Salam semua. Lama dah aku pendam.
Aku lama dah jadi silent reader page ni.. selalu like juga & seronok baca komen2. Tapi satu benda aku perasan, banyak rupanya yang ada daddy issue. Samalah macam aku…
So sekarang aku nak luah perihal bapak aku. Ya, bapak aku.
Anyhow, aku dah masuk 32 tapi masih belum berkahwin. Bukan takde yang nak, tapi aku ni jenis memilih. Risau dapat yang sama jenis dengan bapak aku.
Obviously, aku takutkan perkahwinan. Lagi aku risau kalau2 perangai entah apa2 bapak aku tu, aku warisi dan buat anak aku pulak trauma.
I hate that. I don’t want that to happen. I don’t want to be that monster.
Orang kata, kalau kita ni membesar dengan toxic, sedikit sebanyak, terpalit juga perangai tu. Admittedly, aku kalau dah terlampau marah, memang keluar makian yang orang akan terkejut keluar dari mulut perempuan.
Dah banyak aku berubah tapi… listen.. .old habits die hard. Memang sekarang aku boleh ikat ketat2 setan tu dalam diri aku, tapi as one grows older, banyak yang akan kembali semula pada fitrah diorang. I know my fitrah is not good. Dan aku tak nak wariskan trauma ini pada anak2 yang tak bersalah.
Bukan takde juga yang aku suka… tapi… aku sedar awal yang that guy somehow ada ciri2 bapak aku yang mulut jahat ni. Orang kata apa? Laws of Attraction? So, aku move on. Good bye. I won’t give you & us a chance.
Bapak aku ni, kat luar, orang semua tahu dia baik. Iya, memang baik pun. Solat. Mengaji. Pergi masjid. Tapi mulut & baran dia, sekampung tahu. Kampung ni pun sejenis banyak orang-orang tuanya jenis tua cendawan. Ha, sajak.
Sebab tu aku dah lama berazam yang aku tak nak jadi orang kampung ni. Aku beli rumah SelangorKu pun aku pastikan jauhhh dari rumah ni.
Bapak aku ni, makian selalu keluar dari mulut dia dari muda. Marah sikit, maki. Tengking. Tinggi suara. Ni lagilah dah tua + lupa-lupa sikit + telinga problem. Banyak membebel pulak tu, macam p**i ayam.
Cakapnya panjang2 konon berfalsafah tapi mostly memang triggering yang falsampah. Kalau aku sorang yang triggered, mungkin aku lah yang bermasalah kan. Tapi adik2 & mak aku mmg tak tahan juga?
Contoh: dia bangkitkan pasal tudung + menutup aurat walhal aku & adik2 memang dah bertudung pun, bawah dada lagi. Baju longgar.
Ohh tak cukup… dia tengok anak kawan masjid dia yang dari sekolah agama tu pakai tudung labuh tu… heh.. aku jawab senang je… sebab bapak orang tu, Bilal Salman. Kitorang ni, anak Ayah. Ayah sendiri tunjuk contoh yang macam mana kat kitorang?
Dia suuuuka triggered kitorang. Pastu act pitiful macam terpaling mangsa bila aku menjawab. Masalahnya kalau aku tak melawan nak senyapkan dia, woahhh makin rancak makin panjang & makiiiin menekan-nekan. Serabut ya. Semak.
Belum lagi, dia suka trigger kitorang di tempat umum. Sebab dia tahu, we’ll hold in. Kitorang malu, jadi kitorang buat tak tahu. Aku buat2 tak kenal je kalau dia tantrum kat tempat awam tu. Aku pakai cara mak aku.
Korang fikir dia malu? Tidak. Jauh lagi nak malu. He likes attention – ini yang aku perasan.
Suka guilt-trip pulak tu walhal bukan tak diperingatkan supaya “jangan buat sekian sekian”.
Bila dia nampak kita tengah berlembut, ohhh…dia rasa itulah masa dia! Meninggi suara & bagi argument yang sangatlah childish, if not stupid.
Dari kecik, apa makian aku tak dengar dia cakap when things didn’t go his way? Walaupun masa kecik dulu dia tak maki kitorang direct, tapi dia meninggi suara & marah tak kira tempat. Langsung tak jaga air muka bini & anak-anak. Walhal salah yang sepele je macam tertumpah air, etc..
Ni dah tua ni, menang kalah berbalah dia akan, throw tantrum. Eiii akuuu…. Pastu menyumpah-seranah. Dah kenyang aku makan sumpah dia tu. Agaknya nasiblah doa mak aku masih ada. Kalau tak, entahlah apa jadi hidup aku ni.
Ya Allah… kesabaran aku memang selalu habis kalau dengan bapak aku ni. I treat my parents, world’s apart. Mak aku, aku layan lembut, manja & macam kawan.
Dengan bapak aku? Aku memang cold & distant. Senang, tak sakit hati sangat. Bertegur sapa sekadarnya. Tapi jujurnya, sayang tu takde. Mungkin sekadar kinship je yang tinggal.
Aku selalu doa agar Allah tariklah dia dulu sebelum mak aku. Aku mengaku yang aku CONFIRM gagal kalau diuji dengan bapak aku ni. Takyah tunggu terlantar, sekarang pun selalu gagal. Pahala aku banyak hangus sebab bergaduh dengan dia je.
Aku berdialog dengan Allah “Ya Allah…aku confirm gagal bila Kau uji aku dengan bapak aku ni. Kot iya pun memang dosa aku dah berkoyan, taknaklah juga aku masuk neraka Jahannam yang paling ngeri tu. Jadi Ya Allah, kalau Kau at least kesian kat aku sikiiiiiiiiiiiit pun, kabulkanlah doa aku ni, Aaamiin”
Kejutannya, rupanya adik aku pun pernah doa lebih-kurang begini.
Entahlah… aku tanya juga Allah… kalau karma tu takde, apalah agaknya salah & dosa kitorang ni dapat bapak macam ni?
Aku selalu cemburu dengan sepupu aku. Bapak dia tu bapak idaman. yang ala2 bapak2 spek Disney movies tu, yang cool, calm & collected & I know he is such a good dad at home too.
Camne aku tahu? Sepupu2 aku takde masalah macam aku adik-beradik. Diorang berempat semua kahwin awal dengan lelaki2 yang bagus2 akhlak & temperament memasing. Semua click je sesama biras & keluarga. Bak kata Azhar Sulaiman, yang plugged in dengan family diorang.
Family aku? Lambert lagilah kalau camni. Aku pernah je sembur masa diorang (parents) tekan suruh kahwin & tak faham bila aku cakap aku tak ready lagi…
Aku cakap, “camne saya nak kahwin bila saya takde contoh lelaki baik untuk saya kahwini? Apa kualiti Ayah yang buat saya rasa perkahwinan ni Indah sangat?”
Yep, mak aku layan tantrum dia dari muda. Mak aku ni memang tough luar dalam, sabar & sangat wise. Cuma biasalah, masih tradisional yang melihat cerai itu bukan jalannya.
Plus, mak aku kesian kat bapak aku yang dah sebatang kara tu. But, his attitude doesn’t help. Takde mak aku, hidup bapak aku ni tak tahulah apa jadi.
Aku ni, dah terlambat untuk diselamatkan. Dah 32 tahun dah pun hidup camni.
Aku cuma boleh pesan pada lelaki2 yang sezaman dengan aku: Baikilah diri sebelum berkahwin & teruslah improve sepanjang hidup.
Berazamlah untuk jadi ayah yang sentiasa dirindui anak2, yang dicintai isteri, yang dihormati di rumah dengan sebenar-benar hormat. yang diidolakan isi rumah, yang menjadi pelindung, safe place untuk keluarga kecil korang, yang dicemburui anak2 dari family macam aku ni.
Step up. Step up. Step up please. I beg you guys. At least, biarlah aku tengok orang lain bahagia pun okay dah. Kuranglah populasi lelaki tak matang emosi macam bapak aku ni.
Korang yang memimpin rumah tangga. Bukan sebaliknya.
Sekian..
– Si Penat (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Tak payah nak suruh lelaki step up sangat. Ko tak kenal sangat pon lelaki lain. Lelaki yang ko kenal rapat pon bapak ko je. Let me tell you one thing. Bapak ko tu ada masalah mental. Narcissistic maybe. Kalau orang tak mental dia tak berkelakuan macam tu. Masih ada rasa malu dan tak malukan anak beranak depan orang ramai for attention. So, ask him to seek help dan kau move on dan jangan judge semua lelaki sama in the image of your father.
sibuk je nk suruh laki lain utk step up smata2 sbb bpk ko. ko ingt smua laki mcm bpk ko ker? patutla smpai skrng jadi andartu atau kata lain TAK LAKU. OPSSS!!