Actually aku tak tahu nak tulis tajuk apa.. Tips menarik jodoh kot! Bacaan Khas untuk wanita..
Sedikit backgrounds diri aku, sudah berkahwin, anak 2, berkahwin pada usia awal 30 ketika sedang bergelar pascasiswazah,
Suami lebih muda 6 tahun, bekerjaya tetap dan juga part time MUA and beauty consultant untuk satu produk dari luar negara..
Aku tertarik nak menulis selepas aku baca confession “30 mencari jodoh”..
Aku cerita sikit macamana aku kenal suami aku.. Disebabkan aku boring aku join satu aktiviti Universiti yang dikelolakan oleh pelajar undergrad.. Dari sinilah suami aku try hard nak berkenalan..
Dia tanya aku kos apa, fakulti apa sebab tak pernah nampak.. Aku malas nak layan, pada pandangan aku suami aku ni macam budak sekolah saja.. Kurus kering macam tak cukup makan..
Hahaha then pada hari kejadian untuk aktiviti tersebut suami aku beranikan diri approach aku sedangkan dia tahu aku ni lebih tua dari dia tapi dia cakap aku tak nampak macam kakak2..
Dia bahasa kan ddngan dia saya-awak sedangkan aku beradik-adik dengan dia.. Hahahaha ok habis bab macamana aku berkenalan dengan suami.. Moral of story korang dapat tak??
Aku seorang yang aktif.. Hujung minggu saja aku suka hiking, then ada job as MUA.. Aku tak fikir pun bab jodoh.. Sumpah tak tipu! Aku tak cantik pun, biasa2 saja.. Kulit aku tak lah mulus, sawo matang, dimuka ada seketul dua jerawat..
Maybe BMI aku ideal so aku tak nampak 30an.. Time bergelar postgrad student aku jumpa kawan2 yang lebih berusia dari aku baik lelaki atau perempuan ada diantara mereka masih bujang..
Bila tanya umur ada yang cecah 40an tapi still nampak macam hujung2 20an.. Tapi ada juga yang terang-terangan imej selari dengan usia malah ada yang muda tapi nampak berusia..
So basically aku dikelilingi ramai wanita atas faktor belajar dan bekerja.. Apa yang aku nak sampaikan lelaki tak kisah pun bab umur dalam mencari pasangan hidup.. Tapi ada syarat nya tau..
Pepatah orang putih, love in first sight.. Jadinya lelaki pun sama.. Mereka akan tertarik kepada wanita pada padangan pertama.. Jadi, Apa yang mereka pandang??
1. Cara bercakap/komunikasi dipendekkan budi bahasa.. Lelaki tak suka wanita yang banyak cakap tapi lelaki suka wanita yang bercakap tentang idea..
2. Cara pembawakan diri atau cara berjalan.. Lelaki tak suka wanita berjalan macam “ayam serama”.. Tahu tak macamana ayam serama berjalan?? Terutama kalau mode nak bergaduh.. Dada ke depan bontot di tinggikan..
3. Lelaki suka wanita seperti rama2.. Cantik, menyerlah dan terbang tinggi.. Maksudnya lelaki suka wanita yang pandai bergaya.. Tak perlu pakai baju mahal atau berfesyen sakan.. Cukup sekadar baju kurung yang match dengan tudung..
Jangan lah kau pakai baju kurung warna oren buah pinang tudung warna hijau pucuk pisang.. Memang sakit mata lelaki dik! Then sekarang ni banyak baju yang berfesyen.. Pastikan sesuai dengan bentuk tubuh..
Dah kalau dada bidang kau pakai baju yang ada span di bahu, pesak yang besar ala2 tikus terbang sumpah nampak gemuk dik walaupun hakikatnya kau kurus.. Baju berfesyen tak salah tapi pastikan sesuai dengan bentuk tubuh..
Oh ya, lelaki tak suka wanita yang dia minat pakai baju warna terang, bercorak besar atau corak berkotak2.. Cukup sekadar corak bunga halus tabur, earth color or nude color, pastel dan juga warna yang lembut..
4. Penampilan luaran.. Lelaki akan lihat sekecil2 yang ada pada diri wanita.. So kuku kena jaga, tidak panjang ataupun kotor.. Gigi pastikan tidak berkarat atau kuning..
Kalau freehair pastikan kemas terurus.. Kulit Tapak kaki pastikan tak merekah, tak keras atau kematu.. Macam kelakar dan tak masuk akal tapi inilah hakikatnya.. Lelaki cari jodoh persi majikan mencari pekerja..
5. Lelaki tak kisah pun umur wanita as long as BMI ideal, tak banyak cakap cukup sekadar bijak beri buah pandangan atau cadangan..
Bab masak itu bonus, lelaki tak kisah pun bab makan kedai berlambak yang penting tahu kegunaan asam garam gula bagai..
Ok, cukuplah 5 point saja aku bagi.. Harap bermanfaat buat kaum wanita.. Ingat lelaki cari jodoh memang akan lihat luaran.. Tak perlu cantik cukup sekadar buat mereka tertarik!
– Kak Nor (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit