Lelaki Yang Tidak Lulus Kursus Kahwin

Assalamualaikum. Thanks admin sudi siarkan ranting aku ni. Aku straight to the point saja lah. Aku seorang perempuan yang dibesarkan dalam keluarga yang fungsi seorang ayah itu tidak jelas. Dibesarkan oleh ibu dengan gaji ibu. Gaji ayah jika ada pun yang terspend untuk kami sekeluarga tak sampai 5% dari gajinya yang 2 kali ganda lebih besar dari ibu. Kenapa? Ayah aku ada dua bini ka? (Tanya tipikal netizen yang suka tengok drama melayu) Bini dua takda. Makan luar, ya. Aku mmg ckp direct sebab aku takde rasa pada ayah aku. Ayah aku spend full untuk diri dia dan mak dia. Opah aku jenis jelous dengan menantu. Insecure sgt. Dia ingat anak dia bagi dia duit kurang bulan2 sebab kami spend banyak. Padahal kira okaylah dia merasa. Kami tak dapat apa. Lepas ayah meninggal kami dapat hutang dia puluh ribu dengan bank lagi ada. So, terima kasih banyak2 opah sebab dah bagi this hurtful experience untuk kami hayati. Ibu aku pernah nangis2 cerita kat opah tapi dia konon tak percaya padahal dia tau dah anak dia mcmna, siap membangsatkan ibu aku lagi ada. Kesan dia, kami adik beradik mmg tak ada rasa even bila ayah meninggal. Of course kami dah maafkan dia. Dia tetap ayah.

Aku selaku anak sulung, perhati je struggle ibu aku, kerja ofis hour, buat side income nak bagi cukup keperluan kami. Tapi Allah bagi pinjam rezeki ibu tak putus-putus. Alhamdulillah. Allah juga bagi pinjam kekuatan dan kesabaran untuk ibu hadapi semua ni. Malam-malam aku curi-curi dengar ibu menangis atas sejadah. Anak mana tak sebak. Tipu lah kalau aku tak dendam langsung pada family ayah sbb cara dorg besarkan ayah yang buat ayah jadi lelaki yang mementingkan diri. Itu dulu, sekarang aku dah maafkan atas permintaan ibu. Dulu aku kagum dengan kekuatan ibu. Aku rasa kalau aku, mungkin aku minta cerai. Aku dah kahwin skrg dan sadly, suami aku pun jenis tak pass kursus kahwin macam arwah ayah aku jugak. Duit spend banyak untuk diri sendiri dan keperluan mak dia. Sampai berhutang puluh ribu. Nice. Skrg, aku kena tanggung dia dgn anak2 pulak. Mak dia pun species opah aku jugak. Dah la rajin sindir2 aku. Padahal dia sedar aku tanggung anak dia. Kerja2 rumah lepas kena amukan dengan aku baru suami nak BELAJAR buat. Ya belajar buat. Sebelum ni aku rasa pinggan pun dia tak pernah cuci kot sebab kalah sloth cara cucinya. Gila la aku nak kena buat sorang semua dari duit belanja, kerja, mengandung, kena potong hidup2, kena jahit hidup2 nak dapat anak dengan kerja rumah sekali humban kat aku. Depress pun boleh bro. Kalau ada yang sibuk risau suami aku buat kerja rumah, no worries gais, alhamdulillah suami aku sedar salah dia dan rumahtangga kami sekarang lebih harmoni selepas dia bersama-sama buat kerja rumah. Malah, aku dan anak2 lebih sayang dan hormat suami aku sekarang.. Nafkah perbelanjaan ni ada turutannya gais, diri sendiri, isteri dan anak2 barulah emak and etc.

“Kejamlah kau bancuh direct suami ko? Taknak cium bau syurga ke?” Aku tanya satu ja gais..kau rasa neglect hak isteri dan anak-anak sampai bertahun-tahun boleh buat kau hidu bau syurga? Prinsip aku simple, salah tetap salah. Walaupun kau family. Actually, especially sebab kau family, aku tegur direct sebab aku sayang kau. Aku tak nak suami aku jadi macam ayah aku. Nanti bila anak2 aku dah besar, dorang jadi macam aku adik beradik pulak takde rasa ada ayah padahal wujud je dalam rumah. Paling tidak, aku nak suami aku konsisten tolong buat kerja rumah. Lepas dah habis hutang sia2 dia tu pun tetap jugak kena buat kerja rumah sebab nak bagi contoh yang baik untuk anak2. Aku refuse nak hasilkan generasi lelaki tak pass kursus kahwin. Mampu ke aku jadi sekuat ibu? Doakan aku peeps.

Untuk lelaki2 yg tak(belum) pass kursus kahwin di luar sana, selagi hayat masih ada berfikirlah. Jgn selfish. Tenung muka anak bini. Happy ka dak? Jgn tipu diri sendiri. Jgn rasa mak korg perfect. Pesan ibu aku, seorang ibu tu dikira berjaya bilamana anaknya boleh mengenalpasti baik buruk ibunya. Sebagai anak, tegur paling tidak, jgn ikutkan sgt. (Inhale exhale) Assalamualaikum.

– Perempuan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit