Lelong

Assalamualaikum. Aku Umaira usia 30 tahun. Aku tak tahu nak mula dari mana. Aku tak nak salahkan sesiapa tapi dalam hati kecil tetap rasa terkilan.

Aku ada 6 beradik, aku yang ke 4. Atas aku ada abang 2 orang, seorang kakak dan 2 adik lelaki dan perempuan bawah aku. Kami adik beradik kerja hanya biasa biasa sahaja.

Lebih kurang 20 tahun yang lalu, ayah aku miliki pekerjaan yang lumayan. Tuntutan kerjanya menyebabkan dia berulang dari pantai timur ke Johor.

Kami dari keluarga yang tak senang, disebabkan ayah aku sejenis bijak, pandai cari jalan dan orang-orang senang bekerja dengan ayah atas kepakarannya.

Keluarga kami dapat jalani hidup senang untuk kerja yang aku bagitahu tadi. Waktu tu aku dalam 13 tahun. Rumah lama kami kecil, makanya ayah aku buat keputusan membeli rumah cash dengan hasil kerja lumayan dia.

Rumah sudah di beli. Keluarga kami amat senang dengan rumah baru ni. Besar dan selesa. Ayah buat perjanjian dengan tuan rumah baru untuk di bayar secara tunai rumah baru kami.

Tuan rumah bersetuju dan ayah sempat bayar dalam RM50-70k untuk 2,3 bulan dengan harga rumah RM130k ketika itu. Namun, tuan rumah tiba-tiba berubah fikiran dan mendesak untuk selesaikan baki secepat mungkin.

Ayah di asak oleh tuan rumah, mahukan duit rumah dengan segera dan ketika itu pekerjaan ayah memerlukan jumlah duit juga untuk modal.

Ayah membuat pinjaman bank dengan jumlah agak besar, mungkin rm200k begitu dan jaminan geran rumah yang baru beli itu. Dan ayah menyelesaikan baki rumah pada tuan rumah. Ayah mampu bayar pinjaman tersebut setiap bulan.

Sangkaan panas hingga ke petang tapi hujan di tengahari. 2 atau 3 tahun berlalu, ayah di kianati di tempat kerjanya sehingga dia di buang.

Ayah kembali bekerja di negeri kami. Kerja ayah tak tetap. Pinjaman bank mula tak dapat dia selesaikan. Surat amaran dan pelbagai surat dari bank mula sampai ke rumah. Dan rumah kami bakal dilelong.

Selama lebih kurang 17 tahun hutang masih belum selesai dan kami masih menetap dirumah yang akan dilelong bank.

Banyak kali surat mahkamah sampai memaklumkan rumah akan dilelong pada harga sekian sekian.

Ayah cuba selesaikan dan berunding dengan pihak bank untuk menyelesaikan hutang itu, namun bank menolak.

Setiap tahun rumah dilelong tapi tiada pembeli. Mungkin terlalu mahal. Dan akhirnya beberapa bulan lepas rumah kami telah ada penyambut lelong dengan harga RM360k.

Sekarang kami menyewa, abang abang dan kakak semua sudah berkeluarga. Tinggal aku dan adik adik yang tinggal bersama ibu dan ayah.

Aku sangat tertekan dengan keadaan sekarang. Ayah aku sekarang bukan lagi kuat tapi dia tetap bekerja untuk buat rumah atas tanah pusaka ibu.

Tapi, ayah aku sering kali di kianati teman sekerja, sehinggakan kerja bermatian tapi tak diberi bayaran, sering di tipu dan dipergunakan.

Ayah kurang berkongsi masalah yang dia hadapi. Yang menanggung kos kehidupan kami, aku dan adik adik, tapi gaji kami tak besar juga.

Sesekali abang kakak juga membantu tapi aku taknak menyusahakan diaorang sebab diaorang pun bekeluarga dan tak senang juga.

Sewa rumah sekarang sangat mahal, dan kami terpaksa juga menyewa kerana perlukan tempat berteduh.

Hari hari aku mengenangkan nasib, ayah dan ibu hari hari tua mereka masih menyewa dan tiada tempat tinggal sendiri.

Kadang kadang duit kami juga tak mencukupi dengan kehidupan sekarang yang serba mahal. Setiap hari aku down. Gaji kecil dan ada beberapa komitmen.

Persoalan aku sekarang, duit dari hasil lelongan dari rumah, memang tak akan dapat ke? Kalau dapat ambil masa berapa lama ya?

Kalau dapat sedikit dari hasil lelongan rumah itu, aku akan agak sedikit lega sebab duit itu boleh membantu ayah dan ibu membina rumah kecil untuk mereka berteduh dari menyewa.

– Cik Mah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *