Lelaki, Tolong Belajar Common Sense

Assalamualaikum warganet. Saya berumur lewat 30-an, seorang surirumah & mak, kepada 4 orang anak dan 4 orang anak tiri. Jumlah keseluruhan, 8 orang anak (6 lelaki, 2 perempuan).

Saya bercerai dan berkahwin semula dengan seorang duda. Tapi bukan itu yang saya nak ceritakan atau lebih spesifik, untuk meluah rasa.

Saya penat. Penat sangat. Anak-anak saya termasuk tiri berumur dari 15 (L- tiri), 14 (L-tiri), 13 (L-sendiri), 12 (P- tiri), 9 (L-sendiri), 8 (L- tiri), 7 (P-sendiri) dan 4 bulan (L-sendiri dengan suami sekarang).

Yang berumur 12 dan 7 duduk dengan ibu mereka. Yang 15 dan 14 disebabkan PKP, mereka tinggal dengan saya dari hari pertama PKP sehingga sekarang.

Mereka anak yang baik (sekolah tahfiz), yang berumur 15 cukup sopan santun, cakap lembut, jadi imam untuk solat sekeluarga tetapi yang umur 14 tahun terlalu kontra dengan yang 15.

Pernah yang 14 tahun minta duit dr anak saya (13 tahun), dan dia dengan sendiri buka beg duit saya semasa saya takda, dengan alasan untuk ambil duit poket (dia nak bermalam di rumah kwn).

Pernah juga dia mengutip duit yang bertaburan di dalam rumah, untuk dijadikan duit dia sedangkan saya dah didik semua dlm rumah ni, kalau jumpa mana2 duit..masukkan dalam tabung.

Saya pernah luahkan rasa “penat” ni dengan suami saya. Pada mulanya, suami menegur anak beliau tapi lama kelamaan, suami hanya cakap “saya dah tegur, dia mcm tu jugak.. nak buat macam mana”.

Sepanjang PKP ni, saya banyak makan hati. Hampir keseluruhan kerja rumah saya yang buat. Dari mengemas (sapu & mop), membasuh baju, mandikan baby, tidurkan baby, suruh anak2 mandi + makan, masak etc.

Selalunya anak2 saya yang ambik alih tugas2 saya. Yang 13 akan jaga adik (tidokan, salin pampers, main dengan baby), yang 8 akan basuh, kutip baju, yang 7 akan sapu & mop rumah. Yang tiri, buat hal sendiri (main hp).

Saya penat. Sangat penat. Bila saya hilang pertimbangan (perempuan akan jadi marah tak tentu arah bila dia terlalu penat), saya akan mula bertengkar dengan suami. Suami pulak kerja dari rumah (WFH). Jadi, dia cakap ada masa2 yang dia tak boleh nak tolong saya.

Sedangkan Min, kerja dia mengadap hp & kertas kerja. Mana ada boss ker, co worker ker yang tengok. Apa la salahnya luangkan 10-15 minit untuk tolong saya sikit.

Yer, dia tolong. Bila disuruh. Kalau tak suruh, tak buat. Anak dia? Pun sama. Bila disuruh, baru buat. Tak suruh, tak buat apa2.

Pernah sekali (sebenarnya lebih dari sekali), saya terkejar2 untuk masak berbuka (api menjala atas dapur), baby menangis mintak disusukan (menyusu badan), rumah sepah.

Yang 15 tahun tolong pergi kedai (kedai dkt bwh jer), yang 13 tahun tolong masak, yang 9 & 7 mandi, tapi yang 14 tahun terkangkang main game dekat hp di ruang tamu. Selalu macam ni. Saya penat sangaaatttt.

Yang 14 tahun ni, tau2 semua dah terhidang, semua dah tersedia. Bila luah dengan suami, cakap..”kenapa tak suruh jer?”. Suami cakap, suruh jer dia atau anak2 dia buat apa yang saya nak diaorang buat.

Masalahnya Min, diaorang tu dah besar, dan bukan anak saya. Jadi saya ni ada lah rasa segan nak “buli” anak dia.

Kenapa susah sangat untuk ada rasa empati? Common sense. Tengok rumah sepah, tolong kemas. Tengok ada pinggan dalam sink, tolong basuh. Tengok bakul baju kotor dah penuh, tolong basuh. Tengok baju bersidai dah kering, tolong kutip.

Bukannya kena tebang pokok pun. Bukannya kena pegi tangkap ayam untuk buat lauk pun. Susah sangat ker? Memang nak kena suruh SETIAP HARI ker?

Tolonglah mak & ayah semua. Ajar anak lelaki & perempuan anda untuk sama2 buat kerja rumah. Latih dari kecik. Ikut apa yang dah dilandaskan oleh agama (ada kerja ikut aturan umur).

Itu belum cerita anak tiri yang umur 8 tahun. Mencarut siap yer kawan2. Cakap aku-kau, baling2 barang. Huarghhhhhhh.. saya tak kuat. Kadang rasa nak angkut anak2 sendiri, lari balik rumah mak dekat utara sana.

Dengan suami yang ada sifat “dia jer yang betul”. Kalau “berbincang” tu, jarang2 la dia akan dengar & buat apa yang saya mintak tolong.

Selalunya, 2 3 hari jer dia berubah, lepas tu jadi balik. Alasan dia, dia manusia.. senang lupa. Astaghfirullah alazim Min, saya ni kadang rasa nak telan2 jer suami saya ni.

Kawan2 tolong doakan saya terus kuat mental, psychical & emosional yer. Saya rasa macam nak tido tak nak bangun2 dah. Biar lah rumah sepah, biarlah baju tak berbasuh, biar lah buka puasa minum air kosong jer.

– Mak Yang Penat (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *