Lelaki Suka Cari Pasal?

Hai dan Assalamualaikum kepada semua readers. Aku kenalkan diri aku sebagai Farah Atheefa Lidya. Aku berusia hujung 20 an, belum berkahwin, bekerja dan berpendidikan peringkat ijazah.

Aku sebelum ni pernah juga hantar confession dan aku rasa bersemangat nak menulis sebab tulisan aku disiarkan admin. Thanks a lot admin. Hoho.

Kali ni aku nak bercerita kisah aku dengan lelaki. Aku tak tahu la apa ujian yang aku kena hadap sedari kecil. Kat mana-mana aku pergi, mesti ada seorang lelaki yang ‘tak boleh masuk’ dengan aku. Senang kata suka cari pasal dengan aku. Atau hujung nanti kalian yang tentukan sama ada aku sebenarnya yang cari pasal.

Dari aku sekolah rendah sampaila aku melangkah masuk ke alam pekerjaan ni mesti je ada lelaki tak suka aku secara terang-terang. Aku boleh dikategorikan seorang yang pendiam dan tak banyak cakap. Tapi aku boleh bertukar 360 darjah bila aku jumpa dengan orang yang betul-betul selesa. Dan kadang-kadang aku boleh jadi perempuan masuk air, dan gila-gila.

Ok la, kalau dari segi fizikalnya, aku seorang wanita tinggi dan sedikit berisi. Kulit? Kulit ni payah nak terangkan sebabnya aku sebenarnya berkulit cerah, tapi kulit aku ni sangatla sensitif dan cepat terbakar.

Jadinya, bahagian yang terdedah dengan matahari jika dilihat dengan mata kasarnya memang tak menarik la warnanya. Arghhh tak payah faham la kalau rumit. Pointnya kat sini, pada pandangan lelaki mungkin aku kurang menarik.

Ada beberapa kisah aku dengan lelaki yang membuatkan aku serik nak jadi kawan dengan lelaki. Sebabnya lelaki-lelaki yang suka cari pasal ni asalnya adalah teman baik aku. Tapi endingnya, semua tak menarik.

Kisah pertama.

Sebaik aku menamatkan pengajian di sebuah universiti awam, aku telah bekerja di sebuah badan kebajikan. Pendapatan aku masa tu tak banyak pun, namun memikirkan rasa ingin membantu, dan tak mahu terlalu memilih kerja, aku rela hati menawarkan diri bekerja di sana.

Kami kemudian diberikan sebuah rumah sewa dan sewa rumah ditanggung majikan. Maka, hiduplah aku dan sahabat-sahabat perempuan di rumah sewa tersebut dengan bahagia dan gembiranya.

Ku ingatkan panas hingga ke petang, namun hujan di tengah hari. Aku ringkaskan cerita, aku telah berusaha menjodohkan seorang ahli rumah sewa aku dengan seorang lelaki yang bekerja di tempat sama dengan kami.

Sebelum tu, aku dah mintak izin dengan perempuan tersebut yang aku gelarkan dia sebagai Ella. Dan lelaki tersebut aku namakan Daniel. Ella menyatakan hasrat untuk berumahtangga atas desakan keluarga. Usia Ella masa tu awal 20 an, tapi memikirkan hasratnya yang seolah nak cepat kahwin, maka akal pendekku terus terfikirkan Daniel yang berkebetulan bekerja sebumbung dengan kami.

Oh ya, sebelum itu, aku dan Ella sudah lama berkenalan. Sebelum kami bekerja lagi kami sudah kenal, dan perkenalan kami bersambung kembali sebaik kami menamatkan pengajian di tempat yang berbeza dan berjodoh bekerja di tempat yang sama.

Bila aku suarakan hasratku untuk menjodohkan Ella dengan Daniel, Ella tidak menolak. Aku kira, mungkin Ella pun ada hati kepada Daniel. Dengan bantuan orang tengah, aku ringkaskan cerita, kami berjaya menyatukan mereka dengan pertunangan dan hal ini adalah rahsia antara aku, Ella dan orang tengah dan tidak diketahui Daniel.

Pada Daniel, orang tengah tersebutlah yang berusaha menyatukan mereka. Dan aku juga selesa jika itu yang terbaik memandangkan aku hanya ingin membantu menjodohkan dua insan. Acece. Oh lupa, Daniel juga dikatakan baru sahaja putus tunang, jadi aku kira, mungkin dia perlukan pengganti bagi merawat hati yang terluka. Fuuuh.

Sesekali tinggal di rumah sewa, aku ambil peluang di hujung minggu untuk pulang ke rumah menjenguk ibu yang keseorangan memandangkan papa bekerja di lautan dan pulang sekali sekala. Hanya tinggal adik bongsu yang masih menuntut di sekolah menengah yang tinggal bersama ibu. Abang-abang dan kakak kebanyakan tinggal di luar negeri dan akan pulang jika berkelapangan.

Nak dijadikan cerita, sewaktu minggu aku pulang ke rumah ibu, berkebetulan pula semua ahli rumah sewa yang lain pulang ke rumah masing-masing dan ada yang bercuti dengan rakan-rakan mereka. Maka, tinggallah Ella keseorangan di rumah sewa dan Ella memang lebih selesa tinggal di rumah sewa berbanding pulang ke rumah.

Bagi Ella dia lagi selesa tinggal di rumah sewa berbanding pulang ke rumah orang tuanya yang berantakan itu. Kisah adik beradik Ella yang sering kali bergaduh dan buat hal saban hari sering singgah di telinga aku. Ella sendiri pernah cakap pada aku, dia nak cepat kahwin supaya dia tidak lagi perlu menghadap persengkataan keluarga. Bagi aku, jika itu yang terbaik maka mudahkanlah urusan kahwin Ella.

Berbalik kepada kisah Ella yang tinggal seorang diri di rumah sewa, tiba-tiba Daniel whatsApp aku dan bertanya kenapa aku tidak menemani Ella di rumah sewa? Pada aku mungkin itu hanyalah soalan biasa seorang tunang yang terlalu risaukan tunangnya.

Aku cuba menjawab dengan baik sehingga lama kelamaan aku sedikit meluat dengan Daniel yang menyalahkan aku kerana baginya aku adalah kawan rapat Ella kerana kami lebih lama kenal. Sehingga ayat-ayat Daniel sedikit kasar dan mengguris perasaan aku.

Jujurnya aku beberapa kali pelawa Ella untuk pulang ke rumahku, namun alasannya segan membuatkan aku sendiri tak tahu lagi nak pelawa bagaimana. Aku bukan ajak-ajak ayam. Tapi ikhlas sebagai sahabat memandangkan ibu aku juga telah lama mengenali Ella.

Kerana terguris aku memilih untuk block Daniel dari whatsApp aku. Bagi aku, bagilah peluang aku bertenang mengisi masa bersama dengan ibu. Namun, sesekali ada juga aku whatsApp Ella sama ada dia ok atau dah makan. Ella kata dia hanya makan roti.

Aku terkejut, kerana bukan tiada kedai makan di sekeliling rumah sewa. Tunggu dia je nak ke tak, rajin ke malas. Dan aku tidak bagitahu Ella berkenaan whatsApp2 Daniel kepada aku sebelumnya. Bagi aku, biarlah aku berusaha menjaga persahabatan aku dan hubungan pertunangan mereka.

Setelah cuti hujung minggu tamat, aku pulang ke rumah sewa seperti biasa sebelum memulakan hari bekerja pada keesokan hari. Aku pun sudah unblock Daniel dari whatsApp aku. Aku kira, biarlah kami mulakan minggu baru ini dengan lebih baik dan aku mahu lupakan segala rasa terluka hati aku pada Daniel.

Siang berganti malam, malam berganti siang dan begitulah hari-hari berlalu. Sebagai teman yang dianggap agak rapat dengan Ella, aku menemani Ella menguruskan urusan perkahwinan. Dari membeli barang hantaran, sehingga ke membuat pilihan pelamin, pakej perkawinan, pilihan busana, dan boleh kata semua persiapan, mesti ada aku bersama Ella.

Ella dan Daniel tidak pernah keluar berdua kerana mereka sangat menjaga batasan. Dan aku suka cara mereka dalam nak menjaga dan menghalalkan hubungan mereka. Tak nak dinodai sebelum sah akad. Tahniah!

Cuma sekali je mereka keluar berdua dan itu pun ditemani ibu Daniel untuk urusan pembelian cincin. Malas nak puji lebih-lebih hal ni. Mata ke atas. Tapi bagusla tak menggalakkan diri untuk selalu berkepit bagai pasangan yang dah sah akad.

Ditakdirkan suatu hari Ella kemalangan dan telah terlanggar seorang pakcik. Aku yang ketika itu sedang mesyuarat program penting tidak dapat meninggalkan mesyuarat serta-merta kerana aku merupakan orang penting kepada mesyuarat tersebut. Aku tahu berita kemalangan tersebut pun melalui Daniel, bukan melalui Ella.

Tapi, aku meminta izin untuk keluar sekejap dan menghubungi Ella. Ella khabarkan tiada yang serius cuma pak cik tersebut sedikit cedera dan meminta ganti rugi atas kemalangan. Aku nasihatkan Ella untuk minta abang atau ayahnya datang ke tempat kejadian dan ke pejabat polis untuk selesaikan kes secara baik.

Namun, Ella hanya berpesan tidak perlu risau kerana dia akan selesaikan sebaiknya. Dan saat ini kesakitan kali kedua aku rasakan apabila Daniel dapat tahu aku tidak menuju ke destinasi Ella kemalangan.

Daniel kata aku pentingkan diri dan tak sayangkan kawan! Hello brother, dah you sayang sangat cik tunang, baliklah sendiri walaupun you tengah outstation. Kenapa apa yang menimpa cik tunang you, I yang disalahkan? Why?

Saat ini, hati aku dah mula panas. Ella tahu aku dan Daniel berkelahi kerana kisah kemalangannya. Daniel berterusan menyakiti hati aku dan mempersoalkan aku. Saat ini, aku hampir-hampir tidak percayakan Ella lagi kerana aku bimbang Ella yang berlebihan mengadu kepada Daniel.

Tapi, sebab kami dah lama kenal, aku berusaha menjaga hubungan persahabatan aku dan Ella. Bagi meredakan rasa sakit hati, minggu tersebut aku pulang ke rumah ibu, dan aku berulang alik ke tempat kerja dari rumah ibu walaupun jaraknya agak jauh.

Suatu pagi, sebelum aku ke tempat kerja, aku bermusahabah diri. Aku berusaha nak baiki hubungan aku dan Daniel memandangkan dia nanti bakal jadi suami kepada sahabatku. Aku hantar whatsApp yang agak panjang kepada Daniel memohon maaf jika ada salah faham antara kami. Aku lega. Lega kerana berusaha untuk tidak melanjutkan persengkataan ini.

Setelah menghantar whatsApp panjang tersebut, aku bersiap untuk ke tempat kerja. Aku sarungkan pakaian dan bersedia untuk keluar ke tempat kerja. Tengah bersiap aku dengar ada whatsApp peribadi yang masuk kerana aku dah setkan notification yang berbeza pada whatsApp peribadi. Aku kira itu adalah balasan whatsApp dari Daniel.

Aku gembira kerana sangkaanku tepat. Daniel. Sambil tersenyum aku buka whatsApp tersebut. 5 minit aku baca, aku sembankan wajahku pada bantal dan menangis semahunya. Aku kira, kali pertama dalam hidup aku menangis semahunya. Aku harapkan untuk membaiki hubungan, namun lain yang aku dapat. Sebenarnya, Daniel sudah lama sakit hati dengan aku.

Dan hari ini segalanya terbongkar. Tergamak Daniel kata aku dengki dengan pertunangan mereka. Aku dengki dengan tunangnya, dan dia kata aku tak suka dengan hubungan mereka. Dan yang paling aku ingat sampai mati, Daniel kata aku wanita tak laku. Ikut rasa bodoh aku, kat situ juga aku bodohkan dia balik. Kalau aku dengki kenapa aku yang berusaha jodohkan korang???

Aku terus whatsApp majikan aku untuk minta cuti hari tersebut dengan alas an aku tidak sihat. Aku juga bagitahu ibu aku tak masuk pejabat kerana aku tak sihat walaupun dah bersiap. Aku tak sanggup nak pergi kerja nak menghadap kedua-duanya. Dan bermula hari itu, saat itu aku block Daniel dan delete nombor Daniel dari hidup aku. Aku tidak sanggup untuk dilukakan.

Dan rupanya Daniel yang tak berapa cerdik tu sendiri dah forward whatsApp permohonan maaf dari aku dan balasan menyakitkan darinya terhadap aku kepada Ella. Aku diberitahu oleh Iffah rakan sekerjaku bahawa Ella sedih dan terluka dengan balasan Daniel kepada aku. Aku menanti sama ada Ella akan whatsApp aku namun tiada.

Keesokannya aku masuk kerja dan tidak menghiraukan Daniel dan Ella. Aku hanya fokuskan kerja saban hari dan tidak lagi ambil tahu hal mereka berdua. Dan aku telah memilih untuk keluar dari rumah sewa dan pulang ke rumah ibu.

Hampir tiba hari perkawinan mereka. Ella menghulurkan kepada aku kad kahwin mereka dan hubungan kami masih dingin. Ella pun awal-awal dah cakap dia faham kalau aku tak hadir. Aku seolah terasa sangat bahawa Ella tidak lagi hiraukan aku dan aku tidak sepenting dulu lagi dalam hidupnya.

Dan aku terasa dengan ayat Ella bahawa dia faham kalau aku tidak hadir. Dulu, selalu Ella kata pada aku bahawa, perkahwinan tidak akan menghalang persahabatan kami, dan kami akan bersahabat sampai mati. Sekarang? Mungkin itu yang terbaik pada pandangan Ella.

Malam sebelum hari perkahwinan mereka, aku diajak Iffah untuk membantu Ella di rumahnya. Tiba aku di rumah Ella, Ella terkejut dan teruja dengan kehadiranku. Aku pun gembira dalam sedih pada malam tersebut namun aku cuba sedayanya menyembunyikan bahagian sedih. Sedih memikirkan mungkin hari itu adalah hari terakhir kami sebagai sahabat dek kerana terlukanya aku dengan bakal suaminya.

Malam tersebut aku yang pakaikan inai ke jari Ella, siapkan sedikit gubahan hantaran yang belum siap. Paginya, awal-awal pagi aku dah sampai bersama Iffah dan sahabat-sahabat yang lain. Melihatkan Danile yang berbaju melayu, bersedia menjadi suami kepada Ella, membuatkan aku sedikit sedih. Semoga Daniel berubah. Menjadi suami yang baik dan terbaik.

Selesai akad aku mengambil gambar kenangan dengan Ella dan meminta diri agak awal. Aku pulang dan kami berpisah dengan sedikit linangan air mata. Dalam langkahanku, aku doakan semoga Ella berbahagia bersama Daniel.

Bersambung…

Ini bukan novel, tapi realiti. Dan Daniel tu lelaki biasa je. Nama je Daniel, saja aku cetuskan nama ala-ala orang putih. Fizikalnya lebih rendah dari aku, berkulit gelap dan kasar orangnya. Kalau korang dah bayangkan Daniel tu macam model please tarik balik pandangan tu. Haha.. saja aku cerita pasal fizikal Daniel di hujung-hujung cerita.

Nanti rajin aku sambung lagi ye. Doakan, “wanita tak laku” pada pandangan Daniel ni laku pada pandangan seseorang. Kenyit mata.

– Farah Atheefa Lidya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *