Lelaki Suka Pada Lelaki

Good evening, nama aku Sham, umur 24 & tinggal di KL. Tujuan aku nak tulis confessesion ini adalah tak lain tak bukan hanya untuk memberi kesedaran kepada semua kaum di luar sana, lebih2 lagi perempuan yg masih blur lagi dgn dunia LGBT ni. Aku bukan nk menghasut atau nak suruh korang bersangka buruk kepada semua lelaki kat luar sana, cuma nk suruh korang berhati-hati dan tanam sedikit sifat sceptical dalam diri. Dalam confession ini aku akan dedahkan jenis gay dan apa yg korang tak tahu pasal dunia gay. Women out there should read this confession, if u don’t want to be deceived.

Okay berbalik kepada tajuk di atas, mesti ramai yang akan terkejut beruk dan gelak besar, seolah-olah “kau cakap apa ni do”? Tapi itu lah yang aku nk bagitau kat sini..aku adalah seorang bisexual tapi tak pernah melakukan apa-apa hubungan sejenis atau berlawanan jantina. Sedikit introduction, aku slim-fit guy, tinggi 175cm & berat 60kg, tubuh yang sangat ideal dan disukai ramai lelaki berbanding perempuan, ya betul. Aku mempunyai rupa paras yang agak jambu, kulit cerah biasa dan berperwatakan simple, tak lembut tak keras. Tapi banyak lelaki yang sukakan aku, macam mana aku tahu? Hanya orang gay je tahu semua benda tu.. aku malas nak ulas benda tu, yang pasti aku tak masuk bangkul angkat sendiri.

Ok let’s focus on the topic, kenapa aku berani cakap mcm tu sbb selama 24 tahun aku hidup, aku dah jumpa macam2 orang dlm hidup aku. Dan sejak aku sekolah rendah sampai sekarang dah berpuluh kali aku digoda lelaki, daripada macam2 jenis orang. Aku banyakkali dicabul masa kecik, biasanya yg lebih tua. 75% yang aku cakap di atas tu aku bahagikan kepada 2 categories:

1 – Suka kepada lelaki 100%.

Ada yang mengikut hawa nafsu dgn melakukan seks sesama jenis, ada yang tak buat sbb tahu benda tu haram. Mereka ni mmg minat lelaki dan lansung tak minat dkt perempuan, ada yang cuba ber kahwin utk menutupi benda ni dan ada yang memang tak berkahwin sbb tak minat perempuan dan taknak mengkhianati perempuan. Ada yg berjawa berkahwin dan dpt anak, tp terpaksa menahan nafsu songsang kerana takut dgn azab Allah dan juga aware dgn STDs/penyakit kelamin spt HIV or etc. just mampu simpan perasaan tu diam2 takde siapa pon tahu. Diorang ni memang terbaik, aku harap korang terus istiqamah dan jgn pernah lakukan perbuatan terhina ni sampai nafas yang terakhir. Character utk lelaki jenis ni ada sedikit sifat lembut, klu tak 50% keras 50% lembut, mungkin 80% keras dan 20% je lembut.

2 – Bisexual- Ya, minat dengan dua2 jantina.

Sesungguhnya yg ni paling bahaya sbb mereka pandai sorok identiti sebenar, orang takkan tahu yg diorang ni ada perasaan dkt lelaki. Mereka biasanya berkahwin, ada anak, tapi tetap ada perasaan dkt lelaki. Yg ni seriously bahaya, mereka ni Straight act dan orang takkan percaya kalau ckp dia gay. Sbb character diorang 100% manly, kalau lembut pon sikit je. Yang ni lah paling banyak nak g*da aku, diorang mmg straight act, main bola, mancing, minat sport, minat kereta, main gym, hampir 100% minat tu memang lelaki punya minat. Tp golongan ni aku paling takut, sbb mereka bleh tipu org sekeliling terutama isteri, mak ayah, family sbb mereka takkan sesekali syak yg diorang ni minat lelaki. Melainkan mereka tgk dpn mata baru percaya. Sbb apa, org kita ni masih lg beranggapan bahawa org gay tu lembut, soft spoken, girlish gitu, berkawan dgn pompuan, tu la gay. Yang keras2 tu takkan la gay, bleh berkawin lagi, siap ada anak lagi, klu org report suami dia buat benda terkutuk tu pon diorang mati-mati tak percaya.

Anyway, aku byk kali terbaca dlm articles majalah atau paper, cara senang nk detect org gay adalah melalui cara mereka bercakap, pemakaian mereka, klu yg suka pakai baju ketat2 warna cerah2 tu, yg metrosexual, yg jaga muka jaga kulit, jaga penampilan, gay la tu. Kat sini aku nk highlight yg articles tu sgt2 salah, sbb tak semua yg metrosexual dan up to date punya dress up tu gay, mungkin 90% je gay. Korang belum jumpa lagi gay yg muka mcm penyangak, yg busuk, yg gemuk gedempol, yg muka buruk, yang dah jadi atuk orang, yg tua nak mampu, mcm2 lagi. Senang citer mng takkan ada specific clues utk nk tahu yg org tu gay atau tak. Ianya meliputi semua aspects, umur, professionalisms, traits, etc. Ada ustaz, doktor, cikgu, lawyer, penagih dadah, cina, india, asli, menteri, ketua kampung, handsome, buruk, tua, muda, miskin. Aku bukan nk hina tapi itu lah kenyataan, bukan yg handsome dan sado je ya yg gay, semua peringkat golongan gay ni ada.

So kepada semua di luar sana, berwaspadalah, tengok2 kan suami anda, anak lelaki anda, saudara lelaki anda, yg dah berkahwin ada anak tak semestinya lelaki sejati ya, yg tua kutuk pon ada yang gay. Jadi itulah yang aku nak share harini, berdasarkan pengalamn aku kena kacau dgn lelaki dari kecik sampai skrg. Ditambah pula bila aku cuba installed Gay Ass, terkejut tgk byk peringkat umur ada, bermula dari budak sekolah, sampi lah yang tua kutuk, bermula dari yg handsome, sampai la yg.. hmm aku nak cakap pon malas, kang ckp aku kutuk fizikal org plak.. tapi itu lah, sampai aku sendiri terkedu apa nak jadi dgn dunia skrg.

Last but not least, aku harap korang doakan aku bleh kawal nafsu smpai aku mati, dan aku boleh termasuk dlm golongan bisex yang berkahwin dan takkan layan lelaki kerana takut dgn azab Allah dan juga kerana tak mahu mengkhianati isteri. Dan objective aku supaya korang semua berwaspada dan jgn sesekali deny kalau member korang report atau cakap yg suami korang, anak teruna korang, kawan lelaki kau tu ada menjalinkan hubungan songsang. Go check up on it. Maaf kalau karangan ini tunggang terbalik atau ada mengguris hati siapa, tujuan aku hanya utk menyedarkan sahaja, sebagai peringatan. Thank you .

– Sham

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *