Lelaki Zaman Sekarang

Assalamualaikum. pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada admin kerana sudi post confession ini. sebelum itu, aku mohon maaf jika confession ini ada mengguris hati sesiapa terutama sekali bagi kaum Adam. manalah tau takut ada yang bash aku lepas ni ke kan? dan mungkin ayat-ayat yang aku pakai dalam post ini agak santai tapi mestilah ada yang makan dalam jugalah kan.

okay, habis dengan intro tadi. aku merupakan pelajar diploma tahun akhir di sebuah ipta dan sepanjang 2 tahun aku di sini macam-macam jenis manusia yang aku jumpa di menara gading yang amat berbeza dengan semasa di zaman sekolah dahulu. terutamanya LELAKI. tak dinafikan ramai lelaki-lelaki baik yang aku jumpa di sini tetapi ada juga yang perangai macam harem. haha tu dia ayat pedas dah keluar. hok alim-alim kucing, hok anok orang kaya yang manja sungguh dan yang paling ramai hok perangai macam buaya. memang dekat universiti yang aku duduk ni macam-macam jenis binatang ada, biawak,ular tapi paling banyak buaya lah. buaya berkaki dua dan tak berekor. faham-faham sajalah ye.

Dan aku lihat lelaki zaman sekarang tak sama dengan lelaki zaman dulu. biasa kalau baca post ke apa mesti cerita pasal perempuan dulu vs perempuan sekarang kan. sebagai contoh, perempuan dulu lebih bersifat kemelayuan,sopan santun, budi bahasa bizara tapi perempuan zaman sekarang ganas, lasak, tak boleh buat kerja perempuan dan macam-macam lagilah. geram jugak bila baca post macam tu kadang-kadang sebab tak semua perempuan macam tu.oleh itu, apa yang aku nak share ni pun bukan semua lelaki perangai macam tu, jadi nak terima atau tidak itu terpulang. So, sekarang aku akan share antara ciri-ciri lelaki zaman sekarang yang tak boleh dibuat suami. sila hadam baik-baik ya.

1.MALAS

Antara ciri lelaki zaman sekarang yang paling nampak lah. takpayah tengok jauh-jauh, dekat sektor pekerjaan pun kaum wanita yang mendominasi. mana lelaki? pupus dah ke? kalau nak lebih dekat sikit , di universiti pun dah nampak dan memang menyampah kalau jumpa lelaki yang pemalas ni. aku ada terbaca satu tweet tentang lelaki kelantan kebanyakannya pemalas. sebenarnya aku tak setuju dengan kenyataan tersebut sebab lelaki negeri lain pun aku tengok ada teruk pemalasnya. lag satu, pakcik aku pun orang kelantan tetapi dia sangat rajin bekerja dan memang aku sangat respect dia. sampailah aku masuk ke alam universiti barulah aku perasan kenyataan tu ada betulnya juga tetapi tak semua lah.

Namun, ada jugalah terselit seorang mamat ni yang berasal dari kelantan. aku jumpa dia masa sama-sama masuk sebuah badan beruniform dan masa tu ada kem yang dianjurkan oleh universiti. awal-awal sem perangai okay lagi, tapi bila dah hujung ni mulalah buat perangai. bukan dia seorang, semua lelaki pun gitu jugak. nak dijadikan cerita dia merupakan ketua seksyen bagi kumpulan aku tapi tak pernah melibatkan diri langsung sepanjang kem tu. padahal dia sebagai ketua seksyen kena sentiasa update tentang keanggotaan dalam pasukan tu. last-last orang yang takde kena mengena yang kena ganti jadi ketua seksyen. bila aku check balik, rupa-rupanya dia sedap tidur dalam khemah, goyang kaki, melepak kat dengan budak memasak lepastu dok kacau orang dengan aku sekali kena kacau. ikut hati nak aje aku ‘jack’ kepala dia, nasib baik dia tinggi jadi kaki aku tak sampai. amboi, orang penat buat kerja tapi kau yang dapat nama. banyak cantik muka kau. unta dekat padang pasir pun tak malas macam kau tau.

2.MANJA/GEDIK/MENGADA-NGADA

Ingatkan perempuan aje ada 3 perangai serangkai ni rupa-rupanya lelaki pun ada malah lebih teruk. kalau yang anak emak tu lainlah, aku boleh bezalah anak emak dengan manja ni macam mana. Ayah aku pun anak emak juga tetapi takdelah teruk sangat, sampai nak buat apa-apa pun asyik nak mintak dengan mak je. Manja,gedik dan mengada-ngada yang aku maksudkan di sini ialah kau nak buat pernagai bergitu tapi tak kena masa dan tempat. Yalah, masa orang tengah serius tiba-tiba kau buat perangai mengada-ngada siapa yang tak marah? Yang aku lihat sekarang lah memang lelaki zaman sekarang manja belaka, yalah dah biasa hidup mewah, bangun je semua dah ada. yang aku jumpa ni pula spesis yang kene suruh baru terhegeh-hegeh nak buat itu pun lambat sangat. kena mak kejut baru bangun. itu tak cerita lagi solat subuh ke tak. yang itu wallahualam antara kau dengan Allah. tapi kalau disiplin sesama manusia pun tak boleh nak buat, habis dengan Allah macam mana pulak?

Biasa yang manja perangai 3 serangkai ni anak orang kaya lah yang aku jumpa. Air sikit pun nak complain, kurang sikit je itu tak kenalah ini tak kenalah, benda-benda lasak pun tak boleh nak buat, ada yang aku jumpa nak hidupkan api pun tak reti. kau ni lelaki ke pondan? ini kalau campak dalam hutan, mati. yalah, kalau dekat tempat biasa pun kau tak belajar macam mana hidup susah, macam mana lah kalau tiba-tiba kau tersesat dalam hutan ke lepastu tak boleh buat apa-apa haa. aku cakap macam ni sebab aku masuk badan beruniform dan dah rasa hidup hutan dengan takde apa-apa. air pun takde nak mandi apatah lagi. memang susahlah tapi itu yang mengajar kau untuk survive diri bila dalam keadaan macam darurat macam tu.

3.BAJET HANDSOME

Ini pun merata lah yang aku jumpa tak kira di dalam atau di luar kampus. lagi-lagi yang instafamous, budak-budak baru nak up tu, harap muka handsome je tapi apa pun tak boleh buat. contohnya memang ada dah depan mata aku, muka boleh tahan handsome tapi nak buat kerja-kerja lelaki pun tak boleh. macam mana kau nak jadi pemimpin/ ketua keluarga kalau apa pun tak boleh buat. tahu main instagram, wechat, menyanyi dekat smule konon tunjuk muka tapi suara hampeh.itulah yang aku nampak perangai lelaki sekarang. nak cerita ayah aku masa muda dulu, muka tak handsome pun biasa je haha tapi sebab ayah aku kerja kuat kumpul duit, pikat keluarga ibu aku untuk kahwin dengannya. ingat senang ke?

ada pulak yang aku jumpa muka tak adalah handsome sangat pun tapi dia punya perasan handsome adoi aku pula yang menyampah. spesis macam ni pun berlambak jugak, kalau setakat bergurau tak kisah lah ini yang setiap kali jumpa ada je benda nak suruh dipuji. ini memang spesis tak sedar diri lah kan. lagi satu yang aku perasan lah tak tahu lah betul atau tidak, nak tunjuk dia laku ke tak dia akan usha lah seorang perempuan padahal tak suka pun saja je nak test. then, bila dah dapat perempuan tu dia akan heboh lah lat member-member yang dia dah ada awek untuk tunjukkan yang dia laku dengan muka hancur. Start situ lah dia akan rasa bajet handsome sebab dia berjaya tackle seorang awek, konon bersweet-sweet dekat story instagram. ha tunjuklah kat semua orang, tak kahwin aku gelak.

okay rasanya setakat itu sajalah ciri-ciri yang dapat aku senaraikan berdasarkan apa yang aku nampak tentang lelaki zaman sekarang. kesimpulannya tak semua lelaki ada ciri macam tu, tapi memang nak cari lelaki yang betul-betul budiman macam ayah-ayah kita dulu memang susah yalah mana manusia sempurna kan. apa-apa pun aku nak mohon maaf sekali lagi jika entri ni agak kasar dan mengguris hati sebahagian kaum Adam.semoga dengan post ini kita sama-sama berubah dan menjadi yang lebih baik. yang baik dijadikan teladan , yang buruk dijadikan sepadan. sekian wasalam.

-Ace-

– Ace

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit