Bismillah. Terima kasih admin kalau post saya ni disiarkan.
Saya tak nak sambung cerita rumah mertua kotor, rumah menantu bersih seperti yang sedang viral sekarang ni even saya sendiri ade pengalaman macam tu. Biarlah saya sendiri yang tahu tanpa perlu membuka aib sesiapa.
Saya nak kongsi cerita macam mana saya mula jadi seorang yang “nampak”. Boleh panggil saya Pajo je. By the way, saya perempuan awal 20 an.
Masa kecil dulu saya jenis berani sebab tak pernah nampak hantu atau senang cerita tak pernah tengok cerita hantu.
Jadi bila abang saya minta teman ke bilik air pon saya rasa abang saya ni penakut dan pelik. Yelah kan, pergi buang air pon nak berteman. Hehe.
Cerita bermula apabila saya masuk ke sekolah menengah masa nak ambil PMR tingkatan 3. Saya jenis suka belajar sendiri dalam bilik. Rumah saya jenis rumah 2 tingkat. Bilik saya di tingkat atas.
Saya mula belajar selepas isyak, saya diganggu dengan lembaga besar hitam di belakang pintu bilik. Dia tak kacau, dia cuma tengok saya je. Saya cuma buat tak tahu. Bila buat tak tahu, dia ajak geng dia datang. Main atas katil saya.
Katil saya ni jenis kayu, jadi kalau ade yang melompat dari kepala katil ke atas katil memang sangat-sangat perasan la kan katil tu bergoyang teruk. Tapi still saya tak takut.
Lama-lama diaorang dok main kat katil tu, saya rasa terganggu, jadi saya buat keputusan untuk bawak buku dan duduk di tempat “budak perempuan” tu lompat. Tiba² senyap. Takde lagi goyang.
Saya teruskan study dengan bersandar di dinding katil tersebut. Saya bawak sekali buku-buku letak kat sebelah tempat saya duduk.
“Budak perempuan” tu terus duduk atas buku saya dan tengok sekali ape yang saya sedang baca.
Saya agak terkejut sebab dia buat macam tu. Jadi saya ambil keputusan untuk tegur dia. “Kalau nak belajar sama, jangan duduk atas buku, turun”, saya beri arahan padanya. Terus dia hilang dari pandangan saya.
Esoknya saya cerita pada ibu dan ustazah saya, mereka menegur saya supaya jangan berbicara dengan ape yang saya nampak tu. Mulai dari hari tu, kalau saya ternampak apa-apa, saya cuma akan diam sahaja.
Semakin lama, saya perasan saya selalu “ternampak” mereka di mana-mana sehinggakan dalam kereta orang pon saya pernah nampak gula-gula putih duduk si seat belakang masa selisih kereta dengan saya.
Ada jugak saya nampak jelmaan ibu di tangga dalam rumah saya bermain tisu dari atas layangkan ke bawah sedangkan ibu saya kerja.
Haha, meremang bulu roma. Saya cerita semua yang saya nampak pada ibu, ibu mula cari orang untuk ubati saya. Ada salah seorang tu tukang ubat dari Indonesia. Dia beritahu saya dapat anugerah dari kecil sebab tu boleh nampak.
Saya pulak jenis tak percaya pada tukang ubat ghaib² ni. Jadi saya diamkan sahaja. Bukan seorang yang cuba ubati saya, tapi ramai sampaikan saya fed up. Saya stress sendiri sebab saya rasa semua tukang ubat ni fake!
Satu hari, saya duduk-duduk di rumah opah saya. Saya teringat 1 benda. Seperti layar wayang sedang berlangsung depan mata.
Untuk makluman, dulu sebelum pindah ke rumah taman 2 tingkat tu, saya satu keluarga menumpang di rumah opah.
Saya teringat first time dalam hidup saya yang saya mula nampak benda-benda pelik ni masa umur saya 4 ke 5 tahun macam tu. Setiap pukul 2 pagi saya akan “dikejutkan” dan “dibawa” keluar dari bilik naik ke atas rumah opah.
Saya akan dengan sendirinya buka tingkap rumah tu dan tengok “show” puteri dan putera cantik dan hensem sangat. Hari-hari saya akan dikejutkan untuk tengok mereka turun dari langit tapi tak jejak tanah.
Mereka terapung sambil menari. Dari jam 2 pagi sehingga 4 pagi saya akan tengok mereka menari. Jam 4 pagi dengan sendirinya saya akan tutup tingkap dan masuk bilik saya semula.
Lepas teringat, saya terus bagitahu ibu. Saya cerita apa yang saya nampak dan berlaku masa tu. Saya siap tanya, ibu tak perasan ke setiap pagi saya akan lalu depan bilik ibu untuk tengok show.
Ibu jawab ibu pernah dengar tapak kaki tapi tak sangka itu saya.
Jadi dari situ saya sedar saya boleh nampak makhluk selain dari manusia ni. Hehe. Macam panjang pulak taip, saya stop dulu lah ye.
Banyak lagi kisah saya dan makhluk ni lagi-lagi selepas saya melanjutkan pelajaran. Kalau ada yang nak saya sambung in shaa Allah saya akan sambung…
Terima kasih sudi baca coretan saya…
– Pajo (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit