Lelaki Yang Bodoh atau Wanita Yang Buta II

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sebab siarkan cerita aku. Dan terima kasih juga pada pembaca yang sudi tinggalkan komen pada cerita yang aku kongsi. Confession ini aku tulis untuk menjawab soalan yang korang ajukan di (https://iiumc.com/lelaki-yang-bodoh-atau-wanita-yang-buta/).

Pada awalnya aku tak nak cerita pada Amna (yang pasti bukan nama sebenar) aku share cerita dia di sini, tapi aku cerita juga dan aku bagi dia baca sendiri komen-komen korang. Alhamdulillah hampir semuanya komen positif.

Dan confession ini Amna suruh aku tulis supaya dapat menjawab pertanyaan korang semua. Amna ada keluarga, memang sekarang dia tinggal dengan keluarga. Mak dan ayah Amna orang kampung, ayahnya dah tak ada kudrat untuk berkerja. Dah uzur. Tiap bulan cuma harap ihsan dari bekas majikan yang beri ayahnya “pencen” itu pun sebab amanat mendiang orang tua si majikan.

Kalau bukan sebab amanat, mungkin tak ada pun sumber pendapatan untuk mereka. Ada adik pun, adik macam kacang lupakan kulit. Mungkin kerana mereka cuma adik beradik angkat jadi adiknya tak ambil pusing pun dengan keadaan Amna dan orang tua mereka. Part ni aku geram juga, dulu masa nak belajar, Amna usahakan sampai dia dapat belajar, grad semua.

Bila dah berkerja, jumpa jodoh, kahwin, terus lupakan orang yang banyak berjasa untuk dia. Amna memang tak ada motivasi untuk buat apa pekerjaan pun. Aku faham. Dengan mental torture yang Dia hadapi, semua berubah sekelip mata. Dan aku tak salahkan dia..

Part daftar nikah. Agak sedih juga bila aku dengar.. Dia tak ada sijil nikah yang ori. Semua ada pada si A. Pada Amna cuma ada salinannya je. Jadi, boleh ke kalau bawa salinan saja? Memang segala dokumen berkaitan nikah tak ada langsung pada dia. Sebab dia tak pernah terfikir keadaan akan jadi sampai tahap ini.

Sebelum ni pernah si A kata nak cerai, nak tinggal dia, tapi cuma cakap je lah, tapi bila betul-betul terjadi, dia pun buntu. Tak terfikir nak simpan sijil nikah yang asal. Dan yang lebih sadis, diorang tak ada surat pengesahan konsulat sebab masa diorang nikah, ustaz yang bawa mereka nikah di sana tiba-tiba letak extra charge dan mereka tak bawa duit lebih. Jadi surat dari konsulat dia tak ada. Kalau tak ada, dia kena lah ke sana semula untuk dapatkan surat tu kan?

Dia tak ada masalah kalau baby R tak dapat di binkan dengan nama si A atau tak letak bin pun, asalkan boleh dapat mykid dan boleh dapat rawatan di hospital kerajaan pun dah cukup bersyukur. Banyak pihak yang nak bantu sebelum ni, kesudahannya semua diam menyepi. Dengan keadaan kesihatan dia (penghidap MDD dan anxiety disorder) Aku cuba cakap baik-baik dengan dia, carilah kerja, mungkin lepas raya nanti boleh cari kerja, kerja biasa je pun tak apa. Asalkan ada sikit income untuk diri dia dan baby R.

Aku dah cuba sedaya upaya aku untuk tolong Amna semampu aku, sebab aku pun bukannya mampu sangat dari segi kewangan tapi aku cuba. Aku bagi dia pegang 1 kad bank aku yang selalu aku guna untuk bayaran kerja lebih masa aku tiap-tiap bulan. Memang tak banyak, tapi cukup untuk dia beli susu dan pampers baby R. Sebab dia pun banyak berjasa pada aku dulu.

Cuma baru-baru ni aku memang tak ada OT, aku cuma mampu hulur RM50 saja dan baby R tak boleh dapatkan rawatan sampai dia dapat jelaskan at least separuh dari bayaran bil hospital yang tertunggak tu. Loser sangat aku rasa tapi kali ni memang aku betul-betul tak dapat tolong dia. Ada juga aku cuba mohon bantuan kewangan dari beberapa kenalan yang berkemampuan dan pernah suarakan hasrat canang di media sosial kata nak menolong golongan yang memerlukan tapi hampeh. Semua sepi.

Aku buat confession ni bukan nak aibkan Amna ataupun sesiapa, tapi aku nak dapatkan jawapan, mungkin tak semua faham kenapa aku pulak sibuk nak tolong dia sedang dia tak tolong diri dia pun. Sebab aku nampak kesusahan dia, wang ringgit habis demi anak semua, pengorbanan yang tak dihargai. Mungkin ada juga kat luar sana yang ada masalah sama macam Amna tapi tak tahu apa nak buat, ke mana nak rujuk semua.

Aku mohon korang doakan lah dia dapat semula semangat dia, dikeluarkan dari kesusahan dan kesedihan, bangkit demi baby R.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *