara Iman dihujung talian.
“Ooh… mungkin wifi terputus kot sebab ayah tutup. Data pulak teroff”. Balas saya dalam keadaan mamai.
Beberapa ketika kemudian, terdengar dengkuran Iman. Lena dah dia… fikir saya.
Begitulah Iman. Sentiasa ingin pastikan yang saya ada bersama.
“Saya perlukan dua tahun untuk stabilkan ekonomi dan ambil sayang sebagai isteri. Saya janji…”. Iman meyakinkan saya.
Saya senyum mengiyakan sebab kata2 itu membahagiakan.
Setiap hari ada sahaja selfie yang Iman kirimkan untuk memaklumkan aktiviti dia.
Iman juga sangat suka mengirimkan text yang panjang lebar meluahkan rasa rindu dan kasih dia. Biasanya dalam bahasa Inggeris.
Dah macam essay, detik hati kecil saya.
Ayat2 yang dia gunakan berbunga2, ejaan pula penuh tanpa ‘shortform’. Benda2 simple beginilah yang menambahkan rasa kasih saya pada dia.
Saya jatuh cinta pada Iman, berkali2.
Sebenarnya kami sama2 ada master. Pemikiran kami sekufu. Perbualan kami juga selalunya dalam bahasa Inggeris. Rasa lebih selesa, barangkali.
Iman umpama malaikat yang menjaga saya. Sepanjang masa.
Perkenalan yang singkat itu akhirnya diduga. Iman perlu ke UK untuk majlis konvokesyen. Sebenarnya dia lulusan master di sana.
Ibu ayah Iman dah enam bulan berada di sana. Kakak Iman berkahwin dengan orang UK dan menetap di sana.
Sehari sebelum Iman berlepas, kami bertemu. Saya bayarkan untuk ‘fine dining’ demi kasih dan cinta yang teramat buat laki2 sehebat Iman.
“Sayang jangan lupakan saya tau. Sayang balik tau” itu sahaja yang mampu saya katakan. Dada terasa sesak. Sebak teramat.
“Mestilah cinta. Saya janji nanti kat sana kita buat video call ok. Saya kat sana tak lama. Dua minggu jer.”
Beratnya hati saya untuk melangkah keluar dari kereta Iman. Ada rasa yang menghantui fikiran saya ketika itu.
Saya menangis. Iman juga menangis. Kemudian dia hantar saya ke kereta, bukakan pintu dan saya terus memandu pulang.
Satu ketika Iman pernah menceritakan tentang rasa kecewanya pada keluarga.
“Mama kecewa bila saya tak dapat straight A untuk SPM. Tapi saya faham. Sebab kakak dan abang saya sangat excellent dalam pelajaran”.
Saya hanya menjadi pendengar setia yang cuba memahami. Apa tah lagi saya adalah seorang kaunselor.
“Time degree pun saya tak perform sangat. Tak pernah dapat anugerah dekan. Nasib saya tak pernah baik”. Ada rasa kecewa yang terpendam jauh di lubuk hati Iman.
Saya cuba mengesahkan apa yang dia rasa. Iman tak salah bila ada rasa begitu. Cumanya bagaimana cara dia menangani apa yang dia rasa, itu penting.
“Sebab tu konvo time degree saya tak pergi. Malu rasanya nak susah2kan mama sampai ke Johor untuk majlis konvo tu”. Iman terus meluahkan apa yang dia rasa.
Berbeza dengan ibu ayah saya. Asalkan saya dapat degree, mereka meraikannya dengan rasa syukur. Mereka tetap merasa bangga dengan saya walau berapa pun cgpa saya ketika itu.
Iman tak putus asa. Dia minta daddynya sponsor untuk buat master di UK. Dia nak buktikan pada mama yang dia akan lulus cemerlang.
Berkat usaha yang berterusan, akhirnya Iman lulus dengan keputusan paling cemerlang. Tibalah masanya mama, daddy, abang serta kakaknya meraikan majlis konvo Iman.
Pada hari Iman berlepas, dia hantar selfie pada setiap kesempatan yang ada. Di lapangan terbang, di dalam pesawat juga selepas mendarat di sana.
Tapi…
Pada hari konvonya, hanya satu video sahaja yang Iman hantar. Tiada gambar… tiada kata2 … tiada pesan… semuanya tiada.
“Ada yang tak kena ni”. fikir saya. Iman dah lupakan saya ke… Iman dah ada orang lain ke… Iman tak rindukan saya ke… saya tertanya2.
Sehinggalah saya perasan yang Iman dah block ig saya. Begitu juga kakak dia. Tapi… Kenapa kakak dia block saya… kami tak pernah kenal. Atau mungkin Iman ada cerita apa2 tentang saya… cerita yang memburukkan saya.
Iman dah bencikan saya ke… tapi whatsapp tak block pun. Sangat menghairankan sebenarnya. Iman dah berubah 360 darjah.
Satu malam, saya berkesempatan untuk whatsapp Iman. Ada banyak soalan yang memerlukan jawapan. Lama juga kami berbual melalui whatsapp.
“Saya dah buat keputusan muktamad. Kita tak boleh teruskan. Saya minta maaf kerana memungkiri janji”. Begitu penjelasan Iman. Semudah abc.
“Awak dah ada orang lain ke… tak apa. Bagi tahu sahaja. Saya boleh terima” ringkas saya meyakinkan dia.
“Wallahi… ini bukan sebab ada orang lain ke apa. Saya cuma nak bersendiri. Saya takut tak dapat tunaikan janji untuk kahwin dengan awak selepas dua tahun. Buang masa jer awak tunggu saya”
“Awak tak sayang saya ke”
“Sayang… saya masih sayangkan awak. Percayalah. Saya percaya yang awak boleh dapat orang lain yang lebih baik”.
Kalau sayang kenapa berpisah. Tak faham saya. Sakit kepala saya memikirkannya. Sumpah saya bingung.
“Habis selama ni awak bohong saya. Apa yang awak cakap, apa yang awak tulis panjang lebar tu semuanya bohong. Tak ada makna apa2 pada awak. Macam tu..” saya menaip sambil menangis. Sedu sedan saya manalah Iman tahu. Dia jauh.
“Sayang… saya maksudkan setiap apa yang saya tulis. Apa yang saya kata. Saya senang dengan awak. Setiap kali ada sesuatu yang nak dikongsi, saya teringatkan awak. Saya akan pergi kepada awak macam anak kecil mencari ibunya untuk bercerita”.
“Kalau awak juga sayangkan saya, tolong lepaskan saya… saya nak bersendiri. Manalah tahu, kalau ada jodoh nanti mungkin kita akan bertemu lagi. Jodoh takkan ke mana kan…”
Saya terkedu. Terkesima. Terkejut. Semua rasa itu bergabung menjadi satu.
“Selamat tinggal sayang”. Iman mengakhiri perbualan.
Dan saya… menangis semahu2nya melepaskan apa yang menyesakkan dada. Saya perlu keluarkan segala rasa supaya tidak bersedeh terlalu lama.
Untuk kesekian kalinya, saya col ibu yang sedang lena untuk mententeramkan saya. Ibu yang tak pernah menghampakan saya. Ibu yang sentiasa meminjamkan bahunya untuk saya.
Malam itu saya tidur dalam hangatnya pelukan kasih ibu dengan air mata masih berjujuran.
Sejak itu Iman tidak lagi whatsapp saya. Kalau saya whatsapp pun dia tak balas. Nekad betul dia kali ini untuk meninggalkan saya.
Saya tetap nak jumpa dia sebab saya perlukan penjelasan. Saya nak dengar dari mulut dia. Baru puas hati saya.
Dua hari selepas pulang dari UK, Iman whatsapp saya untuk bertemu. Ada urusan yang perlu diselesaikan.
Saya tiba dahulu ditempat yang dijanjikan. Hati terus berdebar bila ternampak kereta Iman di pakir. Ada rasa marah yang menyapa tiba2. Ada rasa bimbang yang tak pasti kenapa.
Rasa diri dipermainkan. Rasa diri terlalu bodoh kerana terlalu cepat jatuh cinta.
Sebaik Iman menghampiri saya di kereta, segala rasa tadi hilang tiba2. Kenapa saya tak marah dia. Awalnya rasa nak sepak muka dia atau nak tumbuk dada dia. Biar dia tahu betapa sakitnya jiwa saya bila dikhianati.
Tapi saya diam tak terkata. Iman serahkan barang2 yang saya hadiahkan padanya sebelum berangkat ke UK tempoh hari. Perfume, gambar dan capibara. Dia letakkan di seat belakang. Semuanya lengkap.
“Dah lunch ke… kalau belum jom makan. Saya belanja”.
Saya berlagak dingin walau pun hati ini hanya tuhan yang tahu. Rindu teramat. Saya tahan air mata supaya jangan tumpah. Jangan nampak sangat yang saya ini lemah. Kami berjalan ke restoran.
Iman duduk dahulu. Saya sengaja biarkan ada kerusi di antara kami. Rasa janggal berdekatan. Tiba2 Iman bangun. Dia duduk di kerusi kosong sebelah saya.
Dia suruh saya pilih menu. Saya hanya menjawab acuh tak acuh. Hati saya sakit.
Lalu dia pilih dulu. Kemudian baru saya. Malas nak beramah macam dulu. Saya tumpukan pada telefon kerana ada rakan bertanya sesuatu.
“Whatsapp siapa tu” Iman mulakan perbualan setelah keadaan agak sepi.
“Member ni tanya pasal program kaunseling kat PPR minggu depan” saya jawab ringkas.
“Diorang tu perlu ke program macam ni” soal Iman lagi.
“Diorang tu memang perlukan saya untuk benda2 macam ni… yang tak perlukan saya tu, awak” saya menempelak. Iman terdiam. Terkejut dengan jawapan saya. Terasa mungkin.
“Saya sebenarnya bukan tak sayang awak tapi saya rasa tak layak untuk awak. Dengan rupa awak yang cantik, baik dan bijak, awak boleh cari siapa2 jer yang lebih baik dari saya”. Iman terus menyuarakan rasa hati dia.
Alasan… hati saya berkata2.
Saya hanya senyum pahit. Menzahirkan jawapan. Malas nak merayu. Malas nak cakap banyak. Saya ada maruah. Saya bukan perempuan murahan.
Saya dah tak peduli. Memang Iman hensem. Sangat2. Tinggi dan bergaya. Apa tah lagi memandu kereta mewah.
Kalau Iman dah tak nak. Biar dia pergi. Walau setinggi mana pun kasih saya pada dia, biarkan. Allah akan tentukan. Saya dah penat menyayangi orang separuh mati… namun tidak dihargai.
Saya teringat bagaimana Iman pernah merayu2 saya supaya maafkan dia pada satu ketika.
Masa tu saya rasa nak tinggalkan dia lepas ada insiden berlaku yang saya tak suka. Malamnya dia col dan saya abaikan sepanjang malam.
Esoknya, saya dapat text dari Iman. Panjang lebar.
“Maafkan saya, sayang. Bagi tahu saya apa yang saya kena buat untuk baiki keadaan ini. Dada saya sakit kerana banyak sangat menangis. Saya sayang awak sangat2…”
Bila saya kata dah maafkan dia, Iman hantar gambar dengan air mata berjujuran. Melihat laki2 kesayangan saya menangis, hati saya hancur.
Kalau lah saya tinggalkan dia masa tu…
Tentu sekarang saya tak sedeh.
Jauh saya mengelamun sementara menunggu makanan sampai.
Selesai makan, Iman bangun untuk bayar dan kami ke kereta saya.
“Nah, ini semua untuk awak. Saya dah bagi kenapa nak ambil balik”. Sambil saya hulurkan beg yang dia letakkan di seat belakang tadi.
Iman menolak tapi saya paksa dia terima. Akhirnya dia mengalah.
“Saya boleh terima dengan satu syarat”.
“Apa dia”.
“Awak simpan tau bunga yang saya bagi masa first time jumpa dulu. Jangan buang.” Pesan Iman.
“Saya dah letak atas almari. Tunggu masa nak masuk tong sampah”. Begitu jawapan saya.
Iman terdiam. Saya belajar untuk menyuarakan rasa kecewa yang teramat.
Kami berpisah di situ. Kali ini tiada lagi ucapan sayang seperti sebelum2nya. Rasa nak menangis tapi air mata dah kering. Hati rasa kosong.
Saya memandu pulang. Jiwa sedikit tenang walau pun lukanya sangat dalam. Pedih. Ingin menjerit sekuat2 hati tapi tiada suara yang keluar.
Baru sebulan berlalu. Kadang2 saya tersebut namanya depan ibu. Tanpa sengaja.
Anehnya saya rasa lapang. Saya cuba lupakan Iman. Cuba berdamai dengan takdir. Ini ketentuan tuhan. Mengapa perlu saya persoalkan.
Saya bersyukur kerana pernah merasai disayangi dan dihargai oleh laki2 sehebat Iman. Kehadiran Iman membuatkan saya lebih menghargai diri sendiri.
Dia menyedarkan tentang hebatnya saya di mata laki2. Saya harus kekalkan itu dan jangan mudah hanyut dengan cinta yang sia2.
Iman selalu pesan yang saya perlu cari laki2 setaraf saya… sebab saya cantik… sebab saya bijak… sebab saya ada kelas tersendiri … Bukan laki2 seperti dia yang selalu gagal dalam hidup.
Entah di mana gagalnya Iman, saya masih tak mengerti. Mungkin sebab dia masih belum punya kerjaya setaraf kelulusan dia (master), barangkali.
Walau pun bagi saya, kerjalah apa pun. Asal halal. Saya tak pandang itu semua. Tetapi tidak pada Iman. Dia lahir dalam keluarga yang ‘high achiever’.
Itu lah yang menjauhkan dia dari saya. Bukan sebab perempuan lain atau orang ketiga.
Begitulah kisah cinta saya yang tak kesampaian. Segala2nya berlaku dengan pantas. Dalam masa dua bulan sahaja.
Dan kini, saya masih sendiri walau telah ada laki2 hebat yang cuba mendekati.
Betul kata Iman, “awak mudah dapat pengganti”. Tapi hati saya belum terbuka lagi. Saya masih terluka.
Atau saya sebenarnya masih mengharapkan keajaiban tuhan untuk mengembalikan Iman kepada saya.
Entahlah….
Walau siapa pun jodoh saya, moga orangnya sehebat Iman. Mungkin bulan depan… tahun depan barangkali. Biar Allah tentukan.
– Wanita hebat (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit