Lelaki Softspoken

Aku Mi, perempuan. Umur 20. Ini cuma cerita cinta pertama aku, yang aku agak menyesal kenal dengan dengan lelaki soft spoken.

Untuk pengajaran diri aku jugak, yang lelaki soft spoken ni pun sama je jahat. Cuma dia akan suntik kau secara halus, sampai kau tak perasan pon benda tu berdosa weh.

Tapi aku harap tiada yang mengecam, aku perlukan kata-kata sokongan. Aku baru je tinggalkan relay yang aku ada lepas 7 bulan couple. Betul-betul baru lepas putus.

Untuk pengetahuan aku tak pernah bercinta selama 20 tahun hidup. Dialah cinta pertama aku (cewah, tapi memang betulla). Dialah satu-satunya lelaki setakat ini yang confess kat aku.

Aku ni perempuan badan besar, tak pernah terima attention or rapat dengan lelaki. Aku jadi buta hati sebab tak pernah rasa benda-benda macamni.

Aku ada berkenalan dengan seorang lelaki ni, cara layanan dia cukup baik, ayat sangatlah sopan, sangat soft spoken. Sangat baik yang kau rasa kau sangat yakin dengan dia.

Awal-awal lagi aku ada perasan 1 redflag dia ni, dia ni suka kearah yang bukan². Lama-lama dia ajak aku bukak itu, bukak ini. Aku menolak.

Aku ada nasihat dia juga dengan cara yang baik, tapi aku dah terlalu hanyut dengan perasaan yang aku rasa masa tu, aku angau dengan cinta dan kasih sayang dia. Aku hanyut sehanyutnya dengan nafsu dan kasih sayang yang haram.

Sepanjang aku dalam relationship tu, aku suka dengan apa yang aku ada, tapi pada masa yang sama aku ragu-ragu nak break sebab aku takut aku tak jumpa dah lelaki macam dia.

Aku seorang yang sangat naif, aku tak pernah bercinta dan bodoh sebab ikutkan nafsu sendiri. Kami berjauhan, tapi kami beronani jarak jauh. Itu pun sebab dia yang ajar. Bodohkan aku :’)? Aku hanyut, terlalu jauh.

Aku asyik terfikir kenapalah aku kenal dengan dia kalau akhirnya buat dosa. Nasib baiklah kami jauh, kalau dekat agaknya sudah buat yang “itu”. Ya Allah.. Bodoh sangat aku ikut cakap dia.

Aku pun silap, aku pendam semua perkara ini daripada sesiapa, aku ingatkan aku boleh tangani masalah red flag dia tu, jadi aku stay tapi lama-lama aku yang terpaut dengan dosa tu sekali. Sebab itu lah aku makin hanyut jugak, sebab aku simpan masalah tu sendiri.

Akhirnya, aku dah tak tahan. Aku dah tak nak buat dosa itu lagi, tunjuk aurat, rambut semua tu. Aku dah berbulan fikir untuk break tapi aku tak ada kekuatan, aku dah berpaut hati padanya.

Sebab apa aku masih nak dia? Sebab waktu gaduh pun dia masih berbaik, masih soft spoken, menyebabkan aku risau aku tak akan jumpa lelaki macam dia lagi.

Dan akhirnya! Yaa! Aku dah merdeka! Aku dah break dengan jantan tu. Aku dah tak mahu buat dosa dengan dia! Aku nak berhenti.

Tapi itulah, soal hati ni selalu berbolak balik. Masih fikirkan pasal dia, sebab kami ada gaduh besar pasal benda ni, tapi dia masih rendahkan ego dan cakap baik-baik tak nak berpisah, membuatkan aku ada rasa menyesal memilih tinggalkan dia.

Tapi, aku dah penat selama 7 bulan ni dosa je aku banyak buat.

Akak abang, doakan saya kuat! Ini cinta pertama saya, saya sayangkan dia tapi saya memilih untuk tinggalkan dia asbab dia begitu. Dan saya dah ajak dah pun untuk berubah.

Dia okay, cuma red flagnya tu suka ajak benda bukan-bukan yang berdosa. Saya tak yakin kalau teruskan kami boleh berubah.

Dia ada kata, couple jelah tapi kita kurangkan benda- benda tu. Tapi sudut hati saya, daripada saya terpalit dengan dosa, baik saya tinggalkan dia, betul kan akak abang? Tolong nasihati saya.

– Mi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Proud of you. bykkn bertaubat atas dosa lalu. Biarkan dia jangan pandang belakang lagi… love yourself and insya allah akan ada yang lagi baik untuk u

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *