Lelaki Serius Ajak Kahwin

Assalamualaikum semua. Nama aku Elle. Dah masuk 3 series pun dan sudah bekerja. Sepanjang aku study, ramai yang pesan cepat-cepatlah cari boyfriend. Nanti orang takut nak tackle sebab pangkat Dr. Dan ramai jugak cakap, bukan senang nak jumpa lelaki serious ajak kawin. Kalau ada tu, terima je lah.

Tapi aku sengih je sebab aku bukan sejenis yang rajin nak melayan rajuk, hati dan perasaan ni. Texting pun malas. Nak bercinta dengan buku pun kelam kabut, asyik nampak tilam bantal je. Zzzz.

Masa aku umur 19 tahun, ada yang ajak nikah gantung. Memang lah nampak islamic dan serious tapi… seriously??? Kami saling tak kenal, tak pernah bercakap pun. Dia suka aku pun pasal ‘cinta pandang pertama’. Kebetulan dia classmate roomate aku. Dia tak tau aku ni luar je ‘nampak senang di didik (bila aku question why?)’ padahal garang macam harimau and aku ada prinsip hidup aku sendiri. Pada aku, ada jodoh, ada lah nanti bila masing2 dah matang dan bersedia.

Selepas2 tu pun ada lah beberapa siri ‘lelaki serious’ yang menyatakan hasrat. Rupanya, tak susah nak jumpa lelaki serious ajak kawin dalam dunia ni. You just have to assess carefully and wait for the right one. Jangan kelam kabut terima just because orang tu ajak kawin.

Disclaimer: Aku tak lawa. Gelap. Tegas. Berpendirian. Manis tu ada sikit #doneperasan.

Ada lelaki serious ajak kawin dengan harapan kau boleh didik anak2 dengan agama. Padahal diri sendiri tak nampak usaha nak jaga agama.

Ada lelaki serious ajak kawin dengan harapan kau boleh jaga ibu bapanya yg uzur. Padahal dia sibuk berjimba dengan kawan2 serupa macam tak ada keluarga.

Ada lelaki serious ajak kawin dengan harapan senang ‘menumpang’ dan senang buat loan pasal kau penjawat awam atau kau bergaji besar.

Ada lelaki serious ajak kawin dengan harapan kau boleh jadi perempuan acuan dia dan langsung tak boleh bantah. Walhal kau sendiri perempuan berpelajaran, ada pendirian dan pendapat, boleh fikir dengan aqal yang tuhan kurnia.

Yang paling menakutkan…

Ada lelaki serious ajak kawin pasal nak tutup mata orang daripada aktiviti songsang! Yang kerja medical line mesti aware betapa ramai lelaki nampak je straight tapi bengkok. Aku kecam jenis yg pilih hidup macam ni, lepas tu nak rosakkan anak dara orang pulak. Yang ni aku jumpa. Ada rupa. Ada pangkat. Ada kerjaya. Di didik dengan agama. Perfect lah di mata orang. Tapi istikharah aku berjawab, hati aku tak sedap. Rupa-rupanya….

Macam-macam lagi lah jenis ‘lelaki serious ajak kawin’ ni yang kauorang boleh jumpa. Oh. Ada je yang ok, cuma tak sependapat dalam beberapa hal prinsip jadi terpaksa move on. Aku respect lah lelaki2 macam ni. Ada usaha. Tapi kalau dah bukan jodoh, tidaklah putus asa/ berdendam.

sampai lah aku dah start kerja, dah berpangkat Dr, dan redha dengan takdir. Kira kalau tak kawin pun takada hal. Aku happy dengan diri aku. I feel contented. I love myself. Tapi tak lah aku menolak jodoh. Aku masih tetap berdoa, kalau ada jodoh yg baik untuk aku di dunia ini, permudahkanlah.

Sekarang aku dah kawin dengan ‘lelaki serious ajak kawin’ yang terakhir. Yang masa tu gaji dia jauh lagi rendah dari aku, tak ada simpanan sangat, tak mampu nak bagi hantaran 5 angka (Dr kot. Kata orang, makcik dia yang bising. Tapi parents aku ok je. Buat yang mampu, jangan berhutang).

Tapi dia ada kualiti2 yg aku inginkan. Ibu ayah aku percaya dengan pilihan aku. I wouldn’t trade him for anything.

Bak kata seorang sheikh ni ;

“Don’t marry a guy just because he prays 5 times a day. There’s nothing outstanding about that quality. Stop being amazed by the basic.

Pay attention to :

– How they act when they’re angry.
– How trustworthy they are.
– How fair they are.
– How truthful they are.”

Suami aku yang tak kesah basuh baju basuh pinggan mangkuk vacuum rumah basuh berak anak. Yang berjaga malam urut badan aku, kaki aku sampai tidur sepanjang aku mengandung. Yang tak culas bagi nafkah walau aku tak pernah minta. Sekarang gaji dia double dari aku. Mungkin berkat rajin menderma. Dia tak pernah miss menderma every week kat masjid, surau2 or online macam amal palestine, syria care ke.

Yang hormat dan bertanggungjawab pada mak abah dia dan ibu ayah aku. Yang langsung tak ego, senang minta maaf and say thank you walau aku cuma tolong gosok baju atau buat coffee. Yang tak kesah & izinkan aku ber me-time dengan bestfriends aku. Suami yang faham, marriage is a mutual responsibility.

Pesan aku…

Jangan kawin dengan harapan dia tak lagi kaki pukul dan panas baran.

Jangan kawin dengan harapan dia akan jaga solat dan jaga ibadat.

Jangan kawin dengan harapan dia akan setia dan tak lagi kaki perempuan.

Jangan kawin dengan harapan dia akan berubah dan berhenti merokok.

Jangan berkahwin dengan ‘harapan’, kelak pasti kecewa.

Kahwin lah dengan siapa dia sekarang, yang kau redha akhlak dan agamanya. Supaya andai nanti terjadi yg tak terduga, kau mampu berhujah di hadapan tuhan bahawa kau telah benar2 menggunakan hak mu yg di garis agama untuk memilih lelaki terbaik sebagai ketua. Perkahwinan bukan sehari dua. Bukan ada yg indah2 sahaja. Hendaknya insyaaAllah sampai syurga.

Doakan aku ya, tabah menghadapi ujian dunia dan di pelihara syurga ini hingga ke alam sana. Aku doakan yg belum berjodoh, di pertemukan jodoh terbaik dan tak terjerat dengan ‘lelaki serious ajak kawin’ sahaja tapi tak tahu responsibility.

#choosecarefully #raiseyourbar

– Elle

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *