Assalamualaikum, harap2 admin approve since confession haritu aku cnp satu status yg sgt bermanfaat utk semua tp tak diapprove. Ape pun xpelah. Yg ni pun xapprove xtaulaa…
Macam tajuk kat bawah, pasal lelaki vs perempuan, nowadays, aku tengok yang lelaki dok condemn perempuan, perempuan dok condemn lelaki. Baru2 ni isu pasal tudung bawal vs shawl. Act, aku tak faham kenapa isu ni perlu dibahaskan lebih banyak drpd isu2 penting yg lain. Yang lelaki cakap mostly lelaki suka perempuan pakai tudung bawal(i know at this point some or few lelaki xtau tudung bawal mcmana, shawl mcmana cukup korg tahu bawal dan shawl berbeza xyah pening2 nk pikir bentuk rupa dia mcmana), yang perempuan pulak mempertahankan yg dorg pakai tudung untuk keselesaan sendiri, bukan untuk lelaki.
Ni view aku jela kan, aku rasa mcm xperlu kot pertikai benda ni. Lantaklaa lelaki nk bg pandangan dorg mcmana pun, kalau kita bijak, xyah pk sgt pun pasal benda tu, just pakai je apa jenis tudung nk dipakai.
Yang perempuan pulak, condemn lelaki xleh jaga pandangan, mata x-ray lah sume2 tu, gatal nak yg lawa je, nak perempuan yg baik2 xpernah buat dosa. Well, itu rasa seorang lelaki. Pastu dah bergaduh lelaki dan perempuan, lelaki sok2 tahu pasal perempuan, perempuan sok2 tahu pasal lelaki.
Lelaki kata perempuan mata duitan, nak lelaki yg berduit, belanja beso, bersiap lama berejam2, perli2 pastu twit pemes letak gambar perli2 perempuan vs lelaki. Yang perempuan pun bengang kutuk balik lelaki gitu gini. Mcm xde benda lain nak digaduhkan. Pastu bergaduh isu basuh pinggan mangkuk time raya pulak dahh. Amendeee la
Okay, agaknya kita lupa kott, LELAKI DAN PEREMPUAN TAKKAN PERNAH SAMA. Lelaki xyah sok2 tahu laa tudung mana yg terbaik tuk perempuan. Kau jadi perempuan dulu, kau tau laa susah payah dia mcmana. Biar jela diorg nak buat apa pun yg diorg suka. Yg sakit hati naw tgok perempuan pakai tudung jenis apa ni dah kenapaa.
Yang perempuan pulak, dah fitrah lelaki suka pada benda yg cantik dan perempuan, kau orang nak condemn pun xde kesan pape sebab lelaki is lelaki, xkan boleh tukar fitrah dia jadi perempuan walaumacamana pun kau org kutuk diorang. Buat hal masing2 dah laa, sendiri mau ingat mana betul mana salah. Dah kalau selagi ikut landasan agama yang pening2 naw sibuk2 tudung org tu gini lawa gini tak lawa apekebendenyeee. Biar jela kat dia.
Aku mcm xpaham kenapa benda ni perlu digaduhkan senangkan lelaki xkan faham fitrah perempuan, dan perempuan xkan faham fitrah lelaki. Ni tak, masing2 sok2 tahu perasaan dan jiwa opposite gender, and then pukul rata seolah2 semua opposite gender tu perangai sama. Hanginlah member tu xbuat salah pape tetibe kene pukul rata semata2 sbb dia lelaki or sebab dia perempuan. So, aku harap, xde dah laa isu2 yg xpenting gini diperbalahkan. Kita faham masing2 punya lumrah sudah. Buat pe laa sibuk2 acah2 tahu lumrah dan fitrah gender lain.
Bukan apa, nanti mati esok, xkan ditanya soalan mcmni, “haaa, si polan, kau dah faham dan khatam dah pasal fitrah si polanah tu? Kalau kau tak khatam lagi ke neraka lah tempat kau!!!” Aku tak taula kan kalau ada mana2 ayat ke hadis ke yg ada sebut benda2 gini wallahu a’lam, tapi bagi aku ini satu isu yg sangat2 tak penting untuk di ambil port.
Maaf andaikata post aku ni menyakiti hati mana2 gender, tapi aku harap kita xdela saling salah menyalahkan opposite gender atas isu2 yg xpenting gini. Selalunya condemn mengondemn ni based on hati dan perasaan, senang cite pasal percintaan lah. Sebabkan dia penah kecewa dengan pasangan masing2 or penah dgr cerita org yg penah putus cinta n kecewa sbb sikap pasangan masing2, terus dipukul rata semuanya. Kadang2 tu pasal isu bawak kereta, perempuan bawak kete teruk, lelaki pro lagi bawak kete dan benda2 xpenting yg lain. So, bawak2lah sedar diri dulu daripada dok sibuk2 sedarkan gender lain.
Apa2pun selamat hari raya maaf zahir batin kalau ada salah kata kasar bahasa mintak ampun mintak maap ye.
– Sang confessor