Lelaki Yang Gilakan Nafsu II

Untuk part I, (https://iiumc.com/lelaki-yang-gilakan-nafsu/).

Assalamualaikum. Terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih kerana diberi ruang untuk aku meluah di sini. Aku sebenarnya membaca setiap komen kalian di ruangan komen.

Ada yang memberikan nasihat, kata semangat, menyuruh untuk bertaubat dan tak kurang juga melemparkan kecaman. Aku berbanyak terima kasih, semoga Allah membalasnya dengan seribu kebaikan.

Saudara saudari… Inilah kehidupan. Aku tak pernah menginginkan untuk bertemu dengan (Din) lelaki yang jahat itu. Kisah benar itu benar-benar terjadi dalam hidupku dan akibat daripada perbuatan zalimnya itu aku sedang mengalami depres hingga kini.

Aku sakit saudara saudari.. Beginilah cara orang seperti aku untuk mengurangkan kesakitan dalam menghadapi penyakit mental ini. Perlukan kekuatan & sokongan dari kawan, keluarga dan orang sekeliling.

Ramai yang bertanya bagaimana keadaan si dia. Aku menjawab, dia masih hidup. Cuma, dia lari dari masalah ini.

Dia tinggalkan aku sendiri. Dia tak mesej aku. Dia tak call aku. Dia tak bayar semua duit aku. Dia sedang berbahagia bersama kawan2 seagamanya dan masih berpewatakan ala ala islamiknya itu. Dia gembira tanpa rasa bersalah sedikit pun.

Aku tak nafikan memang ramai juga yang menyalahkan aku kerana bodohnya aku tidak mempertahankan maruah aku sendiri. Kononnya aku bukannya diletakkan pisau di leher sehinggakan tidak boleh lari dari nafsu si dia.

Aku katakan, itulah kesilapanku. Itulah kelemahanku. Manusia yang kalah dengan ujian. Manusia yang lemah dengan iman yang kurang. Walhal aku bukanlah tak tahu agama, aku kalah dengan cinta manusia yang bertopengkan syaitan bertahun lamanya.

Saudara saudari.. Banyak lagi kisah duka yang aku lalui. Terlalu banyak. Tetapi disebabkan aku masih bertahan dan aku berdepan dengan generasi anak bangsa, itulah sumber kekuatanku.

Allah campakkan rasa tabah ini dalam diri aku. Juga aku diuji dengan sakit mental depres ini juga bukanlah satu perjalanan yang indah.. Tidak.. Ianya sangatlah memeritkan.

Janganlah ditanya siapa dia. Jika aku sebutkan di sini bergoncangkan dunia. Sekeliling tidak akan percaya. Tapi segala bukti aku simpan kemas rapi.

Bukan aku sengaja untuk tidak move on. Dia ini sungguh licik. Sungguh mashaa Allah nampak alim.. Tak apalah. Aku berpegang pada prinsip tidak menjatuhkan seseorang dengan keaibannya.

Aku membaca setiap komen kalian. Aku duduk termenung memerhati semuanya.. Aku tahu aku silap dan menjadi pendosa. Aku cuma berharap si dia dapat membaca kisah ini dan mendapat balasan sesuai dengan doa orang yang dizalimi seperti aku ini.

Hadis dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

اتق دعوة المظلوم فإنها تصعد إلى السماء كأنها شرارة

“Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara.” (Hadis riwayat Hakim – sanad sahih).

Sekali lagi aku menyeru, jangan percaya pada lelaki yang berdelindung topengan agama yang dilakonkan. Ramai lagi asatizah yang berilmu dengan beraqidahkan manhaj yang sahih lagi lurus.

Terima kasih semua, doakan aku agar menjadi hamba yang bertaqwa. Wallahu alam

– Cik Sabar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *