Lelaki Yang Tersakiti

Hai semua aku nak berkongsi cerita tentang Lelaki Yang Terpaling Tersakiti. Semoga ada pengajaran yang boleh dapat untuk semua…

Nama aku Dina (Bukan Nama Sebenar) yang kini berusia 30an sudah. Aku masih single masih mencari seseorang yang sudi untuk berkenalan rapat terima aku seadanya.

Aku ni bukan jenis bersosial pun keluar rumah pun jarang cuma ada satu jalan saja lah yang menghubung aku dengan dunia luar. Itu media sosial dan aku guna satu apps yang iaitu Dating Apps FB.

Aku ada lah kenal seseorang dari Apps terus direct contact telegram bagi mudahkan urusan ta’aruf.

Okeylah untuk diri aku dengan usia aku yang macam sekarang ni aku mahukan yang betul-betul serious untuk ke next level iaitu melangkah ke alam perkahwinan.

Aku pun dah tak suka nak main-main, buang waktu Tau dengan usia yang macam ni. Tapi apa-apa pun aku tetap berusaha.

So macam biasalah aku kenalkan diri, apa yang aku buat. Aku tak bekerja sebab aku menjaga mak aku yang baru jer pemergian ayahanda tercinta akhir tahun 2023. Aku tinggal berdua jer dengan mak aku sekarang ni.

Dia pun cerita jugaklah tentang diri dia dan sebagai. Rupanya dia ni ada lah bekas banduan. Terlalu open jugak orangnya, Kes apa dia tak bagi tahu.

Aku macam woooo takut jugak tapi layankan ajerlah. Aku tak pernah pun terlibat dengan hal yang macam ni, kenal dengan orang yang macam ni, ni kira first time la untuk aku.

Untungnya aku ni bukan jenis yang nak judge terlalu cepat. Cuba positive dan tenangkan diri sahaja. Tapi untuk diri si lelaki ni pula adalah sebaliknya.

Hari pertama perkenalan, aku dah kena judge macam-macam. Dia judge aku sama macam perempuan lain yang suka ambik kesempatan. Dia cakap aku macam perempuan yang sebelum ni dia kenal. Guna dia untuk kepentingan nafsu jer.

Dia pun terbuka sangat yang dia cakap dia pernah buat sesuatu hubungan terlarang dengan perempuan lain sebelum ni.

Aku pun terkejut, cuma aku fikir mungkin lepas keluar penjara ni dia nak berubah. Bijak orangnya Bab hukum hakam akidah dan sebagainya.

Tapi tula kan kesilapan tu mungkin pengajaran bagi dia. Ingatkan dia nak berubah. Rupanya baran gila orangnya.

Puncanya dia cakap aku macam tu sebab aku dah mengantuk dah tertidur dah pun. Cuma aku buka line tu.
Lepastu dia keep call call call aku balik guna line telegram tu… itulah punca dia mengamuk.

Lepastu dia spam mesej banyak-banyak maki aku cakap sama jer dengan perempuan lain. Aku pun terfikir lah… Aik aku ke yang dia cakapkan tu?. Siapa yang rosakkan siapa sekarang ni?. Ambik kesempatan.

Tak sampai 5 jam aku kenal dia boleh cakap aku macam tu. Kononnya dialah yang terpaling tersakiti dengan kisah silam dia yang lepas. Tak pasal pasal..

Allah macam tu sekali aku kene. Walhal aku ni bukan jenis bersosial orangnya..

Aku bersyukur jugaklah Allah dah selamatkan aku dari aku terus hancur kenal dengan lelaki yang macam ni. Dan membuatkan aku lebih berhati-hati lepas ni. First and last aku contact mamat ni.

– Dina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *