Lembut Hatikah Aku

Hi, assalamualaikum semua. Aku Chipsmore. Aku baru lepas baca curhat tuan tanah, (https://iiumc.com/akukah-yang-terlalu-sensitif/).

Terus terang cakap, aku agak beremosi dan rasa macam berada di dalam kasut yang sama.

Aku sekarang surirumah dan dah dekat setahun tak bekerja. Aku resign sebab office aku pindah, dan dalam masa yang sama aku juga pindah rumah.

Jadi, selepas ambik kira dari segi kos, masa, aku decide untuk resign walaupun terus terang aku cakap, aku takut sangat masa tu.

Berkali kali aku tanya suami aku, dia boleh defend aku tak nanti kalau MIL aku hentam aku kalau aku bagitau aku duduk rumah.

Dia cakap takpe, nanti dia jawabkan. Korang mesti pelik kan, kenapa aku kena pikir buruk, benda belum jadi, dah expect macam macam.

Sebabnya, aku dah penah resign lepas lahirkan anak pertama aku.

Aku decide untuk balik kampung dan PJJ dengan suami aku sementara sebab aku tak percaya dan takut untuk hantar anak ke pengasuh masa tu.

Kebetulan waktu tu memang tengah viral kes pengasuh pukul anak asuhan. Dalam pantang, memang aku beria hantar resume melalui email atau aplikasi cari kerja.

Belum sampai anak aku 3 bulan, adik ipar aku dah start tanya “Akak dah start kerja?”. Aku gelak.

Sebab aku tahu, bukan dia yang beria nak tanya, aku kenal dia yang jenis tak masuk campur sangat hal orang lain. Aku yakin, MIL aku yang wakilkan dia.

Alhamdulillah, tak lama lepas tu, aku dapat offer kerja dan segalanya berjalan macam biasa. Setahun aku dan suami PJJ, aku decide untuk tinggal sebumbung semula memandangkan anak aku pun dah besar sedikit.

Puas MIL aku pujuk suami untuk biar saja aku tinggal dengan parents aku. Aku pula kesian dekat mak sendiri jenis tak penat nak layan cucu. Semua benda nak buatkan.

Jadi aku decide bila pindah sebumbung semula, turn suami aku untuk jaga anak sama sama dengan aku.

Nasib kali ini suami aku berkeras. Semuanya berjalan dengan baik sehinggalah aku resign kerja kali ini. Aku ingat lagi , belum seminggu aku resign, ada mak sedara suami datang tumpang tidur rumah MIL.

Mak sedara dia ni duduk jauh dari negeri yang kami tinggal. Aku ni pula jenis parents ajar untuk ramah mesra dengan keluarga, jadi aku pun beria jumpa mak sedara dia.

Sampai je sana, MIL terus bukak loudspeaker bagitau dekat mak sedara yang aku sekarang dah tak kerja.

Punyalah banyak tajuk yang boleh disembang perihal aku tak kerja boleh jadi tajuk utama. Walhal belum cukup seminggu aku resign.

Aku pendam menangis dalam hati. Nasib baik mak sedara ni pun jenis tak kisah, diam tak ada nak tanya apa apa pun kt aku.

Aku ni selalu ingatkan suami aku, keraplah balik jenguk mak, sebab kami tinggal sama negeri, keluarga aku jauh.

Kali ni singgah, kena perli lagi. Kali ni cerita suruh aku buat business. MIL aku cerita Bang** dekat kampung dia buat jual bundle pun dapat ratus ribu sebulan.

Aku pun sebenarnya ada juga buat online business tapi masih tahap bertatih, ambik masa untuk maju tapi aku tak adalah nak cerita. Suami aku jadi patung cendana kat sebelah.

Tak berapa lama lepas tu, bila singgah lagi kali ni merupakan kemuncak yang buat aku hilang sabar.

Terang terang dia cakap pergilah kerja, kalau tak nanti ada orang akan panggil aku ni bo**h. Siap sekolahkan aku suruh apply kerja government, anak anak dia suruh pergi cari pengasuh.

Untuk pengetahuan, mak aku ni sangat sangat tak yakin untuk hantar anak aku ke pengasuh sampai sanggup offer jagakan anak sulung aku masa baru lahir. Tapi MIL aku memang tolak mentah mentah untuk jagakan cucu.

Dia cakap dia nak pergi berjalan. Aku tak kisah pun tapi jangan lah sampai hidup aku dia nak atur. Suami aku tengok aku masa aku kena hentam dengan MIL, and diam je.

Lepas dari peristiwa ni, aku dah malas nak jejak kaki ke sana. Dekat setengah tahun aku tak tunjukkan muka. Aku cakap dengan suami pergilah balik sorang hati aku masih sakit.

Tiba tiba sekarang, MIL aku yang rajin pula nak singgah rumah aku.

Lepas dari tu dia macam lebih berjaga jaga bila bercakap tapi sekarang bercerita pasal biras aku yang kerja tapi dapat peluang untuk kerja dari rumah.

Aku memang gelakkan sebab memang nampak sangat dia betul betul tak puas hati aku duduk rumah. Ada saja idea dia nak paksa aku cari income.

Alhamdulillah, awal tahun baru ni aku ada dapat offer kerja dari rumah. Rezeki aku dapat jaga anak anak depan mata.

Dan aku decide akan berlakon macam aku tak kerja, sebab waktu macam ni aku akan nampak yang mana kaca dan yang mana permata. Orang akan tolak kita bila kita ni tak ada pendapatan sendiri.

– Chipsmore (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *