Assalamualaikum semua. Terima kasih admin jika sudi panjangkan post ini. Aku seorang lelaki berkahwin berusia 20-an dan usia perkahwinan kami baru jejak 3 tahun. Dikurniakan anak perempuan yang kami berdua cintai.
Tapi aku menjadi mangsa keadaan di pelbagai pihak. Dari keluarga sendiri (mak bapak) dan keluarga kecil aku. Aku masih menetap dengan keluarga sendiri dan doakan dipermudahkan urusan aku untuk memilikinya setahun dua lagi. Aamiin.
Aku mempunyai ibu bapa yang old school. Berfikiran cara orang lama. Adik beradik yang lain cara pemikiran. Aku ada seorang isteri yang ada bipolar. Dan aku? Aku hanya ada perempuan untuk tenangkan hati dan perasaan aku.
Masalahnya ialah, aku mempunyai kakak yang juga menetap sama sekali dengan suaminya. Dan mereka dikurniakan anak juga. Ini bukan masalahnya.
Masalahnya ialah keluarga mereka jarang tolong aku untuk mengemas rumah tak kisah lah dari segi sapu rumah, mop rumah, cuci tandas, kemas dapur. Semuanya aku. Semuanya aku. Semuanya aku. Aku ada 6 adik beradik.
Bila aku luahkan perasaan. Aku dituduh berkira sedangkan itu tanggungjawab masing masing. Aku menangis sendiri, dalam otak asyik fikir malangnya hidup aku.
Bila saat nak toreh lengan menghabiskan hidup sendiri. Datang anak aku menegur ‘daddy’. Bila lihat aku menangis, terus dipeluk dan dicakap ‘jangan nangis’ pelat seorang bayi baru mula bercakap.
Astagfirullah. Menangis aku mengucapkan terima kasih padanya kerana menyelamatkan aku. Aku mengadu pada isteri ku. Kini dia backfire aku. Dia kata aku kuat mengadu untuk buat kerja dirumah.
Aku bangun seawal 6 pagi setiap hari. Kemas dapur bekas tinggalan sisa semalam oleh keluarga aku. Siapkan makanan untuk anak kecil ku. Aku hanya sarapan telur dan roti. Lalu berjogging di threadmill untuk hilang stress dipagi hari.
Pergi kerja jam 8 pagi. Balik kerja jam 6 petang. Mahu overtime untuk pengumpulan dana ‘balik cepat. Tak tahan jaga anak’. Jadi balik aku tanpa overtime sambil kirakan gaji bakal aku dapat hujung bulan. Bila hujung bulan menjelma. ‘nak beli beg? Nak beli baju’.
Apa yang hanya aku mampu balas ‘tunggu lah gaji. Gaji tak berapa nak cukup’. Sedangkan aku sendiri berpuasa di office. Aku mahu kerja overtime untuk dia.
Bila paksa overtime, anakku menjadi mangsa kebuluran kerana tak disuap makan. Tak dibagi mandi petang, tak dilayan main bersama sedangkan asyik berfb dan berinsta.
Bila aku balik terus mandi dan main bersama. Sudah selesai bermain. Baru aku nak tengok phone, sudah dikata ‘asyik tengok telefon je tau, layan anak taknak’ ya Allah. Dimanakah silap aku?
Anakku terjaga pagi buta minta susu, dibasuhkan berak semua aku yang buat. Cuci carpet, cat rumah, semua aku buat. Bila aku mengeluh. Apa yang aku dapat? Jangan berkira. Aku yang taktau atau mereka yang taktau?
Adikku mengeluh ada depresi dan dimasukkan ke ward tiga minggu, ibuku cukup risau sampai melonggarkan pantang larang keluarga kami iaitu merokok, tapi bila aku? Jangan berkira yang aku dapat.
Aku penat untuk hidup serba salah. Aku mampu bagi sedikit sahaja nafkah buat ibuku. Tetapi barang hampir semua aku cukupkan. Tidak padan dengan gajiku yang sedikit.
Orang tanyakan masalah aku moody dirumah, bila aku cerita, banyak mengeluh lah kau ni. Banyak mengadu lah kau ni. Jangan berkira. Nanti orang tak berkira.
Aku bukannya berkira, tapi aku penat untuk mencuci najis orang. Makan tinggal di singki, aku yang cuci. Masak tinggal kuali di dapur, aku yang cuci. Anak makan tumpah tumpah, lapnya tidak. Aku juga yang mop kerana risaukan semut menggigit anakku. Apa mereka tak risaukan begitu?
Aku nak kerja kuat. Kumpul duit untuk adakan rumah sendiri, dibisingnya jangan overtime. Kita tidak kebulur lagi dihujung bulan. Aku taktau apa lagi yang perlu aku buat.
Bila kami bergaduh, si isteri yang mula memaki, bila aku berdiam, dikatanya aku tak respon sedangkan aku taknak bersuara dalam keadaan sudah tegang. Jadi semua ini tidak diselesaikan. Hanya dilegakan oleh kehadiran anak perempuan ku.
Tapi aku rasa aku tidak punya waktu yang lama didunia ini. Daripada terus disakiti, aku rela terus tamatkan riwayat ini.
Mungkin ini membuatkan kesakitan aku terhenti buat selamanya dan mungkin juga keluarga akan senang dengan ketiadaanku yang cukup tak suka dengan cara pemikiran orang lama.
Itu sahaja coretan buat kali pertama ini dan mungkin terakhir. Sekian terima kasih.
– Entah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit