Lelaki Sila Baca

Kepada lelaki, tak kira awak tu anak orang ke, suami orang ke, tunang orang ke atau boyfriend orang sekalipun.

Aku nak nasihatkan korang tolonglaaaaaah mak kandung, mak mertua, isteri, kakak, adik perempuan korang buat kerja rumah. Tolonglah. Tolong sikit-sikit pun takpe.

Yang sikit tu la dapat ringankan sikit beban orang perempuan buat kerja rumah.

Ni aku nak bagi contoh kerja rumah yang korang, orang lelaki boleh buat untuk ringankan beban kami orang perempuan.

1. Lepas makan/ minum, cawan/ pinggan boleh terus bawak g sinki basuh terus. Jangan harap mak/ isteri/ orang perempuan yang bersihkan.

2. Lelaki ni suka masak tapi tak reti nak kemas balik. Dah menyerakkan dapur pastu biar camtu je. Lepas dah goreng burger/ sosej/ ayam atau apa je makanan, tolong basuh balik kuali yang korang guna.

3. Nampak sampah dah penuh boleh terus buang. Tak payah tunggu orang perempuan suruh baru nak buang.

4. Kalau nak cari baju ke seluar ke stokin ke cari sendiri. Takyah tanya orang perempuan. Kitaorang orang perempuan stress bila orang lelaki tanya mana baju mana seluar.

Orang dah basuhkan, dah  jemurkan, dah lipatkan n siap dah masukkan lagi dalam almari, tak reti nak cari sendiri.

5. Kalau nampak lantai kotor tolongla amek penyapu sapu sikit. Tak keluar pun peluh.

Dan banyak lagi kerja yang aku malas nak senaraikan. Aku sebenarnya geram dengan kaum adam yang berharap 100% pada kaum perempuan untuk semua kerja rumah.

Penat wehh buat kerja rumah ni lagi macam aku yang dapat adik beradik lelaki pemalas nauzubillah. Dahla aku sorang perempuan kat dalam umah.

Selama 6 bulan aku menganggur duduk umah ni, baru aku rasa penat mak aku yang dah berpuluh tahun jadi surirumah. Serius penattttt.

Dahla mak aku jenis perfectionist hal2 kerja umah ni. Last2 aku yang stress dengan abagi n adik aku yang pemalas. Memang keje aku kat umah selama 6 bulan ni membebel je. Hahaha..

Korang yang lelaki ni tolong la sikit2 mak, isteri korang tu buat keje rumah. Kesian mak n isteri korang tu. Lagilah kesian kalau diorang wanita bekerjaya.

Kalau rasa tak mampu nak tolong, belikan la apa2 hadiah untuk diorang, bagi diorang rasa dihargai sikit. Sekali sekala bawak la diorang pegi spa ke shopping ke.

Jangan ingat orang perempuan bila duk umah ni goyang kaki je. Penat oi buat keje umah. Huhuhu.

Aku berharap sangat dapat suami yang rajin n pandai berdikari tak macam adik beradik aku. Hukkk..

Ok sekian bebelan dari aku..

– Kak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Bebel panjang2 pun tak guna ibarat curah air ke daun keladi sis.

    I feel u..sampai kena mental illness..
    Lelaki2 ni kebanyakan pengotor tak reti jaga kebersihan dan pentingkan diri..dorg akan jadikan kaum wanita kuli abdi dorg.

    Semoga mereput dlm neraka

    • Hek eleh, keje senang2 tak payah fizikal dan pakai otak sangat korang buat je la. Laki ada je boleh bantu kerja diluar kemampuan orang perempuan, angkat tong gas, tukar bulb lampu, repair paip sink tersumbat, baiki atap bocor. Kita ni hidup ada fungsi, saling melengkapi, yang nak bising2 laki tak tolong itu ini apehal? Kalau rasa malas taknak buat, takyah buat. Nanti orang laki2 tu tengok rasa semak, dorang akan buat. Kalau ko suruh pon kebanyakan laki akan buat je, xde komplen cuma dorang takde la buat terus on the spot time ko suruh. Dia ada ego dia, dia nak rasa benda tu dia sendiri nak buat bukan ada orang yang arah buat. Ni psikologi lelaki yang ko kena paham. Yang penting, kalau dorang buat dorang takkan mengungkit confess kat media online macam ni sebab tu ko tengok perempuan je macam penat banyak keje. Sebab perempuan suka mengungkit dan membebel, kalau dia buat kerja satu dunia kena tahu yang dia buat dan penat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *