Lelaki Zaman Sekarang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, para pembaca IIUM Confession sekalian.

Mesti ada yang tertanya-tanya kan apa maksud tajuk luahan kali ni? Perkara ni aku dah lama perasan tapi tak terfikir untuk diluahkan dalam ni. Jadi, hari ini aku rasa sedikit rajin nak menaip.

Nak dimulakan cerita, aku ada kawan, namanya Madi (sememangnya bukan nama sebenar). Kami berkawan sejak di universiti.

Semakin lama, persahabatan kitorang semakin rapat, terutamanya selepas habis belajar. Kami selalu berborak pasal lelaki. Ya, lelaki.

Aku ni jenis suka melayan apa saja isu yang Madi nak ceritakan, dan kadang-kadang kalau ada masalah berkaitan dengan lelaki pun aku akan cerita pada dia.

Kami ni boleh dianggap kawan baik. Tak ada perkara yang tersembunyilah bak kata orang. Semua hal dalam kain kitorang kongsi.

Nak dijadikan cerita, Madi rajin ‘catfish’ lelaki-lelaki heteroseksual dengan menggunakan akaun sosial palsu. Nama dan gambar akaun-akaun dia semua perempuan.

Cara dia catfish tu biasa saja, tapi yang peliknya, ramai lelaki heteroseksual termakan umpan dia – termasuklah suami orang.

Aktiviti ni dah lama dia buat, mungkin sebab bosan atau memang tabiat dia. Dia selalu juga kongsi cerita dia catfish lelaki pada aku.

Aku dengar saje cerita dia dan kadang-kadang ada juga dia kongsikan ‘screenshot’ perbualan dia dengan lelaki-lelaki tu, termasuklah gambar alat kelamin dorang.

Aku tak naklah bercakap pasal Madi dan kenapa dia buat benda tu semua sebab aku tahu, kalau aku suruh dia berhenti catfish orang sekali pun, tetap akan ada ‘wanita’ lain yang buat perkara tu.

Buktinya? Ramai saja lelaki termasuklah influencer yang dah jadi mangsa catfish ‘wanita’ di media sosial.

Isu yang aku nak bangkitkan dekat sini, kenapa ramai lelaki (termasuklah suami orang) sangat mudah nak termakan umpan ya? Termakan umpan satu hal, kenapa sibuk nak melayan ‘perempuan’ yang tak dikenali dengan mudah?

Banyak saja kisah yang Madi cerita pada aku, termasuklah ada lelaki yang hanyut melayan Madi sampai ajak kahwin dan siap hantar video menangis merayu tak nak ditinggalkan.

Lelaki-lelaki yang hantar gambar dan video alat kelamin tu tak perlulah cerita – berlambak.

Baru-baru ni, apa yang terjadi dan membuatkan aku nak meluah dalam IIUM Confession ni, aku ada bekerja di suatu institusi.

Dalam institusi tu mestilah ada bos yang bermacam tahap, contohnya ketua jabatan, ketua pengarah dan sebagainya.

Pada mulanya, aku tak berapa suka dengan salah seorang bos dalam jabatan lain sebab dia tu acah bagus, dan aku sengaja bagi sosial media dia pada Madi, kononnya nak tengok sejauh mana dia melayan Madi.

Okey, aku bagi namanya bos X. Dia sebenarnya dah berkahwin dan ada anak.

Madi pun mula catfish macam biasa. Jauh di sudut hati, aku percaya bos X takkan melayan sebab daripada cara dia di tempat kerja, dia jenis bos yang dihormati. Jadi, dia perlulah jaga tatasusila dia.

Beberapa minggu lepas tu, Madi beritahu aku yang bos X dah termasuk dalam perangkap dia. Gambar selfie dan alat kelamin dia semua Madi berjaya dapatkan.

Bos X siap ajak Madi jumpa di rumah lagi sebab isteri dia outstation. Aku terkedu. Dalam masa yang sama, aku rasa serba salah.

Dalam hati aku “kenapalah kau mudah sangat termakan umpan orang yang kau sendiri tak pernah jumpa?”

Apa yang membuatkan aku lebih hairan, perbualan mereka tu berlaku hanya di Instagram, platform yang sama bos X muat naik gambar isteri dan anak-anak dia. Tak rasa apa-apa ke?

Selama ni aku cuma dengar cerita Madi saja, tapi kali ni orang yang jadi mangsa tu ialah orang yang aku kenal dan aku macam tak percaya.

Bila aku fikirkan semula, kenapa ramai lelaki macam ni wujud ya? Macam mana nak sedarkan mereka bahawa mereka pun perlu jaga kehormatan diri? Bukan apa, aku kesian dengan para isteri yang dapat suami macam tu.

Korang yang membaca ni pun jangan terus nak kecam ya bila baca luahan ni, sebab perkara ni boleh berlaku pada sesiapa pun, termasuklah ayah, suami dan adik-beradik lelaki korang,

Sama juga macam isteri mangsa-mangsa tu semua – dorang tak sedar pun benda ni berlaku pada suami dorang.

Tujuan aku tulis luahan ni sebab aku nak semua pembaca lelaki untuk SEDAR! Korang semua pun perlu jaga kehormatan diri. Kalau tak kesiankan diri sendiri, kesiankanlah pada anak bini.

– Yan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *