Confession ini berdasarkan pemerhatian hidup terhadap 2 lelaki yang kini telah menjadi warga emas.
Exhibit A
Perutku kini telah ditebuk 2 kali. Semasa muda, aku mengejar perempuan. Ya, aku ada rupa. Tampan dan tinggi. Isteri pertamaku, aku kahwini ketika di awal 20an. Dia lebih tua dariku.
Aku menceraikannya ketika dia mengandungkan anak keduaku. Sebabnya? Kerana dia terlampau garang. Aku tinggalkan semuanya. Kedua anak lelakiku. Yang kedua langsung tak pernah aku jumpa.
Selepas setahun, aku berkahwin semula. Selepas 5 tahun berkahwin, Walaupun bahagia, diberikan anak perempuan pertama, aku berkahwin lagi dalam rahsia di golok.
Perkahwinan itu kantoi selepas setahun apabila isteri kedua (perkahwinan ke 3) bersamaku dan kami terserempak dgn kawan baik isteri pertama.
Sebelum ini aku hanya mengelak dengan mengatakan aku pergi memancing seminggu sekali. Ketika ini, Isteri pertama daripada perkahwinan keduaku sedang sarat mengandung anak kedua.
Isteri ketigaku ini seorang janda. Dia adalah crush aku disekolah dahulu. Ketika kami berjumpa semula buat pertama kali, statusnya masih isteri orang dengan 3 orang anak. Namun semakin kerap berjumpa, semakin banyak luahan tentang rumah tangganya.
Aku simpati dan aku berjumpa suaminya untuk meminta dia menceraikan isterinya itu kerana ketidak adilan yang berlaku. Aku kononnya hero. Aku kahwini crush aku selepas dia selesai iddahnya.
Selepas diketahui isteri pertama, aku mendapat lesen besar dan aku memulakan giliran untuk adil. Aku mula membelikan semua kelengkapan rumah sama rata. Semua sebijik seposen. Giliran pula 2 hari berselang seli. Namun, semua ini hanyalah untuk 5 tahun sahaja.
Tahun ke 6 apabila lahirnya anak bongsu isteri pertamaku, aku mula culas untuk balik kerumahnya.
Dan culas makin culas sehinggalah aku langsung tidak balik2 kerumahnya. Alasannya? Tidak pandai melayaniku.
Anak-anak, aku abaikan. Daripada 2 lelaki sulung perkahwinan pertama, aku sekadar tahu pencapaian. Itupun daripada keratan surat khabar salam perantau.
Anak-anak isteri pertama, aku abaikan juga. Aku langsung tidak endahkan mereka. Walapun anakku itu berpanas selepas balik sekolah. Aku hanya mengambil anak-anak isteri kedua. Walaupun juga mereka bersekolah disekolah yang sama.
Anak bongsuku dari isteri pertama langsung tidak merasa kasih sayangku. Dia janggal dan kekok bila berjumpaku.
Kini? Ya kini, aku sakit. Ususku dipotong dan perutku ditebuk selepas 3 bulan perkahwinan anak perempuanku tahun lepas. Aku tidak mahu menjadi wali dan aku wakilkan kepada pejabat agama sahaja.
Ketika aku sakit dan bakal menjalani pembedahan, anak perempuanku tidak datang melawat walaupun sekali. Aku memohon ampun kepada isteri pertamaku dengan anak-anaknya yang lain. Iya lah, aku bakal dibedah dan mungkin mati.
Setelah pembedahan, Allah berikan kesembuhan. Mampu berjalan walaupun membawa bag najis.
Segala maaf dan salah silapku, aku lupa. Aku masih teruskan hidup dengan mengabaikan keluarga isteri pertamaku yang aku gantung tidak bertali.
Namun, selepas setahun, kesihatan aku merosot. Tapi kali ini keluarga isteri pertama sudah tidak mengindahkanku. Perutku ditebuk buat kali kedua.
Sehingga kini anak sulungku dan kedua tidak membawa cucuku. Dan aku juga tidak dapat berjumpa dgn cucuku yang baru lahir daripada anak perempuanku yang berkahwin tahun lalu.
Exhibit B
Kini aku ibarat orang yang merempat. Umurku sudah menginjak 65. Bukan aku tiada anak, tapi tiada seorang pun mahu menjagaku. Aku akui silapku. Namun sudah terlambat.
Aku akhirnya bercerai dengan isteriku tahun lepas. Selepas lebih 40 tahun bersama dan bergelar atuk dan nenek. Silapku? Aku mengutamakan isteriku sejak mula perkahwinan. Aku abaikan ibu bapaku dikampung.
Segala kemahuan isteri dan anak2 aku penuhi. Aku mempunyai 5 orang anak. 3 lelaki dan 2 perempuan. Dalam 3 lelaki itu, 2 adalah kembar bongsu.
Seumur hidup mereka aku manjakan. Hinggakan mereka telah berkerja dan berkahwin, aku kumpulkan anak2 hidup sebumbung denganku. Kerana pada isteriku, dia tak mahu anak2 duduk jauh dari dia.
Isteriku pula? Segalanya aku bagi. Intan, emas permata, perabut jati, bra harga 3k. Semua dihajati, aku usaha dan berikan padanya.
Hinggakan pulang ke kampung beraya aku sekeluarga tidur dihotel. Kerana isteriku tidak selesa tandas cangkung dirumah ibuku. Sedikitpun aku tidak pernah terpikir hati ibuku apabila aku perlakukan begitu.
Hinggakan ibuku membuat tandas baru. Semata-mata ingin menantunya tidur dirumah. Tapi, masih berdegil dan mahu tidur dihotel. Aku sanggup sewa hotel yang top untuk keluargaku.
Kini, aku sudah tidak berdaya untuk mengikut nafsu isteriku. Lalu aku ceraikannya kerana dia tidak mahu berubah.
Tapi, segalanya telah terlambat. Aku telah memberi contoh kepada anak-anakku yang pasangan adalah lebih penting dari ibu dan bapa. Tambahan pula atas hasutan bekas isteri, anak-anak tidak mahu menjagaku.
Aku sudah tua, aku tidak pandai menjadi orang susah. Selama ini, aku tauke. Boss untuk syarikat kontraktorku, tauke kedai makanku. Apabila aku tinggalkan semuanya, aku sudah tidak punya apa-apa.
Aku diisytihar muflis 15 tahun lepas apabila aku gagal membayar cukai. Tapi, ketika itu aku masih mempunyai simpanan dan mampu membuka restoran di Kuala Lumpur.
Semua itu tidak bermakna lagi. Aku semakin uzur. Anak-anak yang masih kisah hanyalah kembar berdua itu.
Namun seorang telah mengembara jauh ke Australia kerana marah terhadapku yang ingin menjual harta pusaka. Dia hanya video call sekali sekala menanya khabar dan ditegah ibunya dari memberi wang kepadaku.
Seorang lagi kembarku hanyalah bekerja sebagai tukang masak. Dia seorang sahaja yang betul2 ingin menjagaku. Tapi, aku segan. Kerana dia baru sahaja mendapat anak yang sulung. Apalah sangat gaji tukang masak.
Si isteri pula berada di Kuala Lumpur dan dia berada di Kuantan bekerja. Aku segan jika hanya duduk di Kuala Lumpur dengan menantuku tambahan pula dia anak yatim yang berada di dalam pantang. Sudah tentu bekas isteriku yang menjaganya. Anakku hanya tinggal dibilik sewa di Kuantan.
Ibuku masuh ada, namun, aku merasakan kedekutnya dia terhdapku. Tapi bukan salah ibuku. Umurnya telah lanjut dan aku ini hanyalah sebagai parasite. Aku tidak pandai membuat kerja-kerja rumah. Aku tidak pandai mencari rezeki bekerja buruh dan menoreh getah.
Kederatku bukan seperti dulu. Walaupun begini, aku masih merokok dan aku tidak malu meminta-minta dgn adik beradikku.
——————————————————————————————
Semoga kaum lelaki diluar sana dapat membuat keputusan bijak. Jadikan ini pengajaran.
Cerita diatas adalah berkenaan ayah dan bapa saudara saya. Dua-dua semasa mudanya hidup membongak.
Bagi bapa saudara saya tu, memang dahulunya selfish dan tak kan menolong adik beradik dan anak-anak saudara sendiri.
My dad? Itu hanya secebis sahaja cerita perlakuan kejam dia terhadap kami.
– Merah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit