Lembut Tapi Monster

Assalamualaikum. Aku bahasakan diri aku Diya. Aku ni anak yatim, dari kecil aku tengok mak aku sebagai seorang balu, berbudi bahasa dengan orang walaupun dipijak orang kerana mak tak nak bergaduh dengan sesiapa.

Mak aku dah lah balu, duduk di perantauan jauh daripada keluarga sendiri. Bukan senang nak survive besarkan anak-anak.

Benda tu membuatkan aku sering rasa nak marah dengan pihak yang suka ambil kesempatan atas kelemahan mak aku sebagai seorang perempuan dan balu, tapi tak boleh nak marah lah sebab aku ni kategori budak-budak. Pada masa tu.

Masa belajar di universiti aku masih ok lagi, sampailah bila aku dah bersuami dan ada anak-anak, aku jadi susah nak control mulut aku.

Sejenis aku selagi orang tak ambil kesempatan dan pijak kepala, aku masih boleh berbudi bahasa, tapi bila orang dah tunjuk taring, atau main tarik tali, aku pun akan tunjuk sisi bengis aku.

Dari orang nampak aku ni jenis lembut, keluar lah mulut laser aku, sampai orang akan terdiam dan tak mampu lawan hujah-hujah aku. Ibarat dikarate sampai kiok.

Suami aku memang dah faham peel aku, jadi dia tahu kalau aku dah melaser tu memang orang tu dah tahap melampau bagi aku (walaupun bagi suami orang tu masih ok lagi).

Aku tak ada masa nak layan orang yang suka tarik tali, especially urusan yang sepatutnya profesional seperti jual beli, sewa beli dll.

Kalau benda dah nego dan setuju, aku jenis take it or leave it. Tak payah dah kau nak buy time, buang masa dan tenaga orang lain. Kau fikir nak untung dan mudah di pihak kau saja, di pihak orang lain kau tak fikir.

Aku boleh bertolak ansur, tapi kalau dah nampak spesies tak reti nak kisah pihak orang lain, fikir pihak diri dia saja, aku hambur saja terus.

Masa hambur tu aku tak fikir dah, lepas ni akan jumpa lagi ke tak, akan berurusan lagi ke tak, akan jadi besan aku esok hari ke tak. Aku tak fikir dah.

Kalau kau nak aku terima cara kau, kau kena terima cara aku. Entahlah, aku rasa kadang-kadang ganas gak aku ni. Bila aku rasa orang tu nak ambil kesempatan berdasarkan sign-sign yang dia tunjuk, dia dah push hidden button aku.

Aku bertegang urat, hambur terus, yang pernah kena termasuk jiran aku, tapi kes jiran ni dia tak duduk rumah tu, penyewa dia yang duduk. Lantak la. Setakat ni lepas aku hambur, dah tak ada penyewa dia buat perangai.

Benda yang sepatutnya common sense, kau tak perlu pun nak mengajar dan berbahasa, kalau benda common sense kau tak reti buat, minta maaflah kau memang kurang ajar dan tak reti hormat orang.

Ekstrem pemikiran aku ni. Macam aku cakap, aku tak ada masa nak main tarik tali dan berbahasa basi.

Kalau dengan keluarga mertua pula, setakat ni aku tak hambur, aku isolate diri aku. Karang aku hambur, seumur hidup nak mengadap pulak. Sebab tu aku malas nak rapat-rapat sangat, aku reserved.

Aku tak teringin pun nak family day bagai, nak upload gambar peluk-peluk mertua, ipar biras bagai.

Setakat ni keluarga mertua tak menyusahkan aku direct, pernah lah cubaan-cubaan sebelum ni, kalau ada nak apa-apa, diaorang cakap kat aku, bukan kat suami aku.

Tapi aku buat membatukan diri. Mungkin lepas tu diaorang tak berani dah, suami aku pula bukan jenis rapat jugak dengan mertua dan adik beradik.

Dia bercakap kalau ada hal penting saja dengan keluarga dia. Tapi ada la yang berani guna suami aku especially hal duit, aku tak kisah as long dia tak datang direct kat aku.

Suami aku pun, aku warning kat dia awal-awal kahwin lagi, kalau jadi apa-apa kat dia esok-esok, keluarga dia tak bayar balik ke apa, nafkah aku dan anak-anak wajib dia lunaskan, jangan susahkan aku pulak nak tanggung, sebab aku atau keluarga aku, tak susahkan dia dan keluarga dia.

Keluarga aku bukan jenis pinjam meminjam, kami memang dah diajar cari duit sendiri dan tak menyusahkan orang lain.

Tegas tak tegas aku ni warning suami, suami diam saja lah, sejak tu dia tak berani cerita kat aku apa masalah duit adik beradik dia ke kat aku lagi dah. Aku pun tak payah pening kepala dan aku happy.

By the way aku kerja dan ada duit sendiri. Aku suka bersedekah tapi aku tak suka diambil kesempatan. Aku memberi jika aku nak memberi pada keluarga aku dan keluarga suami aku atau sesiapa saja, tapi bukan sebab orang minta.

Aku dan adik beradik diajar untuk bagi terus, bukan bagi hutang, maksudnya kalau kau niat nak bantu, bantu saja tanpa minta balasan atau harap orang bayar balik atau balas budi kau.

Bila tengok orang minta sedekah tepi jalan, minta sedekah kat kedai makan, minta sedekah berdiri pakai jubah putih bersih macam tiang atau duduk kat kerusi macam tugu,

Minta sedekah kat iklan-iklan media sosial tuannya gebu anaknya sakit kronik, minta sedekah tahfiz sekolah, minta sedekah buat ayat sedih-sedih dan mendayu-dayu, maaf hati aku keras.

Selagi tak ada bukti kau genuine minta sedekah aku takkan bagi. Aku lagi rela bagi kat saudara mara, kawan-kawan yang aku kenal latar belakang susah senang mereka daripada bagi kat orang yang aku tak kenal entah betul ke penipu.

Memang orang cakap ikhlas ni bila kau tak nak ambil tau dah pasal benda lain, kau bagi sambil pejam mata.

Bunyi macam tahap dewa dah, level ahli syurga. Maaflah aku bukan bodoh. Aku dah tengok banyak sindiket minta sedekah ni.

Aku dah tengok ramainya manusia tak boleh dipercayai. Orang yang susah, ada harga diri, dia takkan meminta. Orang yang susah, yang memang betul tersepit, lain caranya.

Tapi kalau kau dah buat macam pekerjaan meminta tu satu pekerjaan tetap, maaflah kau bagi ayat Quran dan hadis beribu kali pun, hati aku takkan cair. Siap aku boleh hambur balik kat kau.

Begitulah kerasnya seorang Diya. Kadang aku tanya suami aku, keras dan teruk sangat ke aku ni. Suami aku kata, aku keras dan berprinsip atas pengalaman hidup aku, sekeras-keras aku, kalau kena caranya, lembut juga.

Lepas dah 10 tahun lebih ni suami dah lebih memahami aku, kalau hidden button aku tu dah di push oleh oramg lain, dia tahu cara nak buat aku surut balik.

Sebab once dah push button, aku susah nak surut balik, pastu aku dah mark orang tu sampai bila-bila sampai dia m4mpus.

Suami aku pulak in a way, nampak bengis di luar sampai orang takut nak tegur, tapi dia sangat memahami, penyayang dan romantik di dalam.

Karakter suami pun dibentuk daripada pengalaman hidup dia yang susah masa kecil. Dia cakap memang dia tunjuk dia garang sebab dia taknak orang ambil kesempatan, so dia boleh avoid benda-benda gaduh ni dari awal.

Aku ni orang nampak lembut, bodoh dan senang dipijak di luar, tapi sangat keras dan tak mudah ditipu di dalam.

Dah banyak scammer yang kena belasah dengan aku. Aku kadang nak buat muka bengis macam suami aku untuk avoid any conflict di masa depan tapi tak boleh suami aku cakap, sebab aku ni macam comel-comel sikit (di mata dia), tak sesuai katanya.

Orang pun memang dah kenal aku dengan nampak lembut dan penyayang. Benda bukan aku buat-buat, naturally macam tu.

Aku ada gak tanya, suami aku ada rasa tertipu ke dengan perwatakan aku? (sebab sepanjang aku hidup dari zaman belajar sampai aku kerja, ada la beberapa orang yang bila tau aku keras macam ni, dia guna that point untuk mengata dan menjatuhkan aku di khalayak ramai).

Suami aku cakap, dari masa dia terima akad nikah, dia dah terima segala kekurangan dan kelebihan aku.

Perangai aku tu boleh bilang dengan jari berapa kali saja dan pada kejadian tertentu saja dengan sebab yang valid, sebanyak-banyak masa lain selain tu, dia kata aku ok saja, cukup sempurna untuk dia dan dia bahagia dengan aku. Syukur alhamdulillah.

So yang mengata aku tu, yang kata aku ni berlakon la, menipu dengan perwatakan aku la, kau pun tak tahu kenapa aku jadi macam ni,

Kau pun tak bercakap sangat dengan aku sebab aku pun tak nak kawan sangat dengan kau, kau pun tak hidup dengan aku, aku pun kalau nak balas mengata kau pun boleh sangat, cuma aku tak buat saja.

Cukuplah suami aku yang hensem (di mata aku) ni terima aku, pandangan kau tu tak penting pun. Buruk-buruk aku pun, lama-lama orang akan tau sisi baik aku. Tu yang aku pegang.

Aku tak cakap cara aku ni betul, menghambur tu tak baik, selagi boleh kau cakap la elok-elok dengan manusia. Aku pun tak suka hambur orang. Cuma aku ceritakan kenapa aku macam ni.

So kalau kau tengok orang tu elok saja tapi ada masa dia boleh jadi monster, kau jangan lah pelik, ada la tu benda terjadi yang kita tak tahu pun hujung pangkalnya.

Mohon doa ye agar monster dalam diri aku ni boleh pergi…

– Diya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *