Lelaki Sila Komen

Salam. Nama aku Cumi (bukan nama sebenar). Aku perempuan 29 tahun, kerja Singapore, Alhamdulillah. Pernah berkahwin, dah bercerai, tak ada anak dengan ex. Orang Selangor.

Aku cuba straight to the point.

Ada seorang duda anak 2, umur 37, minat kat aku (aku namakan dia Fattah Amin – bukan nama sebenar). Orang Johor. Masa wedding kawan aku, dia bagi business card dia kat aku, aku contact dia. Aku suka dia. Suka sangat.

Masa dia bagi kad tu, dia baru bercerai. Lafaz talak jatuh sebulan sebelumnya tapi dia memang ada problem dengan ex-wife dia sejak lama dah. Ex-wife dia curang, pergi dengan lelaki Singapore sejak ex-wife dia kerja SG.

Mula-mula dia love bomb aku. Lepas tu dia senyap. Senyap sesenyapnya, dia ghosting aku.

Every time dia come back, bila aku text dia, dia akan cakap dia tak ready lagi nak invest emotions and love, dan tak nak be in a relationship lagi dengan sesiapa sebab tak nak ada distractions dalam healing journey dia.

Dia tengah upgrade diri dia, tengah dekatkan diri dengan Allah, dan tengah bina balik financial sikit-sikit sebab dia tak nak kena hina lagi macam mana dia kena hina dulu.

Sekarang dia dah hilang semuanya. Rumah, kereta dia bagi ex-wife dia untuk anak-anak dia. Dia sewa bilik je, share dengan housemate dia.

Dulu gaji dia kecil sikit, sekarang gaji dia Alhamdulillah dah besar dan dia sekarang tengah start from hard rock bottom nak bina balik maruah dia sikit-sikit.

Dia pernah cakap dengan aku, kalau family aku tengok dia dalam keadaan macam ni, mesti kena reject kan? Jadi dia nak build balik diri dia yang baru dan buktikan pada orang lain yang dia bukan untuk dihina.

Dia Alhamdulillah dah ada kereta baru. Dia cakap dia nak saving, then beli rumah inshaAllah, then kahwin, dan nak ambil anak-anak dia dari ex-wife dia kalau ex-wife dia abaikan anak-anak dia.

Dia cakap dia perlukan masa 2 tahun. Kalau aku nak tunggu boleh tunggu, kalau aku tak nak tunggu dia ok.

Dia cakap dia percaya takdir Allah, bila sampai masanya, jodoh tu pasti akan disatukan. Dia cakap aku ni orang yang tepat tapi masa yang tak tepat.

Dia tak contact aku. Dia ghost aku. Aku text tak layan, aku call tak angkat. Dia pernah cakap dengan aku couple ni haram. Aku pun tak faham apa yang haram sangat weyh hubungan aku dengan dia?

Kita pernah jumpa 3 kali je… lepas tu dia cakap dia dah cukup kenal dengan aku dan tak perlu dah kot nak kenal-kenal lagi. Dia cakap dengan aku, dia janji we will be together, dia ulang 2 kali. Betul je weyh lelaki macam ni?

Kalau dia sayang aku kenapa dia ghost aku?

Aku ok, aku memang nak tunggu dia dan aku sayang dia tapi aku tak nak kena tipu. Korang faham tak weyh? Betul ke dia ni? 2 tahun tu lama taw!

Kawan kerja aku, lelaki, aku namakan dia Syafiq Kyle (bukan nama sebenar), dia cakap dengan aku, Fattah Amin ni dia buat macam tu sebab dia nak jadikan aku backup plan je. Nanti bila dia dah dua tahun, bila tak ada siapa-siapa, baru dia nak dengan aku?

Betul ke weh? Tolong aku!

– Cumicumi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Yup, you’re a back up plan. Lelaki kalau nak, dia akan usaha sampai dapat. So jgn letakkan kebahagiaan kamu pada dia. Invest in yourself, get new knowledge, travel the world. Jangan lupa sembahyang istikharah. And saya doakan semoga kamu dipertemukan dengan jodoh yang terbaik untuk kamu.

  2. Ya. dia memang jadikan puan as back up plan. Lelaki kalau nak, dia memang sungguh2. Rasanya si duda tu pun belum move on dari luka dia. so biarkan dia sembuh sendiri. Puan boleh solat istikharah untuk lebih yakin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *