Lelaki yang baik

Assalamualaikum, perkenalkan saya T (bukan nama sebenar) saya ada bekenalan dengan seorang lelaki ni nama dia F (bukan nama sebenar). Kami sebaya dalam 20 an.

Kami berkenalan hampir 4 tahun. Sepanjang perkenalan layanan dia pada saya tak pernah berubah. Selalu baik, ambil berat pasal saya. Dia juga tak pernah biarkan saya seorang diri bila dalam masalah.
Dia selalu bagi kata2 semangat, positif bila saya down. Senang cite dia memang seorang lelaki yang baik.

Sampai dia pernah ajak saya berkahwin awal. Bagi dia tak elok kalau hubungan kami ni terlalu lama takut nanti jatuh pada fitnah, dan kalau boleh nak elak daripada zina, maksiat.

Alhamdulilah sepanjang perkenalan kami baru bertemu 2 kali walaupun tempat tinggal kami dekat area selangor juga. Tapi kami tak pernah lagi selalu keluar berdua. Sebab tu dia nak halalkan hubungan kami supaya nak elak dari dosa.

Tapi masalahnya awal bulan 9 dia akan sambung degree jadi macam mana kami nak teruskan kehidupan selepas berkahwin nanti?

Saya ada juga cadangkan kepada dia untuk nikah gantung. Tapi saya sendiri tidak pasti keputusan apa yang patut di ambil. Saya harap anda yang membaca artikel ini akan berikan pendapat bagi yang lebih berpengalaman daripada saya.

Selain itu saya sendiri keliru dengan perasaan saya. Saya nak tanya wajar ke kalau saya ingin berkahwin dengannya tapi sayang itu hanya sedikit tapi rasa cinta itu belum hadir lagi. Ini kerana dulu saya pernah dikecewakan mungkin kerana itu saya takut kalau saya akan dikecewakan lagi.

Saya terima dia pun kerana dia lelaki yang paling baik pernah saya kenal. Dan berharap dia mampu membimbing saya untuk dekat kepada Allah. Semua tu saya dapat lihat apabila kami tidak bersefahaman atau ketika saya tengah marah dia selalu jadi air yang menyejukan.

Dia jugak tak pernah cakap kasar kepada saya. Kerana itu saya menerima dia dan berharap saya akan jatuh cinta kepada dia bila kami dah berkahwin nanti.

Jadi soalan saya tadi :

1. Perlu ke kami berkahwin awal? dan bagaimana kehidupan selepas itu? Perlu ke kami nikah gantung? maksudnya hubungan dah halal tapi tidak duduk sebumbung.

2. Wajar ke perasaan saya ini? Mahu menikahi seseorang yang baik tapi masih belum ada rasa cinta dan rasa sayang itu hanya sedikit. Ada kemungkinan tak untuk saya cintakan dia selepas kahwin?

Sekian…

Terima kasih kepada yang sudi baca artikel saya ini. Maaf jika ada sebahagian cerita saya yang buat para pembaca menyampah atau sakit hati. Saya cuma nak tanya pendapat. Saya tahu mahu cerita atau bertanyakan pada siapa.

Mak dan adik saya pun menyuruh saya untuk segera berkahwin. Tapi seperti saya saya ceritakan di atas F akan sambung belajar. Jadi saya harap anda yang membaca cerita ini sudi untuk meninggalkan jawapan atau cadangan di ruangan komen.

Terima kasih sekali lagi. Jasa baik anda amatlah saya hargai.

– T (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *