Terima kasih admin paparkan confessions aku. Aku dah tak tahan sangat ni sebab ada orang perempuan play victim.
Aku ada baca satu post pasal orang perempuan kalau ada harta, selagi boleh tak nak suami dapat satu sen pun harta dia. Manakala orang laki pula, selagi boleh nak harta jatuh pada isteri dan anak2.
Itulah hakikat sebenar…
Bukan semua perempuan macam tu, tapi RAMAI macam tu. Dan paling aku meluat, bila kaum perempuan komen dalam post tu, “orang perempuan ni fikir anak2 saja”. Aku boleh kata itu semua membohong dan menyeleweng.
Benda ni banyak yang telah terjadi. Dan berlaku depan mata aku sendiri. Pada kerabat aku dan jiran aku.
Kes kerabat aku : sepupu lelaki aku amik life insuran untuk 3 anak dan isteri, lepas tu ada hibah apa ntah (betul ke aku eja “hibah” ni?), ada simpanan ASB, Tabung Haji, SSPN, rumah sewa dengan lain2 simpanan pelaburan.
Aku rasa campur KWSP semua ada lah nak dekat 800k. Semua dia letak atas nama isteri dia. Bini dia tak kerja. Suri rumah tangga sepenuh masa.
Dulu dia selalu mngadu dekat aku yang bini dia push suruh selesaikan urusan penama waris amenda tu semua atas nama isteri dia secepat secepat yang mungkin. Alasannya, kalau apa2 jadi dekat sepupu aku tu, dia ada duit nk besarkan anak2.
Takdir Allah, sepupu aku meninggal min masa nk pergi kerja. Accident kena langgar lari dekat MRR2. Semua kesian kat bini and anak2 dia.
Tapi aku dengan sepupu2 yang lain taw dah arwah tak tinggal kosong. Dia meninggal saja, dia dapat macam2 dari pelbagai pihak. Arwah kerja construction, dapat la bahagian dari CIDB, SOCSO lepas tu insurance company tu semua.
Alhamdulillah, cukup 6 bulan arwah meninggal, bini arwah dah ada laki baru. Hidup lah dia orang makan duit yang arwah tinggalkan untuk anak2 dan isteri dia.
Punya lah baik bini arwah, hantaran dekat laki baru motor RS150 Trico. Baik betul bini arwah.
Kisah jiran aku : Dah bercerai dengan laki. Tiap2 bulan laki bagi nafkah dekat anak2. Aku baik dengan laki tu. Punca bercerai pun pasal bini dia kantoi ada jantan lain.
Laki tu punya baik, taknak anak2 dia terabai bagi dia duduk rumah dia. Biar dia yang keluar rumah. Selalu dia tunjuk whatsapp ex wife dia minta duit itu ini atas nama anak.
Yang aku pelik, anak2 dia selekeh. Pakai baju lama, seluar koyak, bertampal. Anak2 selekeh, tapi mak dia orang yang dressup dah macam artis.
Ada satu hari aku nampak anak2 dia termenung dekat pintu. Aku saja lah tegur, tanya dah makan ke belum. dia orang kata belum. Terkejut aku budak2 tu kata mak dia 2 hari dah tak balik. Dia orang makan maggi, frozen food dengan biskut saja.
Aku panggil dia orang makan rumah aku, suruh dia orang mandi, aku cakap dengan bapak dia orang, aku bawa keluar jalan I city, lepas tu ronda KL. Happy la muka budak2 tu. Lagi cilakanya, kami balik pukul 11 malam, mak dia tak balik lagi. Esok pagi mak dia baru balik.
Kesimpulannya, tak payah nak nak cakap “perempuan fikir pasal anak saja”. Aku boleh kirim salam jari tengah. Itu semua membohong.
Macam aku cakap tadi, bukan semua perempuan macam tu tapi RAMAI yang macam tu. Buktinya? Korang boleh tanya mana2 perempuan pasal ciri2 lelaki yang dia orang nk kahwin. dia orang mesti boleh jawab lancar.
Tapi, cuba tanya dia orang dia orang nak laki kaya ke miskin. Jawapan dia orang adalah “kaya atau miskin tak kisah. Asalkan stabil dan cukup segala keperluan”.
Perkataan “stabil” dan “cukup” tu pun dah tunjukkan agenda dia orang. Dia orang tak taw miskin tu maksudnya tak stabil la. Dia orang tak taw kehendak dan keinginan manusia ni tak terbatas. Sebab tu tak akan pernah cukup segala keperluan.
Tetapi kenapa lelaki yang selalu dipersalahkan? Aku rasa something is wrong in our Malay society bila definisi lelaki sejati adalah yang mampu bagi kemewahan dan kesenangan pada orang perempuan.
Yang mana kalau kau boleh buat orang perempuan kau hidup relax tanpa buat apa2, itu dianggap satu kejayaan besar. Aku percaya sebagai lelaki Melayu, kau kena bagi orang perempuan kau ilmu dulu.
Terutamanya ilmu2 penting untuk survival macam tukar tayar kereta, car maintenance, self defence against orang jahat, etc. Barulah masuk bab duit kemewahan ni.
Sebab kau kena ingat, kau tinggalkan duit banyak2 pun, last sekali duit kau tu bini kau yang dapat. Kalau dia dapat laki baru, dia dengan laki baru dia yang guna. Bukannye kau… Kau dalam kubur dah, lepas tu kena soal dengan Munkar dan Nakir.
Disclaimer : Aku anti patriarchy system dan aku juga anti feminisme. sebab aku percaya dua2 jantina ada peranan masing2 yang dah ditetapkan oleh Allah swt. Tiada satu jantina superior dari satu jantina yang lain. Dua2 ada peranan.
– Tengku Ariff Kamarudin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Menda kau mengarut ni. Kalau semua perempuan pilih lelaki kaya, habis tu kenapa ada ramai lelaki miskin kawen?
2 perempuan sekeliling kau buat hal ni je trus kau generalize semua perempuan jahat.