Hi, Assalamualaikum, saya nak beri pendapat dan luahan dekat sini, just my 2 cents. Dah lama saya perhati dan pendam.
Pernah dengar ayat ni “Even a top tier Man is just an average Woman.” Betul tak semua manusia dekat muka bumi ini mempunyai sifat dan sikap yang sama. Tapi untuk zaman modern ni, terlampau banyak lelaki yang “rosak”. Why?
Kenapa dengan ayat tu, is it true? Yes. Lelaki adalah leader. Tapi cuba perhati lelaki zaman sekarang macam mana, bersepahlah yang gay, yang jadi biawak hidup, yang rosakkan perempuan.
Saya nak huraikan satu persatu. Lelaki yang tak merokok, tak mencarut, yang pandai masak, yang tak pernah curang, tak pernah tengok “corm”, stable job, pandai kemas rumah, emotionally stable, respects others, bercakap dengan sopan santun, tak keluar malam, tak liar dan jaga pandangan adalah sangat rare untuk zaman sekarang, betul?
Tapi kebanyakkan sifat perempuan and even more adalah begini, dimana rata-rata orang kelaskan perempuan begini adalah average atau “biasa” dah.
Tapi tak dinafikan ada juga perempuan yang liar zaman sekarang, bersepah, yang berasap-asap ada tapi kebanyakkan nya tidak. Kenapa “kebanyakkannya” tidak, cuba lah interview perempuan random, tanya sama ada mereka ni rokok atau vape ke tak, 70% boleh jumpa yang tidak ye.
Tapi ini lah yang dikategorikan “perempuan biasa-biasa”. Tapi ada lah orang cakap “alah perempuan tak merokok/vape tu haruslah or biasalah” tapi kalau lelaki dia jadi luar biasa, betul?
Contoh, jenayah. Korang pernah dengar lelaki diseksa sehingga mati dengan teruk oleh sekumpulan perempuan, sepertimana seorang perempuan yang bernama Junko Furuta diseksa oleh sekumpulan remaja lelaki? Ada? tidak.
Kes diddy pula, korang pernah dengar lelaki diseksa oleh teman wanitanya seperti mana “girlfriend” diddy ni diseksa sendiri oleh diddy sendiri (iaitu teman lelaki perempuan itu) dan dijadikan hamba “s*ks”. Pernah dengar perempuan lakukan perkara begitu pada lelaki? Tak pernah.
Leader. Lelaki zaman sekarang mana berani bercakap pasal tanggungjawab sebenar “leader” sebab kebanyakkan lelaki zaman sekarang tak boleh nak pikul tanggungjawab yang berat tu. Lagi-lagi cakap mengenai tanggungjawab seorang suami.
Malah ada yang elakkan untuk berkahwin sebab tidak mahu komitmen atau tidak mampu untuk lakukan “tanggungjawab” yang dah ditentukan oleh ajaran islam itu sendiri. Bersepahlah jumpa orang yang elak tanggungjawab macam ni. Mereka nak dihormati.
Perempuan harus hormat dan tunduk pada lelaki. Itu mereka nak tapi tanggungjawab hancur, dan kalau nak soalkan tanggungjawab ini mereka terus jadi bisu, kunci mulut terus, atau terus jadi half lelaki half wanita. Yang penting kahwin 50-50. Kalau kau perempuan bekerja, kau tampung hidup kau sendiri. Maksud “50-50” lelaki-lelaki ini.
Education. Perhatikan seramai mana lelaki yang “gagal” dalam education kemudian menyesal di kehidupan selanjutnya. “Alahai, ruginya dulu tak belajar betul-betul. Dulu selalu main-main. Dulu tak matang nak berseronok je, biasalah lelaki”tapi tergugat bila jumpa perempuan yang ber education tinggi.
Dan mula lah seorang lelaki yang rasa dia tak mampu dari segi semua perkara dan mula lepaskan tanggungjawab mereka sebab “tidak mampu” dan dari situ lah permulaan perempuan yang ambil alih tanggungjawab lelaki.
Kenapa? sebab salah perempuan. Perempuan nak gender equality, terlampau banyak gerakkan Feminism yang brainwash pemikiran anak-anak muda dan perempuan sekarang sehingga kaum lelaki ini dia rasa tidak mampu dan tergugat, kata-kata sekumpulan lelaki tersebut.
LGBT. Perhatikan berapa ramai lelaki yang nak menjadi seperti seorang “wanita”. G*y berapa ramai sekarang? kenapa?
Sebab lelaki juga mahukan princess treatment atau layanan seperti seorang perempuan, nak dibelai lembut, bila merajuk kena pujuk belikan hadiah, nak berdandan seperti perempuan, nak dilayan oleh “lelaki” seperti mana lelaki layan perempuan diwaktu-waktu dahulu, kan?
Why gay? sebab lelaki memahami apa yang lelaki nak dan perempuan tak dapat fulfill apa yang lelaki mahukan. Perempuan datang bulan, dia pun nak datang bulan juga. Silap-silap ada yang sanggup nak pregnant atau bersalin. Korang faham lah walaupun tak faham, haih susah.
Macam perempuan takde pulak? Semestinya ada. Mana boleh takde golongan terpesong ni, kalau tak mana balance. Tapi sangat susah nak jumpa betul? Sebab perempuan pun nak dilayan oleh lelaki, sebab sifat “lelaki” itu yang membuatkan perempuan ni jatuh hati. Tapi mana lelaki? Entahlah.
Bila fikirkan, banyak lelaki yang macam perempuan zaman sekarang. Dahulu yang gagah perkasa, bertanggungjawab, malah berbangga menjadi seorang leader, berbangga memikul tanggungjawab yang besar sebab itu yang menunjukkan seorang lelaki ni hebat, tapi sekarang takde, banyak yang menyorok.
Tapi bukan bermaksud lelaki tak pandai berlawan, tak pandai seni mempertahankan diri, atau lembut macam nyah tu, tak boleh jadi gagah perkasa. Boleh, tapi itulah.
Tapi bukan salah lelaki. Salah mentality zaman sekarang. Kebebasan, lelaki semua boleh perempuan tak boleh. Tanggungjawab, eh kenalah equality, baru adil dan saksama.
Lelaki pun ada perasaan, dan juga manusia, jadi haruslah dilayan sama seperti seorang perempuan mendapat layanan baik dari society. Tapi lelaki mesti dan harus dihormati, perempuan kemudian.
Betul, bukan salah lelaki. Tapi dunia sekarang kan terlampau kasar sehinggakan lelaki zaman sekarang dah takde kejantanan mereka or mereka takut. Entahlah, tapi tak semua. Ramai je lelaki yang betul-betul “lelaki”. Tapi ibarat mencari air kosong yang beracun dalam 10 cawan yang berisi air kosong sama. Begitu juga perempuan.
Tapi kalau lelaki takut nak jadi lelaki, perempuan semestinya nakkan lelaki membimbing mereka, habis tu siapa nak jadi lelaki? Fikirlah sendiri..
– unidentified (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit