Hi, saya ingin meluahkan pendapat saya sebagai seorang perempuan.
Saya seorang perempuan yang bekerjaya, gaji takdelah besar mana tapi cukup untuk tampung diri, kemewahan sendiri dan juga memberi duit pocket mak dengan ayah.
Hidup saya takde lah senang dan takde lah susah sampai terdesak tu. Family juga biasa-biasa sahaja tapi family saya jenis pentingkan kerjaya dan kelulusan.
Hidup tak senang tapi parents saya jenis pastikan anak-anak dia belajar sampai uni, ayah saya kerja biasa saja tapi dia jenis rajin, dulu memang ayah saya ada dua-tiga kerja untuk sara family.
Saya dari kecik jenis faham keadaan keluarga, dan memang membesar tanpa “meminta-minta” kalau nak diam je atau kumpul duit sendiri.
Saya cuma nak luahkan apa yang saya rasa dengan lelaki zaman sekarang, jenis tak rajin? kata lembutnya.
Compare to lelaki zaman sekarang perempuan ramai yang kelulusan sampai ijazah walaupun skills taklah sebagus mana kan, kita tolak ketepi yang tu sebab tu topik lain pulak.
Tapi rata-rata lelaki yang saya jumpa mostly triggered dengan perempuan yang belajar tinggi-tinggi dan gaji mereka lagi tinggi.
Gaji based on kelulusan atau pun experience depends on you punya bidang tapi dalam bidang saya yang ramai lelaki ni memang based on experience kalau lelaki tu pandai mencari dan mengambil peluang lah ye,
Cuma gaji atau pangkat tak boleh lebih dari orang yang kelulusan lagi tinggi dari merekalah, contohnya orang yang pegang sijil/dip dengan ijazah.
Sebabnya lelaki zaman sekarang tak suka belajar tinggi-tinggi lebih suka bekerja dan cari pengalaman tapi lepas tu menyesal tak belajar tinggi sebab susah nak naik gaji above 5-6k.
Jadi mulalah dengan “mana ada perempuan sekarang yang nak lelaki gaji 1.5k or bawah 3k” like seriously? itu persoalan saya.
Saya honestly tak kisah gaji lelaki berapa sebab mostly yang lelaki nak kenal dengan saya diorang akan bagitahu gaji diorang dulu “you okay ke gaji saya tak besar, 2.8k je, you nak ke hidup bersusah payah”.
Honestly saya tak kisah pun asalkan rajin bukan redha dengan gaji begitu, ikhtiar orang cakap.
Kalau ikut sayalah, gaji saya mampu untuk tanggung diri sendiri so kisah apa saya dengan lelaki gaji begitu, itu kalau difikirkan secara kasarnya lah. Tapi mostly lelaki kalau diberi muka begitu dia jadi naik kepala.
Saya cakap macam ni sebab ramai dah saya jumpa begini hahaha even dalam kalangan family saya juga, buat saya rasa macam “tolonglah sedar diri wahai lelaki”.
Saya pernah kena push dengan sorang lelaki ni sebab saya terima dia seadanya honestly saya memang tak kisah dan terima dia seadaannya tapi bagi saya after kahwin no 50/50.
Duit saya, duit saya sebab saya pun bersusah payah ambil masa lama untuk sampai ke tahap ni. Tapi lelaki tu cakap dia tak mampu tapi nak kahwin, saya macam “lahhh ukurlah baju dibadan sendiri”.
Bende ni logik ye, duduk bandar gaji bawah 2.8k kalau duduk sorang tak kisah, kalau dah kahwin, rumah pun takde, kereta pun masih bayar loan, nanti dah ada anak? Confirm takkan cukup takkan nak mengemis?
Tapi lelaki yang saya kenal ni dia jadi tak sedar diri bila saya terima dia seadanya, dia fikir “okay boleh kahwin sebab dia jumpa perempuan yang boleh terima dia, apa jadi after kahwin belakang cerita.”
Saya ada duit sendiri jadi saya tak kisah sangat pasal semua tu, saya mampu untuk provide semua bende untuk diri sendiri, tapi saya tak nak bila saya dah terima mostly lelaki jadi macam ni.
Macam, “ouh okay lah ada perempuan nak okaylah tu mampu ke tak belakang cerita”. Kenal baru sebulan dah ajak kahwin bila tanya tempat tinggal atau duit simpanan untuk kahwin dia cakap, “adalah tu nanti, janji kita kahwin”. Biar betul awakk hahahahaha.
Kadang kelakar pun ada, ingat kahwin ni main-main ke, kahwin sehari dua lepas tu tak mampu nak jalankan tanggungjawab, cerai? macam tu ke hahahahha.
Betul saya tak kisah pasal gaji atau duit tapi nafkah tanggungjawab suami kan ke tidak? Saya jenis cukup-cukup makan okay dah, tapi before kahwin dah minta 50/50 hahahaha takk kott.
Tanggungjawab tetap tanggungjawab. Boleh terima, tapi kesedaran kena ada ye, jangan bagi betis nak peha.
– Sunny (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
circle awak je kot laki camtu.
Adik-adik, jangan sekali-sekali terima konsep 50-50.
Awal-awal kenal, perempuan perlu be firm dengan lelaki. Jika hati kamu sebagai perempuan tak redho nak share duit, jangan terima lelaki yg suka konsep 50-50. Merana hidup kau dik. Makan hati berulam jantung.
Doa banyak-banyak dan dirikan solat minta pada Allah lelaki yang boleh pikul tanggungjawab sbg suami yg tahu dan amalkn ilmu agama dengan baik.
Kenapa saya cakap begini? Bila isteri burn out disebabkan jadi tulang belakang (nafkah dia yg tanggung tak kira la suku, separuh atau semua), rezeki pasangan tu makin lama makin sempit. Rezeki bukan tentang harta saja, ketenangan jiwa juga adalah rezeki. Mulalah isteri hilang hormat dan rasa diri tak dihargai suami. Dan anak-anak jadi mangsa. Sebab apa, keberkatan dalam nafkah itu dah hilang.
Lelaki adalah pemimpin. Suka tak suka, kena terima ketetapan Allah iaitu SUAMI yang wajib beri nafkah. Bila lelaki start mengelat dari beri nafkah lagi-lagi kalau dia sebenarnya mampu tapi saja nak 50-50, tunggu je lah ujian dan kifarah dosa. Bukan nak takutkan tapi banyak dah jadi macam ni dalam masyarakat.
Ya allah betul apa br Ibrahim kata… saya dtg dari family mcm tu 20 tahun mmg bagi kesan trauma kpd anak²… walaupun anak² semuanya belajar elok, tapi kesan trauma tu ada, nmpk kitorg normal, tapi sebenarnya problematic… allah je tahu :(
bagus awak berfikiran mcm ni, sebab memang kebanyakan lelaki sekarang terlalu selesa bila isteri banyak ambil alih hal rumah tangga lagi2 bab duit ni, sy tgk majoriti dr circle kwn sy pn byk wife yg tanggung beban duit ni…jgn jdi mcm sy sebab “selesakan” ex husband sy dulu, lama2 sy yang penat tanggung beban..jadi buatlah pilihan yg bijak sebelum dpat title J mcm sy skrg ni..nasib baik sy tak ada ank dgn ex husband..so mmg buat hal msing2 je lepas bercerai tu…semoga awk jumpa jodoh yg bertanggungjwb..klau xde jodoh kt sni xpe, dekat akhirat semestinye pasti.
Peliknya lelaki di sekeliling awak.
Kerja orang lelaki dari dlu sampai sekarang byk guna kemahiran, tempat kerja berisiko, kerja tengah panas tapi gaji tetap kecik cthny kerja2 construction, buat jalan, perladangan, potong rumput, semua tu kerja guna tenaga org lelaki, org pmpn takkan buat. Kalau khususkn pekerjaan yg gaji besar utk org lelaki, org pmpn takkn setuju wlpn llki yg akan tanggung keluarga
Kerja orang lelaki dari dlu sampai sekarang byk guna kemahiran, tempat kerja berisiko, kerja tengah panas tapi gaji tetap kecik cthny kerja2 construction, buat jalan, perladangan, potong rumput, semua tu kerja guna tenaga org lelaki, org pmpn takkan buat. Klu kerja org lelaki ni gj besar xkn jd isu. Jk khususkn pekerjaan yg gaji besar utk org lelaki sbb dorg yg akn tanggung keluarga, org pmpn akn stuju?
Tak perlu pun khususkan macam tu, kuncinya adalah target kelulusan tinggi kalau nak gaji besar. Bende dah obvious rajinkan diri, bukan tambah lagi something yang tak perlu di debate kan
Betul setuju! Ramai lelaki zaman sekarang begini sebab banyak perempuan sekarang independent dan lelaki mula ambil ringan atau mudah hal tanggungjawab nafkah atas sebab perempuan pun dah independent dan bagi alasan ekonomi. Kalau nak tengok issue2 mostly banyak sangat yang kena bela biawak hidup lepas kahwin. Bukan nak pukul rata tapi banyak begini ye.
Bukan materialistik ye tapi tanggungjawab nafkah itu adalah tanggungjawab suami. Kita perempuan bila dah ada duit sendiri, tak perlu pun provide lebih2 asalkan basic nafkah tu kena ada, macam bayaran rumah, kereta, dapur bende basic kehidupan orang cakap. Tak kisah lah gaji perempuan besar mana, lelaki tetap kena provide nafkah kalau tak mampu jangan teruskan dulu. Practise rajinkan diri dulu.