Lelaki Tidak Maskulin

Salam. Aku nak share pasal diri aku. Aku lelaki. Zaman sekarang kan, lelaki biasanya berfesyen. Contohnya, rambut potong tu ada style, bergaya, sikat siap berpomade. Kalau baju, contohnya nak ke kelas, pakai kemeja smart, fit2. Kalau seluar, fit sikit ikut bentuk kaki, seluar stylo, n kasut jangan cakaplah. Mesti berkasut yg trens sekarang. Itu pakaian.

Ada lagi yang lain. Macam aksesori. Wallet yang berkulit. Kadang suka pakai spec sebab nampak hensem n so on. Jam tangan cantik. Dan apa apa jelah janji nampaklah dia tu lelaki maskulin yang sedap dipandang. Macho gitu.

Masalahnya, aku bukan macam tu. Aku jenis tak suka berfesyen. Rambut aku separa panjang. Tak berminyak or pomade. Just kering dan aku suka bila ditiup angin, sebab nampak cool hahaha. Baju? Aku gi kelas suka pakai tshirt kolar je. Kalau kemeja pun, kemeja biasa yang tak perlu nak tuck in bagai. Seluar? Seluar biasa. Ada gak kadang pakai jeans tapi simple. Kasut? tu lah kasut kuliah, tu lah kasut jalan, tu lah kasut gi majlis hahaha. Sempoi habis.

Aksesori? Ada. Jam tangan. Aku punya jam, sampai dah hilang warna dah. Padahal jam Casio harga ratus2 gak. Sebab apa? Aku ni jenis lasak. Jam kalau pakai memang tak reti nak bukak. Itulah bawak gi kelas, masak, makan, mandi, main bola dan lain lain. Jam ni aku beli sebab memang jenis tahan lasak. Kalau kau tengok jam aku, memang buruk dah haha. Tapi aku tak kisah. Janji masih berfungsi sebagai pengukur waktu.

Itu secara luaran lah. Biasa kau tengok, lelaki kan suka kereta. Kalau beli kereta, mesti nak beli Honda, atau kereta2 yang nampak Sporty. Tapi aku tak. Aku tak minat. Siyes tak minat. Kawan aku tanya aku suka kereta apa. Aku jawab, kalau mampu nanti, nak beli 4×4. Dia gelak. Lepas tu tanya kenapa. Aku cakaplah. Aku beli 4×4, yang jenis belakang takda bumbung tu. Senang kalau berlaku bencana banjir, aku boleh tolong beri bantuan guna 4×4 aku. Boleh letak barang banyak2. Kereta pun tak cerewet, boleh redah banjir. Di sudut lain, aku boleh buat servis pick up barang. Ada income masuk. Yelah kalau beli Honda City, modify cantik2 kasi tukar eksoz bla bla, apa je kau boleh buat? Sekadar cantik di mata jelah. Tapi takda fungsi yang boleh menyumbang kepada masyarakat. Hahah jangan kecam aku. Ni pendapat aku kat kawan aku tu. Kau jangan terasa lak kah kah.

Lagi, aku kalau berjalan gi mana mana, memang sempoi habis. Kalau lelaki lain, diorang akan berhias selagi boleh. Rambut stylo, baju smart, seluar ada gaya, kasut berjenama bla bla bla. Aku? Tak heran pun. Kadang pergi Mall pakai track suit je. Kalau malas, pakai baju melayu n kain pelikat hahaha. Entah. AKu memang jenis tak minat bergaya.

Walaupun aku nampak macam ketinggalan, tapi aku masih menjaga. Means, gaya aku simple tapi sopan. Seluar tak ketat sangat. Baju tak fit sangat. Perfume? aku just pakai deadoran dan bedak sikit. Sekadar diri sendiri yang bau je. AKu tak selesa kalau bau wangi badan aku boleh dihidu ramai orang. Alasan, taknak didekati atas sebab bau wangi. Macam perempuan kan aku?

Biasanya lelaki bergaya ni agak pembersih. Makan nak cover cover. Dan macam macamlah. Yelah nak jaga macho kan. Supaya sedap dipandang. Tapi tidak pada aku. Bukanlah nak kata aku ni pengotor. Kalau kat kedai makan, kalau meja yang aku dapat tu masih belum dikemas, aku akan kemaskan dulu. Selamba je lah aku cedok sisa sisa makanan orang tadi tu, kumpulkan dalam satu pinggan, then susun elok2, lap2 meja tu dengan tisu. Dah ok, baru aku duduk dan ambil order.

Pernah sorang waiter tegur aku, kenapa kemaskan pinggan tadi, tu kan kerja dia. Aku jawab, aku tak kisah. Apa salahnya aku nak bantu ringankan kerja. Lagipun, aku cuba praktikkan amalan masyarakat negara maju yang selalu self service, walaupun di kedai makan. Waiter tu kata, kan dia dibayar untuk kerja tu. Aku kata, its ok. Takpa. Lalu waiter tu senyum dan ucap terima kasih. (Rasa macam lari tajuk, tapi takpelah haha)

Ha, lagi pasal aku. Lelaki kan salah satu tabiatnya, suka lepak di kedai mamak sampai jam 2 3 pagi. Borak dengan member, macam macam cerita. Tapi, aku tak. Aku suka juga makan mamak dan mamak adalah salah satu kedai feveret aku hahaha. Tapi aku jenis bukan melepak lama lama. Tak tahu kenapa. Ada kadang kawan kawan lama ajak keluar minum waktu malam. Aku pergi, takda masalah. Cuma bila jam dah menunjukkan pukul 12 malam, aku berundur. Member pelik siap cakap, alahai macam perempuan la takboleh stay lama. Aku jawab simple. Memang aku anak jantan. Tapi aku hormat mak ayah aku kat rumah. Aku tak sampai hati nak buat mak aku tertunggu2 anak jantan dia ni belum balik balik lagi. Member aku diam dan aku pun blah haha.

Satu lagi, pasal lepak dengan kawan ni, aku ni sebenarnya ambivert. Ada masa aku selesa bersosial, ada masa aku selesa bersendiri. Bila bab keluar dengan kawan, aku lagi selesa keluar berdua, atau bertiga sahaja. Itu pun dengan kawan paling rapat je. Aku tak berapa selesa bila keluar ramai ramai. Sebab, entah. Salah satunya, bila dah ramai ramai, macam macam cerita akan diceritakan. Dan dalam banyak banyak cerita, tak mustahil akan ada crita yang tidak elok, seperti mengumpat, membahan orang lain untuk dijadikan bahan ketawa dan lain lain. Mesti korang rasa aku poyo kan? acah acah alim. Hahah. Tak lah macam tu. Bagi aku, kawan is kawan. Gembira is gembira. Tapi bila terlalu gembira, kita tak sedar akan ada dosa tak disengaja. Masalahnya sekarang dosa mulut ni bukan benda ringan. Seeloknya aku mengelak daripada terbabit dengan gelak ketawa or bahan orang sampai jadi dosa. tu je.

Ha, berdasarkan contoh2 aku berikan ni, aku nak bagitau. Dari segi penampilan, aku suka simple, bersederhana janji sopan dan elok dipandang. Dari segi hobi fitrah lelaki macam memiliki aksesori, kereta dsb, aku lebih memandang fungsi daripada rupa. Rupa hanya memuaskan mata. Tapi fungsi adalah memenuhi keperluan. Thats why aku tak kisah jam tangan aku dah buruk, janji yang penting disiplin masa aku perlu lebih cantik dari rupanya. Thats why aku lebih berminat kereta 4×4 daripada kereta mewah or sporty sebab fungsinya.

Btw aku memang suka kerja2 kebajikan n volunteerism. So kalau aku nak memiliki sesuatu, automatik dalam kepala otak aku akan berfikir, “adakah benda ni boleh menyumbang sesuatu pada masyarakat?”. Tu sebab aku berangan nak beli 4×4, jenama Isuzu D-Max hahaha. Lagi, thats why aku tak suka melepak lama lama di kedai mamak or kedai makan hingga 2 3 pagi, sebab satu aku hormat parent kat rumah, dan kedua, aku tak suka dianggap ‘sama’ macam lelaki lelaki lain.

Korang rasa kan, dengan cara aku yang lansgung tak bergaya ni, yang entah apa apa, tak berfesyen, sempoi, tak menarik perhatian, tak hensem, suka hobi atau berperangai yang berlawanan dengan lelaki lelaki lain, kau rasa, ada ke perempuan yang nak kat aku?

Btw, aku single, umur 20 lebih dan belum fikir pasal jodoh sebab aku sedar diri aku anak jantan, ada banyak tanggungjawab pada keluarga. Lagi sekali, ada ke perempuan nak kat aku yang nothing ni? Jawab plish. Hoho. Thanks.

– Bronu Marz

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit