Lelaki Yang Aku Cintai Adalah Seorang Gadis

Assalammualaikum. Terima Kasih admin sudi kongsikan cerita saya. Cerita ini sekadar perkongsian kisah benar yang jadi pada diri saya dengan harapan dapat dijadikan pengajaran kepada pembaca lain. Saya ceritakan kisah 2Tahun 5bulan hidup saya mencintai Lelaki dalam diri seorang wanita.

Saya ingatkan drama melayu TV3 je ada kisah mengarut macam ni, tapi ini reality yang jadi dalam hidup saya.

Pertengahan tahun 2016 semasa berada dalam semester akhir saya mengenali seorang lelaki bernama Azman Hafiz (Bukan nama sebenar) melalui whatapps. Saya seorang peniaga online, jadi saya tak pelik ada orang whatapps saya secara personal.

Ayat pertama whatapps “Hi awak, saya nak COD dekat Damansara boleh?”

Saya balas “Boleh, tapi sekarang saya tengah busy Final Year Project(FYP) , saya berada di UiTM Kedah, kalau sana dah balik sana boleh lah COD”

“Eh, kalau macam tu raya ni saya balik Penang, boleh lah jumpa, btw semoga di permudahkan FYP awak, kalau nak tanye ape2 saya tanya lah saya graduate engineering dulu mana tahu boleh share ilmu”

Saya balas “Ok awak”

Saya tak layan pon dia sebab hidup saya busy dengan belajar, bisnes sebab misi saya kumpul duit

Tapi …. 10hari lepas tu Azman Hafiz whatapps saya semula “Awak ada dekat uitm ke tu?”

Saya jawab “ya saya. Kenape ya?”

Dia senyap

Keesokan harinya ade seorang gadis hantar whatapps pada saya “Hi Cik, saya Jannah surprise planner, boleh tak saya nak jumpa cik sekejap ada kiriman”

Saya balas “Maaf cik jannah, daripada siapa ya ? sebab saya tak boleh terima”

Dia balas “ok kita jumpa dulu ya”

Saya “ok cik datanglah ke Hostel saya”

Daripada kirimin dia hanya tulis “Mr.Anonymous”

Saya terus whatapps Azman Hafiz “Awak bagi ya?”

Di tak nak mengaku sampai lah saya desak dan dia cakap itu hadiah sebagai salam perkenalan

Perempuan mana tak cair kalau hantar bunga, hantar whatapps di setiap waktu solat mengingatkan kita jangan lewatkan solat, bacakan yassin semasa saya bentangkan FYP, bagi hadiah Yassin, Al-Quran, hantar makanan , cair sumpah

Sampai lah saya intern dan bekerja dia buat perkara sama

Tapi KAMI TIDAK PERNAH BERJUMPA

Semasa hari lahir saya dia janji nak datang untuk pertemuan kali pertama dan meminta saya masakkan nasi lemak sambal kerang

Saya masakkan tapi sampai ke petang dia tak muncul

Saya cari daripada pagi ke petang call tak berangkat

Sampai lah dia muncul dia cakap “Ex Tunang dia tiba-tiba muncul dah dieorang bergaduh besar sampai ke balai

Tiba-tiba kakak dia di kenali sebagai KakYani muncul bagitahu jangan datang biar dia selesaikan

Tapi saya degil, saya datang juga cari dia ke Damansara dengan bawa nasi lemak sambal kerang

Sedih, mereka hanya ignore saya

Saya kecewa tapi Azman Hafiz pandai, selepas 5hari dia muncul minta maaf dan janji tak kan buat lagi sebab dia cakap saya je boleh terima dia

Berbunga lagi hati saya sebab kesian

Perkara masih berulang janji nak datang masa raya tak datang

Dia cakap dia buka bisnes tapi saya langsung tak tergerak hati nak tahu sebab saya buta dengan hadiah dan makanan yang dia akan hantar pada saya

Dia sangat CARING

Sampai lah dia pujuk saya untuk ambil takaful sebab saya selalu sakit dan buat kerja berat dan dia janji untuk membayarnya

Ok saya ambil takaful dengan Encik Azrie(bukan nama sebenar)

Memang dia yang bayar takaful saya untuk 4bulan pertama dan bagi saya duit topup sewa bilik RM100/bulan selama 4bulan

Tapi setiap kali masuk duit saya jadi pelik sebab bukan daripada akaun Azman Hafiz, tetapi daripada akaun bernama Nur Dania binti Iman Jusoh(bukan nama sebenar)

Saya pertikaikan, gaduh tapi dia jawab (itu no akaun staff saya, saya tinggalkan duit kat dia

Saya cuba buat Video Call dengan dia tapi dia mengelak

Saya ok, tapi rasa curiga makin menjadi bila hantar gambar (kononnya gambar dia) ada telekung di belakang, dia cakap itu sweater, ok lah

Setiap kali gaduh, saya tak dibenarkan keluar balik lewat, saya tak dibenarkan kawan dengan mana-mana lelaki,

Bila saat saya meroyan jadi hantu hati saya jadi tak sedap, perempuan kan always right, so saya pertahankan saya betul

Tapi dia pertahankan dia betul

Sampai lah hari khamis lepas, jam 7pagi dia marah saya sebab tudung saya singkat, saya cuma cakap “Ok dah delete, memekak je pagi-pagi ni, relax lah dulu, dah delete pon, mana ade singkat sampai lilit leher pon”

Dia jawab “Aku dah give up lah dengan kau ni, give up dengan perangai kau”

Saya cuma cakap “OK” dan saya block whatapps dia

Tapi saya ternampak ade seorang gadis mention dia dengan instagram yang dia create tapi tak pernah post gambar dia pon,

Saya terus PM gadis tersebut dan minta no hp, tapi dia tak balas

Saya cari Facebook gadis tersebut dan PM gadis tersebut , saya cuma tanya “Boleh whatapps saya tak di 01x-@&$ #€£¥”

Gadis tersebut whatapps saya, dan saya cuma bertanya “Berape lama kenal Azman Hafiz ? Pernah jumpa dia tak ? Macam mana sepanjang kenal dia”

Gadis tersebut jawab “Dah 9tahun, tak pernah jumpa, last dia contact saya bulan 8 masa birthday saya, dia bagi saya macam2, layanan dia baik sangat, ni dia ade cari saya kat whatapps”

On Point

Saya jawab “Awak layan dia saya cuba cari siapa dia sebab hati saya tak sedap sangat ni, 2tahun setengah je saya kenal tapi macam pelik”

Maka saya pon buka laptop saya, cari details tentang Azman Hafiz tapi tak jumpa langsung sebab sebelum ni pernah juga cari sama tak jumpa

Maka saya teringat nama penuh gadis yang Azman Hafiz kata kerani dia dan selalu tolong masukkan duit kepada saya, saya search tentang gadis itu tapi tak jumpa , saya cuma jumpa blog usang yang ada tarikh lahir, tempat tinggal dan nama penuh dia

Hati saya tak sedap, saya merintih pada Nya, tolong lah saya hamba Nya, saya tak kuat, saya sakit, jangan jadikan bunuh diri sebagai pilihan terakhir

Saya whatapps Dr Ahmad(Bukan nama sebenar) ceritakan tentang semua nya

Dr Ahmad call saya, dia cakap bertenang, benda ni pernah jadi juga sebelum ni dan saya rasa dia perempuan

Maka pencarian saya tak berhenti, 4hari saya tak makan, tak mandi, tak tidur sampai berat badan saya hilang 4kg untuk mencari kebenaran,

Saya teringat kawan sekerja saya di Mekah sedang tunaikan ibadah umrah, ini adalah pilihan terakhir saya, saya minta bantuan dia , saya mesej dia pada jam 2:39am “Assalammualaikum Aniq, boleh tak minta sangat-sangat doakan saya Mira Rafiza binti Razali (bukan nama sebenar) diberikan kekuatan, dan Allah SWT tunjukkan siapa Azman Hafiz dan Nur Dania binti Iman Jusoh yang sebenar sebab saya betul-betul tak kuat nak menghadapi dugaan ini,

Saya tahu ini amanah berat walaupun sekadar doa tapi saya tahu ini pilihan yang saya ada sekarang”

Keesokan harinya, jam 11:20pm saya tergerak nak search tentang service bisnes yang Azman Hafiz jalankan maka saya search di Facebook “Servis xxxxxxx Xxxxxxxx”

Tak Jumpa, tapi saya tekan “See All”

Yes, saya ternampak 1 facebook page yang profile picture dia sama macam Azman Hafiz pernah bagi saya sebelum ni dan dalam masa yang sama Aniq mesej saya, ” Alhamdulillah saya dan sampaikan kiriman dan pesanan awak, semoga dipermudahkan urusan”

Saya takut nak whatapps no yang page tu sertakan, saya call kawan baik saya adakah patut saya whatapps guna no saya sebab saya takut itu betul Azman Hafiz tapi nama dia Karim(bukan nama sebenar)

Dia cakap whatapps je, i doakan semoga dipermudahkan

Maka saya pon whatapps “Assalammualaikum Encik Karim, buat service xxxxxxx di xxxxxx”

“Ya saya, siapa ya, nak service xxxxxx di mana ya”

Saya tanya “Encik Karim kan ?”

“Ya, ni siapa ya?”

Saya pon bagi gambar yang selama ni Azman Hafiz bagi pada saya dan bertanya “Ini encik ke? dan budak ni anak encik ke?”

Encik Karim balas “Ya saya, mana awak dapat semua ni”

Saya jawab “saya xxxx, ada orang salah guna gambar encik”

Encik Karim jawab “sekejap saya video call nak pastikan awak ni betul ke tak”

Saya angkat video call tersebut dan sah rupa dia sebijik macam gambar yang selama ini Azman Hafiz bagi pada saya, saya tersentak saya tanya beliau kenal tak Nur Dania binti Iman Jusoh, beliau cakap kenal,

Saya cakap “Staff encik ke? encik pernah bermusuh ke?”

Encik Karim cakap “tak, kenal biasa je”

Maka Encik Karim cerita lah semua pada saya yang gambar tersebut dapat daripada IG dan Facebook dia, dia sudah berkahwin dan mempunyai 3orang anak (Nama-nama anak beliau selama kenal saya, Azman Hafiz gunakan sebagai nama anak kakak dia)

Saya senyap, saya terkejut, doa depan Kaabah tiada hijab, Allah SWT dah tunjukkan semua nya

Sampai lah Nur Dania binti Iman Jusoh ini whatapps saya, saya rasa dia dah perasan sebab Encik Karim dan saya dah block IG dan Facebook sebenar beliau dan saya update tentang “Sejahil-jahil manusia, sekali Allah nak tunjuk DIA tetap akakn tunjuk”

Azman Hafiz aka Nur Dania binti Iman jusoh whatapps saya “Assalammualaikum, sekarang macam mana ya, saya tahu saya tak boleh betulkan ape saya dah buat selama ni, saya tahu salah saya, saya minta maaf”

Saya terkilan sebab Azman Hafiz baik sangat dengan saya, dia bayarkan kelas ilmu untuk saya, dia belikan ape saja makanan yang saya teringin nak makan dan hantar melalui servis runner, saya tersentap dan tapi saya belajar terima kenyataan dia adalah perempuan dan memiliki suara lelaki, sebab tu selama ni saya tak perasan langsung suara dia, tapi saya pernah pertikaikan, kakYani yang sentiasa muncul apabila gaduh pernah call saya pertengahan bulan 9 dan saya perasan suara kakYani dengan Azman Hafiz lebih kurang dan bila saya pertikaikan dia gelak je.

Untuk Nur Dania binti Iman Jusoh, saya maafkan awak, awak pon dah mengaku bersalah, tapi tolong lah jangan bermain dengan hati kerana awak boleh membunuh tanpa menggunakan pisau.

Perkenalan saya dengan Azman Hafiz sangat-sangat beri kesan dalam diri saya, saya bukan perempuan kaki shopping, semasa kenal dia saya tulis 7impian saya dan saya dah capai 5daripada itu atas motivasi dia.

Terima kasih , semoga awak berubah dan tak bermain dengan hati orang lagi sebab awak baik dan saya tak rugi ape-ape kenal awak tapi hati saya sangat terkesan.

Kepada isteri En Karim, saya minta maaf sebab pernah sayang bayang-bayang suami Puan, tapi ikhlas dan jujur saya cakap, saya boleh move on kerana Sayang dan Cinta yang wujud dalam hati saya pada Azman Hafiz sebelum ni bukan kerana paras rupa tapi kerana dia terlampau perfect cipta kehidupan seorang lelaki yang tak pernah wujud dan bantuan Azman Hafiz kepada saya selama ini sangat bermakna.

Kepada pembaca, berhati-hati lah dengan perkenalan alam maya, sakit dia sama macam kehilangan orang yang kita sayang dan kepada gadis-gadis jangan terlampau mengharap yang sempurna kerana yang sempurna itu berbeza pada setiap orang.

Doakan saya kuat, doakan saya dipermudahkan urusan.

Yang Ikhlas,

– Miss Anonymous

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *