Lelaki Terakhir Masuk Syurga

Assalamualaikum wbt. Sedikit perkongsian daripada ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Wadi Anuar (my feveret ustaz, hihi).

Seperti yang kita tahu semua umat manusia yang beragama Islam dan masih ada Iman dalam hati dia walaupun kebaikan yang dia buat hanya sebesar zarah (tersangat sikit) akan tetap dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah SWT tetapi wajiblah diseksa dan diazab dulu didalam api neraka atas segala dosa yang telah dilakukan.

So janganlah kita kata, ‘buat jahat pon ok nanti masuk syurga jugak’ sebab azab api neraka bukan sehari sahabat semua tp ada yang sampai ribuan tahun di azab nauzubillah.

Berbalik kepada tajuk di atas, Nabi Muhammad SAW sendiri menceritakan peristiwa ini kepada para sahabat bahawa beliau nampak dan kenal lelaki itu. Ini ada lah salah satu mukjizat nabi kita dimana Allah menampakkan peristiwa itu kepada Nabi Muhammad ketika peristiwa israk dan mikraj.

Lelaki terakhir itu keluar dari api neraka yang membara dan berjalan di atas titian sirat sebelum dapat masuk ke syurga. Setelah sampai di pintu syurga Allah sudah menunggu untuk menyambut lelaki itu. Allahu, ahli neraka yang dapat masuk ke syurga pon Allah dah tunggu untuk sambut inikan pula orang beriman yang masuk ke syurga mesti lagi disambut oleh Allah SWT.

Lelaki tersebut melihat ke dalam pintu syurga dan nampak sepohon pokok yang rendang dan air sungai yang mengalir dibawahnya dan dia pon berkata kepada Allah, “bolehkah aku duduk di bawah pohon tu dan minum air sungai dibawahnya”.

Lalu Allah pon menyuruh lelaki itu berjanji untuk tidak membuat permintaan yang lain. Lelaki itu pon berjanji tidak akan minta yang lain dah selepas itu lalu dia pon pergi ke pohon itu dan minum air sungai.

Setelah selesai minum dia pon melihat ada lagi satu pohon yang jauh lagi rendang dan elok lalu dia pon berkata kepada Allah, “boleh kah aku pergi ke pohon yang lebih rendang itu Ya Allah”. Allah pon berkata “bukankah kau telah berjanji yang kau tidak akan meminta lagi”. Lelaki itu pon tunduk.

Tapi Allah maha pengasih lalu Allah pon menyuruh lelaki itu pergi ke pohon itu dengan syarat lelaki itu tidak akan meminta lagi. Lelaki itu pon setuju dan pergi ke pohon itu. Selepas itu lelaki itu nampak ada lagi pohon yang jauh lebih rendang dari yang pertama dan kedua.

Lelaki itu pon dengan rasa tidak malunya minta lagi dekat Allah nak pergi kat pohon tu. Allah pon kata “bukankah tadi kau berjanji untuk tidak mahu meminta yang lain”. Lelaki itu pon tunduk lalu Allah membenarkan dia pergi ke pohon itu.

Setelah sampai di pohon itu lelaki itu melihat syurga yang sangat indah dan dia pon meminta kepada Allah untuk masuk ke dalam syurga. Nampak tak perangai manusia dihadapan Allah pon masih berdusta dan berbohong.

Allah pon membenarkan lelaki itu masuk dan pergi mencari istana dia di dalam syurga. Lelaki itu pon berjalan mencari istana dia tetapi dia melihat bahawa syurga telah penuh lalu dia pon keluar bertemu dengan Allah dan berkata, “Ya Allah, syurga telah penuh dan tak ada lagi tempat untuk aku”.

Sebenarnya Allah sengaja membuatkan lelaki tersebut nampak seolah olah syurga telah penuh dengan tujuan ingin bergurau dengan lelaki tersebut. Lalu Allah pon berkata, “masih banyak lagi tempat yang kosong dan menyuruh lelaki itu masuk semula. Allah berkata, “Aku telah memberikankan engkau kekayaan di syurga sebanyak 2 kali ganda bumi, 3 kali ganda bumi dan sampai 10 kali ganda bumi”.

Namun lelaki itu berkata, “Ya Tuhan ku bukankah engkau yang maha berkuasa tetapi kenapa engkau mempermainkan aku”. Sombong betul manusia kan dihadapan Allah pon masih berani berkata begitu kepada Allah.

Kemudian Allah pon menyuruh lelaki itu masuk semula ke syurga. Lelaki itu pon masuk ke syurga dan menikmati segala kenikmatan yang Allah beri kepada dia. Lelaki ini ialah yang paling miskin di dalam syurga dengan kekayaan 10 kali ganda kekayaan bumi. Subhanallah boleh bayangkan tak betapa besarnya nikmat syurga dan keseronokan di dalamnya.

Jadi kejarlah syurga Allah wahai sahabat sekalian. Dunia hanya sementara tapi syurga selamanya. Rugilah kita jika hanya kaya didunia tapi miskin di akhirat. Ahli syurga sendiri pon akan menyesal nanti kerana kalau mereka pulun buat lebih banyak amal ibadat mesti akan mendapat syurga yang lebih tinggi.

Kesimpulannya di sini marilah kita sama2 lebih kan akhirat dari dunia. Letaklah dunia di tangan kita bukannya di hati kita. Jangan lupa untuk minta syurga firdaus dalam doa kita. Semoga kita semua bertemu di syurga Allah SWT In Syaa Allah.

– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *